π¬π± :: ππππ£π§ππ₯ πππ©π
Enjoy your reading guys. Hope you like it this chapterΒ <3
ββββββββ
Yoora, Jay dan Heuningkai telah dimasukkan ke dalam bilik disiplin atas sebab membuat kekecohan di kantin sekolah pada waktu rehat tadi. Masing-masing menundukkan kepala ke bawah setelah dimarahi oleh cikgu Jongkok.
"Saya tak faham betullah dengan awak bertiga ni. Korang rehat ni nak makan ke nak ajak bergaduh? Mana disiplin korang sebagai seorang pelajar?! " soal cikgu Jongkok dengan muka yang garang dan penuh amarah. Masing-masing terdiam tidak mampu membuka mulut untuk menerangkan kejadian tadi.
"Cuba bagitahu dengan saya, siapa mulakan pergaduhan dahulu?" soal cikgu Jongkok lagi memandang tiga orang pelajar popular yang menundukkan kepala ke bawah.
"Mamat badboy acah poyoh yang start cari pasal dengan saya dulu cikgu. Saya datang kantin dengan Kai nak makan dekat sana. " jawab Yoora yang mulai bersuara setelah berdiam diri.
"Habis apa yang berlaku sebenarnya sampai kecoh tadi?" soal cikgu Jongkok lagi dengan suara yang datar sambil memeluk tubuh. Yoora yang memandang wajah guru disiplin itu menegukkan air liurnya dengan kesat apabila cikgu Jongkok itu memberi pandangan tajam terhadapnya.
"Kitaorang nak ambil nasi dan lauk je. Kebetulan saya nak cari tempat duduk tu, saya nampaklah jay marah yoora sebab baju blazerΒ sekolah dia kotor terkena lauk. Lagipun yoora dah minta maaf dekat dia tapi Jay yang tak nak maafkan dia. So dia bawa gaduhlah sampai kecoh." jawab Heuningkai bagi memihak YooraΒ menerangkan situasi yang berlaku kekecohan waktu rehat tadi.
"Tapi sebelum itu saya nak tanya dengan budak baru tu, nama awak han yoora kan? " tanya cikgu Jongkok kepada Yoora.
"Ya saya cikgu. Saya merupakan pelajar perpindahan dan ini kali pertama saya berdaftar dekat sekolah sini cikgu. " balas Yoora dengan melemparkan senyuman tipis. Maklumlah jumpa cikgu disiplin buat kali pertama memang takut ditambahkan pula sikap cikgu yang sangat garang dan tegas. Mana tidaknya semua pelajar sekolah itu berasa gerun dengan perwatakannya.
"Baiklah disebabkan awak ni merupakan pelajar baru di sini, kali ini cikgu maafkan kamu. Kalau kali kedua awak buat kesalahan yang sama, tahulah hukuman yang lebih berat menanti awak. Bukan nak takutkan awak tahu,saya nak bagi awak amaran awal-awal supaya awak tak buat kesalahan yang sama. Cikgu harap awak patuh peraturan sekolah ni."Β
"Arraseo seonsaengnim. " pamit Yoora sebelum beredar keluar dari bilik guru disiplin.
Maka tinggal Jay dan Heuningkai sahajalah yang tinggal yang masih lagi berdiri tegak dan senang diri di hadapan meja guru disiplin sambil menundukkan kepala ke bawah.
"Ok nowΒ cuba ceritakan kepada cikgu. Apa yang korang buat sampai korang bergaduh? " tanya cikgu Jongkok lagi meneruskan persoalannya inginkan kepastian.
"Saya cuma nak tegur dia je supaya tak buat hal dekat kantin, tapi dia pula yang tengking Yoora. Jadi saya backup lah Yoora. Lagipun dia baru je pindah dekat sini. So saya tak naklah keruhkan keadaan." terang Heuningkai.
"Takde. Masalahnya sekarang, Yoora pun bersalah juga.Β Dia yang tumpahkan lauk dia atas blazerΒ saya. Kalau dia jalan tengok depan,Β saya pun tak akan gaduh dengan dia. " ujar Jay tegas setelah lama dihentam dengan tuduhan.
Heuningkai menjeling. "Masalahnya tadi, dia dah minta maaf.Β Kau yang beria nak gaduhkan tadi? "
"Kau pun sama.Β Kau sengaja nak jadi batu api kan? " tunding Jay kepada Heuningkai.
Terkedu lelaki itu apabila dituduh.Β Dia hanya mahu membantu kawan baiknya sahaja.Β Bukannya ingin menjadi batu api!
"Kau cakap baik sikitlah. Yoora tu budak baiklah. Aku justΒ tak nak dia terlibat dalam masalah disiplin lagi-lagi masalah dengan kau."
Jay membuat mimik muka menyampah. "Jadi apa yang saya nak katakan dekat sini cikgu, semua ni berpunca dari Yoora. Kalau dia tak tumpahkan lauk kat blazerΒ saya sampai busuk ni, saya tak akan mulakan pergaduhan tadi.Β Lagi-lagi bila budak hingusan sebelah ni nak jadi batu api. "
"Yoora tak salahlah! " tegas Heuningkai. Tidak mahu Yoora dipersalahkan.
"Yes.She is."
"No!"
"Yes!"
"No. She is not."
"Y... "
"Sudah! Cukup! Saya tak nak awak berdua bergaduh. Sekarang balik kelas masing-masing dan nanti saya nak korang berdua bersihkan semua sampah sarap kat padang sampai bersih. Jangan ada satu sampah pun yang tertinggal dekat sana. Kalau saya dapati ada lagi satu sampah tertinggal, cikgu jemurkan korang berdua kat padang di tengah panas.Β Arraseo?!" arah cikgu Jongkok kepada dua orang muridnya sebelum mereka keluar beredar dari bilik guru disiplin.
βββββ ββββ ββββ
Setelah Yoora keluar dari bilik guru disiplin itu, hati yoora berasa sedikit legah. Syukur dia tidak dikenakan hukuman berat. Pada yang sama juga, dia juga melepaskan keluhan kasar hanya kerana dia merupakan pelajar baru di sini dia juga sudah membuat kesalahan pada hari pertama persekolahannya.
Segera sahaja yoora menggerakkan langkahnya menuju ke kelasnya. Setibanya dia sampai di depan kelas, rata-rata semua pelajar memandangnya pelik. Yoora pun mengerutkan keningnya dan mengangkat kedua-dua bahu seperti tiada apa yang berlaku lalu mengambil tempat duduknya.
Beomgyu dan Taehyun yang melihat Yoora duduk di tempat asal sambil membaca buku itu, segera mereka menuju ke tempat duduk Yoora untuk ceritakan kejadian pergaduhan di kantin tadi.
"Wehh yoora kau okay tak tadi? Aku harap kau baik-baik je." ujar Beomgyu dengan penuh kerisauan. Risau kalau kawannya ni kena denda oleh cikgu disiplin.
"Aku okay jelah tak perlulah kau risau gyu." ujar Yoora dengan melemparkan senyumanΒ tipis tanda dia baik-baik sahaja.
"Pasal Jay yang berlagak poyo acah taiko itu, kau janganlah ambil hati sangat dekat dia Yoora. Dia dari dulu sampai sekarang memang buat hal. Tak pernah berubah." ujar Taehyun sambil menggelengkan kepala memikirkan sikap buruk classmate nya.
"Apa maksud kau?" soal Yoora dalam kebingungan dengan kerutan di dahi.
"Itu aku tak boleh bagitau kau sebab kenapa dia dah makin liar. So aku nak bagitau kau awal-awal kau kena hati-hati dekat dia. Lagipun dia ni orang yang berpengaruh dekat sekolah ni. So just behave to him."Β pesan Beomgyu mengingati Yoora.
"Ah ni mana pula sorang penguin seekor tu, tak balik-balik kelas lagi ke? Dah 5 minit waktu rehat habis." soal Beomgyu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mencari kelibat Heuningkai di dalam kelas.
"Dia dekat bilik guru disiplin dengan Jay lah ngok" ujar Yoora dengan muka poker face. Sungguh dia moodyΒ pada hari pertama persekolahannya apatah lagi memikirkan masalah pergaduhan waktu rehat tadi.
"Aigoo lupa gue." kata Beomgyu yang menepuk dahi.
Belum sempat mereka sambung bersembang, cikgu Suzy sudah pun masuk ke dalam kelas menandakan kelas Sejarah telah pun bermula. Masing-masing mengambil tempat duduk dan memulakan sesi pembelajaran mereka seperti biasa.
To be continued.....
βΏ» β’ κ° yoora's messages κ± ::
Hello guys, it's me yoora setelah sekian lama tidak mengupdate ff ni, finally yoora update juga ff ni walaupun dah start bz. Tambahan pula, yoora dah start belajar dekat giatmara and dah start bz with my works. So that's why lah kenapa yoora dah semakin jarang on wattpad apatah lagi update mana2 ff ni. So yoora nak minta maafΒ kepada readers sebab dah lama menunggu yoora update. InsyaAllah malam jumaat, sabtu or hari hujung minggu yoora akan update secepat mungkin itupun kalau idea kian mendatang kadang lesap begitu je (ΰ²₯ ΝΚΰ²₯). So itulah jelah dari yoora tak naklah cakap banyak2 apa2 pun enjoy your readings my readers. Maaf kalau cerita ni tidak menepati citarasa korang. Sebarang kesalahan tatabahasa dari segi keejaan, ayat dll amat dikesali dan akan diperbaiki next time β‘β‘β‘β‘β‘.
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top