♡48♡

Beg hitam dicampak tanpa perasaan. Luggagenya turut diletakkan kasar di dalam tempat penyimpanan barang itu. Kai yang masih lagi berada dalam fasa penyembuhan tulang belakangnya berkerut melihat Leon yang agak moody petang itu.

"Aik bro? Nak balik tanah air sendiri pun bengang?" Leon hanya mendiamkan diri. Barang barang kawan kawannya disusun dengan kasar. Bibirnya diketap rapat tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Kai yang faham akan gelojak perasaan yang dialami oleh kawannya itu bergerak ke arah katil yang telah tersedia di dalam pesawat peribadi milik Leon.

Senyuman nipis diukirkan kepada Syarwani yang sedang menepuk nepuk perlahan punggung anaknya yang sedang tidur. "U okay? Macam tak selesa je naik flight I tengok"

Badannya dilabuhkan perlahan lahan dengan cara meniarap. Tulang belakang dia masih lagi belum pulih jadi dia tidak berani nak ambik risiko untuk baring menelentang seperti orang normal.

Syarwani hanya tersenyum nipis. "Saya memang tak pernah naik kapal terbang" Kai mengangguk. Cukup faham. Terlalu faham. "Sorry kalau soalan I buat U terasa" lembut dia menuturkan kata kata.

Wanita berhijab di hadapannya itu cukup membuatkan hatinya berasa lembut. Pertama kali saat dia terserempak dengan wanita berhijab itu di dalam rumah kawannya sewaktu ingin keluar dari bilik cukup membuatkan seorang Kim Jongin terpana. Terkedu.

Sungguh dia jujur tika itu. Wanita berhijab terlalu cantik dan indah untuk dipandang. Terlalu penuh dengan rahsia. Terlalu kuat auranya yang mampu membuatkan lelaki di luar sana tidak dapat mengalihkan pandangan dari mereka. Hal itu membuatkan setiap tutur bicara Kai kepada wanita berhijab itu bertukar lembut.

"Bro. Lepas ni kau terus direct ke hospital. Aku dah mesej Feng suruh tunggu kau dekat sana"

Kai hanya berdehem tanda dia faham. Tahu sangat kawan dia tu risau. Mana taknya kalau dah setiap hari si Leon tu masuk ke bilik semata mata ingin melihatnya ?

Katanya sunyi sebab dia takde nak mengacau dan berbual dengan lelaki itu. Tahu pulak kau sunyi ! Masa aku sihat taknak layan aku ! Masa aku sakit baru nak layan aku !

Namun dalam diam dia mengakui bahawa kawannya itu terlalu risau akan kesihatannya. Terlalu caring akan dirinya. Itu membuatkan Kai terharu.

"Kau dah call parents kau ke inform yang kau balik ni?" Leon yang hampir terlelap kembali celik separa kuyu.

"Dah" Fedrick mengangguk. Airpod ditelinga kembali dipasang. Matanya melirik ke arah Aryan yang sedang lena begitu juga dengan Hazry. Nampaknya mereka semua benar benar keletihan.

♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________



"WOI !" Bahu Chen ditepuk dari belakang oleh Xiumin. Terpelanting terus rokok yang berada di celah jarinya. Kepala ditoleh dan wajah Xiumin yang sedang tersengih dipadang dengan perasaan geram.

"KAU PAHAL ?! TAK NAMPAK AKU TENGAH SMOKING ?!" Dia melabuhkan duduk di kerusi kecil yang berada di balkoni mewah milik Xiumin.

Ye. Dia sedang menginap di rumah Xiumin sementara waktu ini bagi menjalankan beberapa tugasnya yang belum selesai.

"Sorry ah...mantol pulak dia ni" Xiumin mengomel sambil melabuhkan duduk di hadapan rakannya. "Kau dapat apa sampai naik bilik kacau aku ni?" Matanya yang sedia tajam menikam wajah tembam milik Xiumin.

Kelihatan Xiumin mengeluarkan satu pendrive dari poket belah kanan seluarnya. "Here. A pendrive that can tell us everything and destroy a peacefully family"

Terangkat kening Chen mendengarnya. Ada sikitlah macam aura seriau dekat ayat tu. Keningnya digaru. Pendrive berwarna merah kuning itu diambil dan ditilik.

"Kita boleh perangkap perempuan tu but we will use this" Pendrive yang masih di tangan Chen ditunjuk dengan jari telunjuk kanannya. "to get rid of her and her entire family"

Chen terangguk angguk kecil. "Em I got this. Tapi kau tak rasa benda ni akan affect sekali keluarga Leon?" Xiumin terdiam. Haah ek ? Kenapa dia tak terfikir pasal tu ? Chen tersengih sinis.

"Aku dah agak kau lembap bab bab ni. Diaorang tu ada blood related babi !" Perlahan lahan Xiumin menarik sengih kambing. Belakang kepalanya digaru walaupun tidak gatal.

"Aku tak terfikir lah...ALAH SORRY AH ! MANUSIA TAK PERFECT ADUH!" Aik ? "Koyak dah?" Xiumin menjeling Chen yang sedang memandang sinis ke arahnya. Bebola matanya digulingkan tanda menyampah yang amat dengan jejaka bermuka dinasour itu.

"Diam lah ! Kalau takde aku kau takkan dapat jadah tu !" Chen hanya berdehem. Malas nak melanjutkan perbualan.

"Dia dah nak balik"

"I know"

"Kita..bila nak bagitahu dorg yang kita dah balik?"

"Till the right time comes...we will tell them. Sooner or later dorang akan tahulah"

Mereka berdua bersahabat baik. Lebih rapat dan telah menganggap satu sama lain sebagai keluarga. Sering ke mana mana dan berbuat apa sahaja bersama.

Bagaikan pasangan kembar yang tidak dapat dipisahkan. Mereka berdua memandang lama pemandangan hutan belantara yang berada di hadapan rumah mewah milik Xiumin.

Satu pemandangan agak cantik dan lebih bertambah cantik apabila dilihat bersama orang tersayang. Tipulah kalau mereka kata mereka tidak cemburu melihat pasangan kekasih di luar sana.

Tetapi hidup seperti mereka amat sukar untuk mencari penyeri hidup. Sering dikejar. Sering diancam itu mereka sudah biasa masalahnya si kekasih yang berada di dalam dakapan mereka yang pasti tidak akan biasa !

Pasti takut kerana hidup si kekasih bakal diuji. Bakal diugut dan kalau tidak diperhati atau dilindungi ianya bakal melayang. Bakal pergi dari dunia ini.

Disebabkan itulah mereka berdua cekalkan hati. Butakan mata. Pekakkan telinga dan kuatkan iman. Tidak mahu terjatuh dalam lohong cinta. Kerana cinta pasti akan melekakan mereka.

Takpelah. Buat masa ni mereka akan fokuskan dengan rancangan mereka. Setelah semuanya selesai mungkin lah mungkin mereka akan menjumpai soulmate yang telah Tuhan tetapkan buat mereka.





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top