♡39♡



" Kadang kadang kebenaran lebih menyakitkan daripada penipuan "



" Jadi teruslah menipu agar aku tidak bisa tahu segala kebenaran di sebalik penipuan yang engkau lakukan "



Aira yang baru lepas mandi menuju ke meja solek. Ikatan bathrobe ditubuh langsingnya diperketatkan lagi. Kaki putihnya melangkah ke arah meja solek lalu dia melabuhkan duduk di kerusi kecil berwarna hitam dan merah itu.

Rambut panjangnya digosok dengan satu tuala kecil berwarna merah pekat dengan tujuan untuk mengeringkan rambut. Laju tangannya menggosok gosok rambut panjangnya dengan tuala kecil berwarna merah pekat untuk kering dengan pantas.

Wajahnya masih tunak memandang cermin meja soleknya. Tidak lama lagi biliknya bakal dihuni dengan manusia baru. Siapa ? Sudah tentulah bakal suaminya nanti. Membayangkan itu sahaja dia telah blushing. Malu sebenarnya nak cakap pasal benda kahwin kahwin ni huhu. Phone yang berdering dilihat sepintas lalu.

Tuala kecil itu diletakkan di atas meja solek bersebelahan dengan losyen badan miliknya. "Hello?" Tangannya mencapai bedak Baby Jonhson dan dituang di atas telapak tangan kirinya.

Telefon ditekapkan di telinga dan ditahan menggunakan bahunya. "Who are you? Saya kenal awak ke?" Berkerut dahi Aira cuba untuk mengenal pasti suara tersebut. Bedak di tangan kiri ditepuk menggunakan tangan kanan dan diratakan di wajah mulusnya.

Wangian Baby Jonhson memenuhi segenap ruang kamarnya. "Wait ! Kim Hojung is it ?! Lahhh awak ke Hojung-ngie ! Ingatkan sapelah tadi" Aira tergelak kecil. Hampir sahaja dia lupa akan jejaka comel yang dia jumpa di mall sebentar tadi. Rupanya persis seperti Park Jihoon ARGHHHH maaflah Aira ni peminat Wanna One huhu.

"Ndae ndae ! Maaflah sebab saya tak berapa ingat sikit. Haha ye busy sikit dengan kerja. Ni awak tak sibuk ke ? Free je gaya siap boleh call saya ?" penutup bedak ditutup dan diletakkan di tempat asal. Wajahnya ditilik di cermin solek melihatkan jika ada kekurangan yang tertinggal di wajahnya. Mana tahu ada taik cicak ke nanti melekat an.

"Oh....ok lah awak nanti kita berbual lagi. Bye bye yeah good night too" Aira menutup phonenya dan dicampakkan ke atas katil. Dari jarak cermin solek nak ke katil dah lah jauh sikit. Dia main campak je phone. Tahulah kaya.

Baju pajama berwarna dark green berlogo adidas dan berline putih sebanyak 3 itu menjadi pakaiannya malam itu. Mana dia dapat ? Dah tentulah abang kesayangannya yang berikan sempena hadiah hari jadinya tahun lepas. Maklumlah abangnya kan pengasas Adidas selain memegang syarikat nya yang sebenar dia turut mempunyai syarikat lain yang dikhaskan untuk barangan sukan dan sebagainya. Dia sendiri pernah cakap bahawa dia ingat Adidas tidak akan pernah terkenal tetapi salah tekaanya bahawa Adidas jenama keluarannya mula terkenal dan terkenal di serata dunia. Terima kasihlah kepada berkat usahanya yang tidak pernah jemu untuk menaikkan jenama syarikatnya sekaligus menaikkan namanya di persada dunia. Sudah ! Cukup cerita pasal abang dia now cerita pasal dia .

Tangan dicekak dipinggang. Satu biliknya dipandang dengan kerutan di dahinya. "Macam ada something wrong tadi...apa ha?" Bahunya diangkat lalu pintu biliknya dituju.

"MOMMMMMMM !"

Puan Lacy yang sedang memakai bedak sejuk terpelanting terus botol bedaknya terkena kepala Tuan Alex yang sedang syok memeriksa saham syarikat miliknya.

"ADUH SAYANG ! ARK sakit woi"

Puan Lacy tersengih. "Sowyyyy abang...sayang tak sengaja. ANAK DARA AWAK TULAH MENJERIT TAK TENTU PASAL ! haish ! Habis bedak saya omooooo" Botol bedak sejuknya diambil lalu diusap. Betapa dia sayang akan bedak sejuknya itu.

Tuan Alex hanya menggelengkan kepala. Dah kenapalah perangai manusia dalam rumah dia ni ? Pelik pelik belaka !



♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________




Taehyung menongkat dagu. Pandangan matanya jauh merenung Sungai Han yang semakin sunyi tanpa pengunjung yang lalu lalang. Almaklumlah dah malam kan.


Hembusan nafasnya dilepaskan. Mata dipejam. Cuba untuk menenangkan hati yang sedang berduka. Mana taknya kalau dah betina atau lebih tepatnya bekas kekasih dia datang kembali menagih cinta yang pastinya tidak akan perempuan itu dapat kerana apa ? Kerana hati,jiwa dan raganya telah dimiliki oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan milik Queen Alexander Aira ?

Hanya wanita itu yang tetap akan menjadi ratu dalam hatinya. Bukan orang lain malah bukan peminatnya hoho. Batang hidungnya diurut. Masih terngiang ngiang kata kata Hyejung dalam mindanya.

[ Flashback ]

"Kalau U tak batalkan majlis kahwin U ! I akan cakap dengan parents U apa yang U dah buat dekat I sebelum kita berpisah masa tu !"

Taehyung mengetap bibir. Tangan dicekak di pinggang tanda berang yang amat.

Ingin sahaja dia menghempas kepala wanita keparat itu dengan pasu bunga tetapi dia tahankan. Dia masih lagi lelaki yang tidak mahu digelar dayus !

"APA ?! APA YANG AKU DAH BUAT DEKAT KAU HAH ?!"

Hyejung ketawa sinis. Beg tangannya dihempas kasar di atas meja pejabat milik Taehyung.

Beberapa keping gambar dilempar kasar ke wajah Taehyung membuatkan lelaki itu mencarut.

"Tae...Tae... U lupa ? Atau U buta tak dapat tengok gambar yang I campak dekat muka U tu ? Hurm baby ?"

Berkerut dahi Taehyung melihat gambar yang berada di pegangan tangannya.

Gambar dia sedang membuat in and out dengan Hyejung ? Tapi...sejak bila ?

Seingatnya dia -

"Aku belum bodoh lagi nak percaya dengan gambar ni ! Apatah lagi benda bohong yang kau cakapkan ! Sejak bila aku buat benda jijik ni dengan kau ?! Hah ?! SEJAK BILA ?! Aku tak pernah sentuh kau perempuan ! Sikit pun tak pernah ! Jadi jangan bermimpi yang kau boleh bodohkan aku dengan benda yang dah sedia bodoh macam diri kau juga !"

Lamunan dia terhenti apabila terasa pipinya basah. Laju mukanya didongakkan ke langit yang gelap dan malap diterangi dengan bintang bintang yang indah.

"Lah hujan rupanya"

Kakinya diatur untuk ke kereta. Ingin bergegas pulang ke rumah memandangkan jam sudah menginjak ke 12:30 malam. Lagipulak malam itu bakal hujan jadi dia tidak mahu terperangkap dalam kesesakkan jalan raya dengan hujan yang lebat.

Memandangkan Seoul adalah salah satu bandar besar jadi 12:30 malam pun kadang kadang masih lagi jammed teruk.



♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________




Hojung mendesah sedap. Perempuan jalang di bawahnya ditinggalkan dengan begitu sahaja. Badannya dibawa turun dari katil dan tuala dililitkan menutupi bahagian sulitnya yang terdedah.

Perempuan jalang yang baru ditebuk itu memandang manja ke arahnya. "Baby...why so early ? Awal lagi lah ab- " Hojung menjeling tajam ke arah wajah perempuan tersebut.

"Pelacur macam kau tak layak nak panggil aku abang ! Apatah lagi baby segala bagai ! Take your clothes and blah dari bilik aku ! NOW !"

Bergegas perempuan tersebut menyarungkan dress singkatnya dan terus keluar dari bilik lelaki baran itu. Niat di hati ingin menggoda lagi tetapi sayang godaan yang dia lakukan tidak termakan oleh lelaki itu. Rambutnya yang kusut dibiarkan janji nyawanya selamat.

Bukan dia tak pernah jumpa pelanggan serupa dengan lelaki itu. Lelaki seperti itulah yang harus dijauhi tetapi paras wajak kacak mereka dan kekayaan serta darjat mereka membuatkan perempuan pelacur seperti mereka sanggup menggadaikan nyawa hanya untuk bersama dengan lelaki seperti itu.

Hojung mengeluh penat. Bahunya yang terasa sengal dek cengkaman kuat perempuan tersebut diurut perlahan.

Langkah dibuka ke arah bilik mandian. Ingin membersihkan segala kotoran yang terlekat di tubuhnya. Masih banyak lagi perkara yang dia kena selesaikan selepas ini. Lagi lagi selepas sahaja dia dapat mengetahui koordinat Aira.

Adik kepada musuhnya. Mengingatkan itu sahaja bibirnya tersungging senyuman misteri. Senyuman yang mana dia sahaja yang mengerti.

"Soon. Your lil sister will be mine and you will be killed by me"

Kepalanya disengetkan sedikit ke sebelah kanan. Mata tunak memandang pantulan dirinya di cermin bilik mandian tersebut.

Senyuman innocent ditayang. Mata dibuat bulat seakan akan kanak kanak yang tidak bersalah.

"Using my own hand ? HAHAHAHAHA"

Ketawa besar dilepaskan. Terserlah gigi taringnya yang asli saat dia ketawa. Segala aura kejamnya mula menyelinap di seluruh kamar mandian itu.

Cukup menggerunkan sesiapa sahaja yang berada di hadapan pintu kamar mandian tersebut. Nampaknya,dia sudah tidak sabar untuk menanti kepulangan sang musuh tidak lama lagi. Tidak sabar untuk melayangkan bendera kemenangan dengan megah.

Tanpa dia sedar,

Sang musuh sudah beribu langkah lebih awal daripadanya.

Sang musuhnya bukanlah calang calang musuh.

Sang musuhnya sudah tentulah lebih cerdik malah pantas serta lincah dan licik daripadanya tapi sayangnya...

Dia tidak sedar akan hal tersebut. Masih sahaja dia merasakan dia yang berkuasa. Masih sahaja mengakui dia yang paling digeruni. Masih sahaja dalam mimpinya yang tersendiri.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top