8 : 3

" Mengikut statistik bulan lalu , peratus keuntungan syarikat kita jatuh sebanyak 10% . Kalau berterusan , boleh rugi besar kita tahun ini " Seokjin melepaskan keluhan , begitu juga dengan yang lain .

" Urus Johyun sampai terabai syarikat . Susahlah macam ini Jimin " Namjoon memandang Jimin , berharap agar Jimin ada jalan penyelesaian .

" Kalau macam ini , kena skip sekolah lah jawabnya " antara mereka bertujuh , Taehyung orang paling gembira bila dia buat keputusan yang sudah pasti terpaksa dipersetujui oleh mereka yang lain .

" Sukalah kau . Result tak capai sasaran , layak lagi nak kerja dekat syarikat ini ? " sindir Yoongi tajam .

Yoongi dan Hoseok dah satu sekolah kembali dengan diorang . Nak habiskan zaman persekolahan bersama - sama gitu .

Duit banyak , senang je buat urusan .

" Jimin takkan buang aku punya " Taehyung tayang muka riak sambil tersenyum senget memandang Hoseok dan Jungkook .

" I show you no mercy , Taehyung . Peraturan tetap peraturan " ujar Jimin mendatar . Hoseok dan Jungkook menjelirkan lidah ke arah Taehyung .

Yoongi tersenyum tipis . Sikap Jimin yang satu itu dia cukup suka , bersikap adil dengan mereka semua .

" Ish , yelah - yelah ! Tengoklah nanti result aku jauh lagi gempak daripada korang semua erk tak semua , Namjoon hyung dikecualikan "

Pernyataan Taehyung itu membuatkan Namjoon tergelak besar . Macam mana dia nak lawan Namjoon ? IQ ja 148 hadeh .

" Rest 20 minit . Aku nak setiap seorang ada cara lain . Jangan lambat masuk " Jimin berdiri diikuti dengan mereka yang lain . Mereka menuju ke bilik masing - masing kecuali Jimin .

Sempat lagi Hoseok dan Seokjin membebel , " Rest apanya kalau suruh cari idea dalam masa 20 minit ? Gila apa Jimin ? "

Phone contact ditekan sebelum nama Yuha dicari . Dia mula mendail nombor gadis itu . Sambil menunggu , jarinya diketuk beberapa kali di atas meja menghasilkan satu irama .

" Kenapa tak angkat ni ? " sekali lagi dia cuba mendail nombor telefon tersebut , namun hasilnya tetap sama .

Dirinya tiba - tiba diselubungi rasa kurang enak . Dia bergegas keluar daripada bilik mesyuarat itu lalu menuju ke arah bilik Seungkwan dan Jihye berada .

" Ada nampak Yuha ? " soal Jimin malas nak berdalih . Jihye menggelengkan kepalanya .

" Tak , tadi -- eh Jimin ni . Aku belum habis cakap lagi dia dah pergi . Tak belajar sivik ke dulu ? " omel Seungkwan perlahan bila nampak Jimin dah blah macam itu ja .

Jihye tersenyum sinis , mengejek Seungkwan dalam diam . Nak mengumpat tapi tak berani .

Baru sahaja Jimin hendak keluar daripada pintu bangunan , dirinya disergah oleh seseorang .

Sikit sahaja lagi tangannya melayangkan tumbukan ke arah muka anak buahnya itu . Emosinya cuba dikawal , cuba bertoleransi dengan Jung Wooseok , ahli mafia generasi kedua yang mengetuai pasukan dekat seberang Pulau Jeju .

" Maaf , sir . Silap saya " Wooseok menundukkan kepalanya . Dah buat salah , kenalah minta maaf . Kalau buat hal dengan ketua sendiri , memang nahaslah jadinya .

" Tell me now " bila ketua pasukan setiap tempat sendiri yang jumpa Jimin , dia pasti ada masalah besar bakal menimpa .

" He finds you , sir . Jihoon beritahu saya dia nak selesaikan apa yang patut . Janji tetap janji , sir .

Jimin mengepal tumbukannya erat . Dia masuk semula ke dalam bangunan syarikat kemudian tergesa - gesa kembali semula ke bilik mesyuarat .

Pintu kaca ditolak kasar . Kelihatan mereka berenam sudah menunggu Jimin , siap minum kopi lagi .

" Jimin , you're late " Jungkook perhati sahaja muka bengis Jimin itu .

" Peraturan tetap peraturan ~ " Taehyung ambil kesempatan , kenakan Jimin balik . Jimin menggulingkan matanya sebelum dia memandang Taehyung tajam .

Ya , dia tahu dia sendiri juga kena ikut peraturan . Siapa lambat datang mesyuarat , akan ada punishment tersendiri . Ketujuh - tujuh mereka sudah setuju dengan hal itu , tetapi ada hal yang lebih besar perlu mereka uruskan .

" Dendanya ialah ... " belum sempat Hoseok menghabiskan ayatnya , Jimin mengangkat tangan paras bahu meminta supaya Hoseok diam .

Hoseok terus membisu . Sedikit pun dia tidak terasa hati apabila melihat raut wajah Jimin ada sesuatu yang menganggu fikirannya .

" Don't say that he's back " seakan - akan dapat membaca fikiran Jimin , Yoongi memetik jarinya meneka dengan sekali cubaan .

Anggukan kepala daripada Jimin membuatkan mereka terkedu .

" Oh damn , habislah " Seokjin menyandarkan tubuhnya pada kerusi , dahinya diurut memikirkan masalah baru yang menimpa mereka .

" Kali ini kita betul - betul akan skip sekolah lagi , " Namjoon memandang Taehyung , Taehyung buat muka what ?

" Gembiralah kau kan kena skip sekolah lagi " ujar Yoongi mendatar .

Taehyung merengus kecil . Memang dia gembira kalau perlu skip sekolah sebab nak uruskan syarikat , tapi kalau sebab nak uruskan mafia memang taklah .

" heck ? Of course not . Takkan aku nak biar nyawa adik aku melayang macam itu ja ? Ini semua sebab janji tak guna Jimin itu " Taehyung yang ingin mencengkam kolar baju Jimin segera ditahan oleh Seokjin dan Namjoon .

Bibirnya mengukir senyuman sinis . Dia mengajuk pernyataan yang pernah keluar daripada mulut Taehyung terhadapnya dulu ,  " Aku bukan pengkhianat . Heh "

Taehyung memejamkan matanya erat sebelum dia memandang Jimin semula . Empangan air matanya cuba ditahan daripada pecah .

" Aku taknak kehilangan kau . Tapi , aku pun taknak kehilangan adik aku . " kata Taehyung perlahan .

Jimin segera memeluk Taehyung , jujurnya dia juga tidak mahu melakukan hal itu tetapi janji tetap janji kan ?

" Sorry Taehyung , aku terpaksa . Aku dah janji dengan eomma aku " suara Jimin yang tadinya kedengaran sinis kini mulai mengendur .

" Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya kan ? " Jungkook cuba menceriakan suasana , meskipun dia tahu betapa pahitnya rasa menahan keperitan yang dialami .

DAY ♡

huahuahua ingat fanfic ini dah habis ? tak lagi AGAGAGAGA main point tajuk belum keluar meh :p final war uwu selamat meroyan lagi :p ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top