♡35♡



" Apa yang kau paling takut dalam dunia ni ? "



" Hilangnya orang yang aku sayang "






"Ready dah ke?"

Markas yang kelihatan gah berwarna hitam dan kuning itu dilihat oleh mereka berlima. Aryan mengangkat ibu jari menandakan dia sudah bersedia begitu juga dengan Kai dan Hazry Asry. Fedrick Ricky pula berdiam diri. Mata helangnya tajam memerhati segenap markas musuh yang amat dia benci di hadapannya.

Leon yang memegang walkie talkie lantas mengarahkan anak anak buah rakannya menyerbu masuk markas itu. Mereka berlima masih senyap memerhati di atas dahan pokok pokok yang berada di sebelah kiri bangunan markas tersebut. Ye,mereka sekarang berada di atas pokok. Cukup seronok mereka berlima memerhati anak anak buah mereka membelasah dengan mudah konco konco si bedebah itu.

"So,sape nak turun dulu?" Kai yang sedang enak mengemam lolipop bersuara. Matanya masih statik memerhati perlawanan berdarah di depan mata.

"Aku ! Rasa seram pulak duduk atas pokok ni lama lama. Jumpa kak pon kang mau demam sebulan aku hoi !"

Laju kaki Aryan Naufal melompat turun tanpa rasa gentar. Maklumlah dah malam malam buta ni benda tu suka merayau cari mangsa.

Kai di sebelah Hazry Asry mengerutkan dahi. "Kak pon ? Apa benda natang jadah tu bhai?" Hazry Asry yang nak tergelak berdehem. Soalan kalau boleh kalah soalan budak tadika beb !

"Pontianak lah bodoh" Kai mengangguk. Jari diangkat tanda ok. "Aku blah dulu" Leon dan Fedrick mengangguk. Kai hanya melirik dengan ekor mata gerakan lincah Hazry Asry yang dengan mudah menyusup masuk ke dalam markas.

Matanya memandang dua lagi jejaka di sebelahnya yang sedang syok mencangkung di atas dahan pokok itu. Nasib dahan tu tebal ! Kalau nipis macam ranting ? Mau arwah dua ekor tenuk sebelah dia tu.

"Kau? Taknak turun ?"

Leon menjeling malas wajah Kai. "Kau tanya aku. Kau taknak turun ke cibai?" Kai menyengih. Rambutnya yang kusut dek angin kuat berhembus pada malam itu diraup ke belakang dan tergelak kecil.

"Jap lagi lah bro heeee. Rasa syok pulak lepak sini. Jarang dapat panjat pokok kalau balik Korea nanti"

Fedrick Ricky hanya menggeleng pasrah. Redho dapat member jenis otak udang macam si BangKai ni ha.

"Chaw lu ah. Budak dua ekor tu macam dah tenat aku rasa" Kalashnikov AK47 Assault Rifle miliknya dipegang erat sebelum dia melompat turun ke bawah.


Mask hitam yang ditanggalkan mula dinaikkan kembali untuk menutup hidung dan mulutnya. Topi hitam berjenama Adidas ditarik sedikit ke bawah agar dapat menyembunyikan wajahnya.

Leon dan Kai bersiul siul. Mereka berdua sebenarnya malas nak turun. Niat di hati nak menonton tu yang mereka berdua saja saja lepak dekat dahan tu lama lama. Tak takut agaknya dengan Kak Pon yang akan bergayut tak lama lagi dekat situ.

"Bro"

"Hmmm"

"Pahal tengkuk aku rasa semacam hah ? Seram bhai wuish"

Tengkuknya diusap usap berkali kali. Rasa seakan akan bulu romanya menegak. Lengannya yang terdedah dek kerana memakai baju hitam berlengan pendek pula diusap.

"Malam ni rasa semacam sial"

"Diamlah kau ni ! Kecah macam mak jemah !"

"Kau nak aku diam macam mana setan ?! Kau tak rasa meremang ke hah ?!"

"Rasa. Lagi lagi duduk sebelah kau memang meremang lah aku"

Kai yang sedang tersandar di dahan itu dijeling sekilas. Tak lama itu dia menoleh kembali ke arah Kai dengan mata terbeliak.

"Pahal ? Pahal tengok aku macam nak makan ? Sem sangat ke aku ?"

Leon meneguk kasar air liurnya. Lembaga berambut hitam lebat dan kusut masai serta berpakaian jubah putih dengan titisan darah seakan akan mangsa pembunuhan itu berada tepat di belakang Kai dan memandang tepat ke arahnya.

P/s : aku cekalkan hati tho nak search HAHAHAH SKSKSKS (。ŏ_ŏ)

Kepala digaru kasar lalu rahangnya diketap rapat.

"Bbe-bbelakang kau !"

"Pahal? Ada juon eh belakang aku ? Takyah ajak gurau memalam ni anjir ! Tak lawak !"

"BBBE-BBELAKANG KAU ADA SETAN LAH SETAN !"

Leon dengan pantas melompat turun. Topinya yang melayang ke tempat lain diendahkan. Walkie talkie yang ada di pegangan sebentar tadi turut hilang entah ke mana. Apa yang penting dia taknak dihantui dengan segala jenis jembalang dekat Malaysia ni !

Cukup lah hantu jembalang di Korea sudah ada berbagai bagai rupa,bentuk dan nama. Dia taknak kenal dengan jembalang negara lain ! Serik !

Kai mengangkat bahu. "Dah kenapa dengan anjing tu ? Nama je ketua mafia tapi cakap tergagap gagap" Kai menggelitik geli. Bahunya yang seakan akan dicucuk itu digosok kasar.

"SUDAHLAH ! NAK MAIN PERGI JAUH JAUH AH ! BUDAK HENSEM TAK LAYAN BENDA HODOH !"

"Abanggggggggg"

"Apa?!"

"Saya hodoh ke bang ? Hehehehehehehe"

"Bapak bingit kau gelak ! Sakit sial telinga aku !"

Kepala ditoleh kebelakang. "Kau nak apa ha sse-taANNNNNNN HAAAA ADA SETAN WOI ! OMMAAAAAAAAA HELMEONIIII YA TUHANNNN SKSKSN APA HODOH SANGAT SIAL MUKA KAU ?! GOSHHH SOMEBODY HELP MEHHH"

Bbbuk !

Ibarat nangka busuk itulah dia Kai terjatuh dari dahan yang tinggi itu. Berderap terus tulang belakangnya dek hempasan maha kuat itu.

Menjerit jerit bangKai di tengah tengah malam dek kerana kesakitan yang mula menjalar di satu badannya dan kerana pontianak yang entah dari mana muncul di belakangnya.

Bergegas anak anak buah Fedrick membantu kawan bosnya untuk berdiri.

Pprak !

"ARGHHHH YA TUHAN SAKIT YA TUHANNN"

Bobby dan Arif yang membantu Kai berdiri menggaru kepala mereka berdua. Ngeri juga mereka mendengar derapan tulang belakang jejaka itu.

Tanpa sedar Kai menangis. "Hiks ss-ssakit wei arghh" Arif tercenggang. Pertama kali mereka melihat mafia kejam di hadapan mereka menangis. Bobby pula sudah runsing mahu memujuk.

Dahlah bahu dia masih lagi bleeding dek peluru yang ditembak oleh konco si musuh. "Sshhhs shhhh sekejap lagi ok lah tu tuan. Sakit sikit je dah dah jangan nangis" rambut blonde milik Kai diusap oleh Bobby. Arif dan Bobby bergegas memapah tubuh sasa itu ke dalam van hitam di hadapan markas.


♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________




BBUM !

Pintu hitam itu dirempuh kasar dari luar. Leon yang sedang termengah mengah menarik nafas lelah dipandang oleh empat pasang mata dengan hairan.


"Kau dah kenapa ? Kena sampuk ?" Hairan Fedrick melihat gelagat kawannya itu. Selalunya Leon akan mengontrol macho di hadapan mereka tetapi tidak untuk kali ini.


Wajah jejaka itu turut jelas pucatnya dan bibirnya sedikit menggeletar. Hazry yang sedang mengikat tubuh Fareez untuk dibawa pulang ke markas turut terhenti.

Aryan yang sedang menyelongkar sesuatu di almari hitam belakang meja si Fareez turut terkesima. Terkejut sebenarnya dengan bunyi hempasan pintu yang kuat.


Leon perlahan lahan terduduk. Badan disandarkan ke pintu hitam itu. Wajahnya sudah pucat malah menampakkan garis garis urat hijau miliknya. Betapa dia takut dan terkedu !


Tak pernah seumur hidup dia nampak lembaga hodoh sebegitu rupa. Kalah muka sajat ! Kalah muka Azwan Ali !

"Wei kau kenapa gila ?! Aku tanya tu jawab lah !" keras nada suara Fedrick dek kerana soalannya dibiar sepi. Hazry yang dari tadi mencangkung kini berdiri.

Aryan yang telah menjumpai barang yang dia kehendaki kini menoleh memandang Fedrick dan juga errr Leon yang sedang tenat ?

Fareez yang lemah dipukul dan diterajang mengangkat perlahan lahan mukanya dan memandang tepat ke arah Leon.

"Akk-akk-akku jju-jjumpa han-hanntu !"

"Kau merepek apa setan ? Hantu mana nak kacau kau malam malam buta ni?"

"Ppo-PONTIANAK LAH BAHALOL ! KAU INGAT AKU TIPU KE HAH ?!"

Wajahnya ditutup menggunakan kedua tapak tangannya. Fedrick sudah menepuk dahi. Aryan dan Hazry memandang antara satu sama lain sebelum -

"HAHAHAHAHAHAHAH BAPAK LAWAK ANJING ! BARU DATANG MALAYSIA DAH KENA TEGUR KE BANG ?! HAHAHAHAHAHAHA"

Berdekah dekah dua jejaka itu mentertawakan kawan mereka yang sedang menggigil. Fedrick mengangkat perlahan tubuh Leon.

Ikutkan dia pun nak gelak sama dengan dua ekor babi hutan tu tapi kesian pulak.

Si Leon tu muka dah pucat habis siap pakej menggigil dah ha. "Gelak gelak juga ! Anjing tu bawak sekali masuk van ! Aku nak bawah Leon pergi kereta sekejap" Fedrick melangkah keluar dengan Leon yang sedang dia papah.

Wajah kawannya yang jelas lemah itu dipandang sekilas. "Kesian kau bro. Esok nak balik dah demam" dapat dia rasa betapa bahangnya badan jejaka itu. Hampir nak berpeluh dirinya dia rasa tika itu.

Hazry dan Aryan menarik nafas. Ingin menenangkan diri dek gelak tak ingat dunia sebentar tadi. Badan Fareez ditarik kasar lalu ditolak agar berjalan sendiri tetapi masih dipegang oleh mereka berdua.

"Aku syak Kai pun kena bro"

Hazry memandang Aryan. "Kau serius ke ? Kalau dia kena sekali aku berani bayar kau 20K malam ni juga" Aryan tergelak sinis. "Ini Aryan Naufal lah bro. Apa ? 20K ? Make sure prepare dari sekarang sebab aku tahu aku akan menang" Hazry mengangguk. Phone di kocek dikeluarkan lalu number seseorang didail.

"Sediakan 20K cash dalam beg hitam"

"Baik tuan ! Hantar terus ke mansion peribadi atau mansion satu lagi?"

"Mansion satu lagi lah ! Jadah apa nak hantar kat rumah aku sendiri?!"

"Bb-bbaik bos !"

Aryan Naufal tersengih gembira. Sungguh dia berasa bertuah kerana bukan sahaja dapat menangkap dan menumpaskan musuh mereka malah dia sendiri mendapat habuan wang dari kawannya !

Fareez yang masih lemah dan berada di tengah tengah jejaka itu hanya mendengar. Dia sendiri terkejut dengan perbualan dua jejaka itu. 20K bagi mereka ibarat seakan akan RM20 ringgit tetapi bagi Fareez 20K itu teramatlah susah ingin dia dapatkan. Bayangkan lah dia jual dadah pun anggaran dia dapat 15K tak sampai 20K pun.

Kalau barang dia jual tu mendapat permintaan tinggi barulah jejak sampai 20K keatas. Itupun jarang jarang hmmm.

Tubuh Fareez dihumban kasar ke dalam van. Mata mereka berdua terkalih ke arah satu susuk tubuh yang berbaring meniarap. Apabila diamati barulah mereka perasan.

"KAI ?!"

Arif yang sedang mengurut belakang badan Kai tersengih kekok. Habislah. Bos dia yang lain dah sampai !


"Erk Tt-ttuan jangan marah ! Bos Kai terjatuh pokok tadi tu yang saya bawak ke sini sekejap" Wajah Hazry yang sedang tercengang dilihat oleh Aryan dengan senyuman lebar.

"Bro ! 20K aku jangan lupa wei !"


Hazry berdecit sinis. "Aku tak lupa lah ! Aku dah suruh Groovy hantar mansion terus. Gelojoh sial" berdekah Aryan gelak. Arif menggaru dahinya yang tidak gatal. Dah kenapa dengan dua bos dia ni ? 20K ? Dorang bertaruh apa ?

"Rif,nanti tolong call Hafreez mintak datang mansion. Ubatkan si Leon dengan Kai ni ha" Arif mengangguk. Pintu van ditutup perlahan oleh Aryan.

Ikutkan dia nak hempas je tadi tapi sebab ada kawan dia kat dalam jadi dia kuburkan sajalah niat awalnya itu.

Kereta BMW berwarna hitam dituju. Pintu belakang dibuka. Sesusuk tubuh yang berselubung dengan kain hitam menyapa kornea matanya.

"Demam ke bro?" Fedrick yang berada di tempat pemandu hanya berdehem. BMW hitam itu membelah laju jalan raya manakala van hitam mereka mengikuti dari belakang.


Hazry yang bersedia dengan kamera ditangan mula mengira. Aryan pula membuka app Instagram lalu butang LIVE ditekan. Dengan kiraan Hazry maka meletuplah bangunan itu dengan serta merta.

BBOOOM !

BBBBOOM !

BBBOOM !


Tiga kali letupan membuatkan mereka berdua bersorak keriangan. Fedrick pula masih dengan pemanduanya dan hanya sengihan sinis yang terbit di bibirnya.

Hazry leka dengan rakaman yang dia sempat rakam sebentar tadi.

"WOW ! 12.3 JUTA TONTONAN SIAL ! KALAH LIVE CRISTIANO RONALDO BRO !"

Leon disebelah sudah terlelap. Bunyi bising suara suara sumbang di dalam kereta itu seakan akan hilang dek dia telah berlayar di alam mimpi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top