8 : 7

Tangan diselukkan ke dalam poket . Tidak kisahlah dia dikenali sebagai seorang ahli perniagaan berjaya mahupun ketua mafia , auranya tetap berjaya mengunci mulut semua orang yang berada di dalam restoran tersebut .

" Sir , she's waiting in VVIP room " satu senyuman kecil terukir pada wajahnya sebelum dia beredar menuju ke ruangan VVIP , lebih tepat ruangan khas untuk keluarga Park . Restoran itu berada di bawah nama Park Holdings , syarikat milik Jimin sendiri .

Pintu kaca yang ditutupi selapisan cat hitam itu ditolak sebelum dia melangkah masuk untuk duduk bersama satu - satunya adik - beradik yang dia ada .

" Kenapa panggil noona pergi sini ? Urusan dekat Busan banyak tau . Belum lagi nak jaga kebajikan Taeki " June memeluk tubuh , mencebik geram bila awal pagi tadi Jimin suruh dia datang jauh dari Busan jumpa dia sebab ada hal mustahak katanya .

Jimin mengambil tempat duduk di hadapan June . Keluhan kecil dilepaskan .

" You choose that small fluffy cat rather than me , your own brother ? "

Dah nama adik - beradik , si kakak peluk tubuh dan si adik pun ikut sama .

June menongkatkan dagunya memandang Jimin sambil mengukir senyuman sinis . " Yes "

Jimin menggulingkan matanya ke atas , malas nak bertengkar pasal kucing kakak dia itu . Bukan ada faedah pun .

" Yes I chose Taeki because Taeki was our mom's cat . Itu salah satu cara noona balas jasa eomma dekat noona , jaga Taeki "

June menghirup coklat panas di hadapannya perlahan sebelum meletakkan semula mug coklat itu di atas meja . Dia sedar Jimin hanya diam tanpa ada petanda dia berminat hendak bertengkar dengannya .

" Apa hal mustahak sangat itu ? Ada kaitan dengan eomma ? " tekaan June tepat apabila Jimin menganggukkan kepalanya .

" Your bullshet promise , right ? "

Satu jelingan tajam diberikan khas buat June . June memandang Jimin jelik , tidak takut langsung dengan jelingan adiknya itu .

" Appa dekat mana ? " soal June serius .

" Here " sebaik sahaja Jimin memberitahu bahawa appa diorang ada di sekitar kawasan Seoul , June terus menarik nafas sedalam yang mungkin .

" Aku pun taknak tunaikan janji itu noona . Yuha .. Yuha dah bagi impak besar dalam hidup aku " Jimin memejamkan matanya erat , mengenangkan nasib betapa bodohnya dia membuat janji itu tanpa berfikir panjang .

" Kau sendiri tahu appa benci orang yang mungkir janji kan ? Kalau kau tak buat , appa yang akan paksa kau buat sebab kau dah berjanji dan tekad untuk bunuh orang yang telah menyebabkan eomma mati . "

Jimin mengetap bibirnya , cuba untuk mengawal emosinya yang semakin serabut .

" Bukan setakat kita berdua , appa pun tahu penyebab eomma mati ialah Yuha "

Satu hakikat yang mereka sekeluarga tahu , Puan Park mati disebabkan cuba untuk menyelamatkan seorang remaja perempuan daripada kemalangan .

Jimin dan June ingat lagi kejadian itu terjadi betul - betul di hadapan mata mereka apabila Yuha tiba - tiba berlari ke arah jalan raya besar dan ada sebuah kereta memecut laju dari seberang menyebabkan puan Park mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Yuha .

Oleh kerana perasaan kesal dan marah bercampur - baur dalam dirinya , tanpa berfikir panjang Jimin pun berjanji terhadap eomma dia yang nyawa eomma dia kena dibayar dengan nyawa orang yang telah menyebabkan dia mati .

Itu sebelum Jimin tahu gadis itu ialah Yuha .

Bila dia dah tahu , dia sendiri serabut . Banyak - banyak orang , gadis yang dia dah mula sayang sepenuh hati jugalah yang perlu dia bunuh .

Jadi , selama ini dia cuba untuk memikirkan cara bagaimana nak hapuskan janji itu walaupun mustahil . Jalan terakhir dia pilih adalah dengan menjaga Yuha sehingga hilangnya dendam dalam hati dia terhadap kematian eomma dia .

Tetapi , apakan daya , bukan Jimin sahaja yang marah , appa Jimin turut terkesan dengan kematian eomma dia . Dan , appa Jimin bukan seorang pemungkir janji . Jimin pasti appa dia takkan berputus asa untuk menyuruh Jimin membunuh Yuha .

Lima tahun dia menjaga Yuha sama ada Yuha sedar ataupun tidak , semuanya dapat diatasi dengan mudah terutama Johyun .

Kini , musuh sebenar sudah datang .

Appa Jimin sendiri turun padang nak saksikan kematian gadis kesayangannya itu .

" I just love mom so much , that's it " jawab Jimin dengan nada suara yang perlahan . Badannya disandarkan pada kerusi berkusyen itu .

" Damn it . Siapa je tak sayang eomma ? " June melepaskan keluhan kasar . Jimin menguakkan rambutnya ke belakang sebelum dia memandang June dingin .

Dia panggil kakak dia dengan harapan boleh bantu dia selesaikan masalah , ini tak . Semakin serabut dia jadinya adalah !

" I don't know what should we do  Jimin . Lambat - laun , appa akan jumpa dia , bawa kau dan arah untuk bunuh Yuha "

" Appa memang dah jumpa pun " terus terbeliak mata June bila dengar pernyataan yang keluar daripada mulut Jimin .

" Then why you still stay here and do nothing ?! Appa is a grandmaster in mafia generation Park Jimin ! " suara June sudah naik dua oktaf .

Gila apa adik dia ini membiarkan Yuha di luar sana tanpa penjagaan dia . Silap hari bulan , mayat Yuha je Jimin jumpa selepas ini .

" A grand supposed to be a grand . Dia patut bersara dah sebenarnya " ujar Jimin tenang tetapi serius .

June menggelengkan kepalanya beberapa kali . Tadi , bukan main lagi macam orang nak kena hukuman gantung dia tengok muka Jimin , sekarang ?

" Kau fikir apa ? " June menghentak meja perlahan menyedarkan Jimin daripada lamunannya . Sempat lagi kau eh ?

" Appa akan biar aku yang bunuh Yuha . Hm , aku ada janji dengan Yuha yang jangan suka orang lain sela-- ah lupakan "

Jimin dan janji penuh harapan palsu dia itu berpisah tiada .

Baru nak sambung perbincangan , phone milik Jimin bergetar menandakan ada panggilan masuk .

Oh hello , mafia tak main pilih lagu sebagai ringtone , diorang akan vibrate phone masing - masing . Nanti masa tengah tembak sana - sini , tiber muncul lagu boy with luv waduh gawat .

" Ya Hoseok hyung , kenapa ? " earpod hitam dipakai sebelum dia bercakap dengan Hoseok .

" Yuha tiada dengan Taehyung , tiada dengan Seungkwan dan Jihye , tiada dengan kitorang ! "

" Dia mungkin jumpa appa kau lagi Jimin " celah Namjoon .

" Shit "

ㅡ DAY ♡
holla ~ sorry sebab lama tak update :( ❤ hehe , btw tahniah kerana baca sampai chapter ini semata - mata nak tahu janji jimin yang dia simpan selamat ini EHEHE nampak biasa tapi bagi kesan tau dekat dalam hidup dia xD . terima kasih kerana menjadi pembaca setia his promise , do spam your vote and comments . thanks a lot ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top