♡51♡
"Bos !"
Hojung yang sedang menaip sesuatu di komputer ribanya tersentak dek anak buahnya meluru masuk ke dalam pejabat miliknya.
Serentak dengan itulah komputernya seakan akan rosak. Matanya terbuntang melihat satu mesej yang disampaikan.
"Bos ak -"
Hojung mengangkat tangannya tanda sekejap. Bebola matanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Cuba memahamkan mesej yang telah dia dapat sebentar tadi.
Hello there.
Nampak macam kau dah selangkah awal daripada kami ?
Apa kata kalau kau berhenti sekejap dan renungkan teka teki yang aku sediakan khas hanya untuk kau ?
Ada jawapan yang kau perlu luahkan dan jawapan itu mungkin akan buatkan kau terkejut kalau kau sudah mengetahuinya tapi sayangnya kau kena cari dahulu jawapan yang sebenar - benarnya.
Apabila kau sudah selesai menjawab teka teki ini akan ada sesuatu yang bakal aku tunjukkan sebentar lagi.
Good Luck.
9009
Seorang pembunuh upahan menjemput si mangsa untuk datang ke gudang lama yang merupakan rumah keduanya. Si mangsa tidak mengetahui bahawa orang yang mengundang dirinya itu adalah pembunuh upahan. Mereka makan malam bersama sama dan melakukan aktiviti suai kenal dengan mesra tanpa sebarang huru-hara yang tercetus antara mereka.
Selesai sahaja aktiviti suai kenal , pembunuh itu menghulurkan satu kotak hadiah kecil yang agak cantik dan kemas balutannya.
Si mangsa terkejut dan berasa teruja lantas huluran hadiah itu disambut mesra tanpa sebarang keraguan. Pembunuh itu tersenyum manis tetapi diselangi dengan tawaan kecil.
Selepas sahaja kotak hadiah itu dibuka,si mangsa rebah di atas laintai dan menggelitik dengan darah tidak henti henti keluar dari mulutnya.
Persoalannya :
Siapa yang mengupah pembunuh tersebut ? Apakah asbab kematian si mangsa ? Dan mengapa pembunuh itu tertawa kecil ?
WARNING !
If you're not complete this question by 24 Hours from now . Your left eyes will be mine .
"WHAT THE FUCK ?! SOALAN BODOH APA NI SIAL?"
Anak buahnya menganggukkan kepala dengan perlahan bersama lehernya yang digaru dengan kekok.
"Nampaknya bos dah tahu" Mata Hojung tajam memandang wajah anak buahnya. "TAHU APA ?!" Mengeluh terus lelaki itu. Laptopnya turut diletakkan bersebelahan dengan laptop bosnya.
Hojung hanya membiarkan. Nak tengok juga apa yang anak buah dia nak tunjuk. "See ? I got the message as well like you receive tadi"
Makin membulat bebola mata dia. Skrin laptop anak buahnya dan skrin laptopnya ditilik berkali kali. Anak buahnya pulak sudah menggaru kepala.
"Kyle ! Aku nak kau selesaikan benda ni secepat mungkin ! Pastikan sebelum 24 jam kau dah dapat jawapan dia !" Kyle mengangguk. Laptopnya dibawa pergi dan kakinya melangkah keluar dari pejabat bosnya.
Keluhan dilepaskan. "Macam mana aku nak cari jawapan dah kalau soalan dia entah apa apa? Aduh bos ni ! Pahal taknak cari sendiri siak ?!"
Bilik yang dikhaskan untuk seorang hacker sepertinya dituju. Pintu dibuka dan laptopnya diletakkan di atas meja bersama dengan beberapa buah laptop yang lain. Bilik itu pun hanya penuh dengan laptop pelbagai jenama dan bentuk dan dilengkapi dengan satu skrin besar di dinding untuknya melihat dan memeriksa sesuatu.
"Ok ! Let's do it Kyle !"
♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________
Hojung mengetuk ngetuk perlahan bibir bawahnya dengan jari telunjuk kanan. Matanya dibuang pandang ke arah kesibukan kota Seoul tika itu. Mindanya jauh melayang memikirkan tentang suatu kemungkinan.
"Dia dah balik bos ! Baru petang tadi dia sampai sini"
Sengihan sinis terbit di bibirnya. "Nampaknya kau memang dah selangkah lagi awal dari aku heh?"
Kali ini wajah seorang gadis terpampang di mindanya. Bibirnya makin melebar. Makin jelas senyuman misteri di wajahnya. Phone di poket dikeluarkan. Nombor seseorang didail.
"Hello"
"Aku nak kau dapatkan aku sesuatu"
"Not something but someone"
"Detailnya nanti aku send dekat chat"
Tap !
Talian dimatikan. Badannya disandarkan ke kerusi kerjanya. "I got your weakness so that you will be down sooner or later" ketawa besarnya memenuhi satu ruangan pejabat itu.
Cukup menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________
"Ya Allah ! Besarnya !" Bebola matanya membuntang besar tatkala melihat rumah agam di hadapannya itu.
Leon menundukkan kepalanya sedikit ke bawah. Melihat wajah Syarwani dari tepi. Seketika matanya dilarikan ke arah si kecil yang masih lena di dalam dukungan ibunya.
Senyuman sinisnya tersungging tatkala matanya melihat Syarwani seakan akan terpegun dengan dekorasi rumah agam miliknya. Dia ? Nak bangga kenapa ? Rumah itu hasil daripada ideanya sendiri jadi tidak sedikit pun dia berasa kagum mahupun bangga. Baginya itu baru sedikit. Itupun masih belum memuaskan hatinya.
"Butler Ray, take her luggage and her stuff to her room and guide her to look over this house. Takut sesat je nanti" Ayat terakhirnya disusuli dengan senyuman sinisnya. Senyuman yang pastinya memerli wanita itu.
Butler Ray mengangguk patuh. Luggage wanita di sebelah tuan mudanya diambil. "Follow me mrs" Terkial kial Syarwani tika itu. "I-iikut ke mana ?" Butler Ray tersenyum. Nampak sangat wanita muda itu takut.
"Ke bilik mrs dan tuan muda arahkan saya untuk bawak mrs lihat lihat sekitar rumah ni" Mata Syarwani menyorot ke arah tubuh sasa Leon yang telahpun masuk ke dalam rumah.
Liur diteguk lalu kepalanya dianggukkan secara teragak agak. "Oo-okay" Zazril di dalam dukungannya dipeluk erat. Bimbang akan terjadi apa apa kepada anaknya.
Leon menuju ke ruang tamu. Sofa hijau itu dituju lalu badannya direbahkan ke atas sofa tersebut.
"GOD ! Selesanya !" Matanya dipejam rapat. Tangannya didepakan. Syarwani yang baru nak melangkah ke anak tangga itu hanya melirik jejaka tersebut dari ekor matanya.
Terbit senyuman nipis di bibirnya tatkala dia dapat melihat sisi spontan lelaki itu. Kalau tak selama ni serius aje memanjang !
Butler Ray melirik wanita itu dari hujung ekor matanya. "Tuan Muda memang macam tu mrs" Tertoleh kepala Syarwani memandang ke wajah Butler Ray. "Huh?"
Butler Ray ketawa kecil. "Perangai Tuan Muda memang macam tu. Saya perasan mrs tengok gelagat dia yang tak semengah tadi tu" seloroh lelaki itu yang lengkap dengan suit hitam seakan akan ingin ke pejabat. Dua line emas terpampang kemas di lengan suit miliknya. Nampak sangat ke-butler-an dia tu.
"Oh haha. Jelas sangat ke ?" Butler Ray tersenyum nipis. "Jelas sangat mrs" Satu pintu berwarna dark blue berjalur emas ditolak lembut oleh Butler Ray. Luggage milik wanita itu diletakkan terus ke dalam wardrobe di bahagian kanan dalam bilik itu.
Membuntang besar bebola mata Syarwani. Liurnya ditelan berkali kali. "Ya Allah ! Besar sangat dah ni !" Ye. Bilik tidurnya terlampau besar ! Saiznya pula dianggarkan sebesar dapur rumah bekas suaminya.
Butler Ray berdehem. "Mrs. From now on this is your room and your son room ada dekat belakang ni. Kalau mrs nampak sebelah bilik air ada satu lorong kecil. Right?"
Syarwani mengangguk kecil. Kepalanya turut dijengah ingin melihat lorong kecil itu. "Dalam tu ada bilik khas untuk anak mrs. Only for him. Tuan Muda dah renovatekan bilik ni khas untuk keselesaan mrs dan anak mrs. Kalau ada apa apa mrs boleh terus tekan butang merah kat sebelah katil mrs dan nantk saya akan datang terus ke bilik mrs" Badannya dibongkokkan sebelum kakinya dibawa ke arah pintu bilik wanita itu.
Kepalanya ditoleh sedikit ke belakang ingin melihat wanita itu sebelum bergerak pergi melakukan tugasnya. "Oh ye mrs. Lepasni bersiap ye sebab saya akan bawak mrs tinjau tinjau rumah ni" selorohnya sebelum menghilang di sebalik pintu itu.
Syarwani terkedu. Terpaku. Semua ter lah senang cakap ! Air matanya bergenang. Sungguh dia sebak. Tidak disangka lelaki itu sanggup melakukan semuanya hanya untuk dia dan anaknya yang langsung tiada kaitan dengan hidup sebenar lelaki itu.
"Tuan Muda dah renovatekan bilik ni khas untuk keselesaan mrs dan anak mrs"
"Kenapa awak terlalu baik dengan saya?" Mulutnya ditekup seraya menahan esak tangis yang mula menggila. Matanya terpejam dan bahunya terhinjut hinjut. Sungguh dia sebak.
Sungguh dia berasa bersyukur yang teramat. Dia berterima kasih kepada Tuhan kerana menghadirkan lelaki dingin itu untuk membantunya yang susah ketika itu.
Tidak dapat dia bayangkan kehidupannya yang sekarang andai lelaki itu tidak membantunya waktu itu. Mungkin dia sedang merempat di tepi jalan ? Menginap di bawah jambatan ? Atau mengemis?
"Ya Allah...terima kasih kepada-Mu Ya Allah ! Aku bersyukur atas pertolongan-Mu Ya Allah !"
Wajah Zazril ditatap sayu. Bayi kecil itu. Bayi yang selama ini menjadi penguatnya. Bayi itu pastinya akan mempunyai hidup yang senang kelak.
Dia berani jamin akan hal itu ! Dia sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun hanya untuk memberikan kehidupan yang selesa kepada anak lelakinya itu. Satu satunya anak yang dia ada. Satu satunya amanah Tuhan yang diberikan kepadanya.
Her as Quin Syarwani Elia
Him as Tengku Megat Zazril Errick
Him as Tengku Aiden Airullah
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top