Habis sahaja kelas, Arien terus keluar dari kelas dengan Diaz dan Sullivan.

Ketiga-tiga jejaka itu terus menuju ke perpustakaan untuk mengulangkaji apa yang telah mereka pelajari.

"Ivan, aku tanya sikit." Arien memandang Sullivan. "Pasal kawan-kawan adik kau."

"Asal kau tetiba nak tahu ni?" Soal Sullivan pelik.

"Just curious." Balas Arien.

"Or kau nak tahu pasal Estrella?" Teka Diaz. "Estrella tu lawa, takkanlah kau tak berkenan dekat dia?" Diaz memandang Arien pelik.

"Asal kau dengan Ivan cakap si Estrella tu lawa? She looks average to me." Arien memandang Diaz dan Sullivan bergilir-gilir.

"Dude... you got to be kidding." Diaz memandang Arien dengan wajah tak percaya.

Arien's POV

"Dude... you got to be kidding." Si Diaz ni kenapa? Dia fikir aku main-main ke?

Apa yang istimewa sangat pasal Estrella ni sampai Diaz dengan Ivan asyik cakap dia cantik?

Dia cantik ke? Aku tengok tak adalah cantik sangat, biasa-biasa je.

"Estrella tu kira Miss Popular dekat sini." Ivan bersuara. Oh, aku tak tanya pun dan aku tak nak tahu.

"Tapi bukan senang nak dekat dengan Estrella tu." Diaz menyampuk. "Astorius is her brother."

Oh, jadi Estrella tu adik si Astorius? Kecil betul dunia ye?

Tapi aku tak tahu pula yang Astorius ada adik. Kuat berahsia betul si Astorius ni.

"Tapi apa maksud kau yang Estrella tu susah nak didekati?" Tanya aku.

"Kau bukan tak kenal Astorius tu macam mana. Dia mana suka orang rapat dengan adik kesayangan dia tu." Ivan cakap. "Especially people like us."

"You think I give a fuck about it?" Kata aku. "Astorius tu takde beza pun macam kita."

"Yeah, you're right." Ivan anggukan kepalanya.

End of Arien's POV

Arien dan kedua-dua kawannya itu pun memasuki perpustakaan. Mereka bertiga terus mencari kelibat kawan-kawan mereka yang lain.

"Guys, sini!" Panggil Ezequiel sambil melambai-lambaikan tangannya.

Arien, Sullivan dan Diaz pun berjalan ke arah meja yang kawan-kawan mereka duduk.

Kini ketujuh-tujuh mahasiswa itu mula menjadi tumpuan para mahasiswi yang berada di perpustakaan itu.

Mereka bertujuh hanya mampu memusingkan anak mata masing-masing sahaja. Rimas bila asyik jadi tumpuan orang ramai.

Beberapa orang mahasiswi di situ mula berbisik antara satu sama lain. Ada juga yang tersenyum malu bila mereka bertentang mata dengan ketujuh-tujuh mahasiswa itu.

"These girls are annoying." Kata Evan.

"I know right?" Diaz menjeling ke arah sekumpulan mahasiswi yang sedang memerhatikan mereka bertujuh. "Kalau lawa takpe juga, ni muka pun macam loji tepi rumah aku."

"Jangan jujur sangat." Ezequiel gelak mendengar apa yang Diaz cakap.

Selang beberapa minit kemudian, Estrella dan kawan-kawannya berjalan masuk ke dalam perpustakaan itu.

Ketujuh-tujuh mahasiswi itu duduk di meja yang tidak jauh daripada meja yang Arien dan kawan-kawannya duduk.

Sullivan bangun dari duduknya dan jejaka itu menghampiri meja yang diduduki oleh Estrella dan kawan-kawannya.

Sullivan merangkul bahu Lilian dan membisikkan sesuatu di telinga gadis itu. Lilian memandang Sullivan pelik.

"Ivan ni cari nahaslah." Evan gelengkan kepalanya.

"Kejap lagi ada la yang jealous tengok Ivan dengan Lili." Sampuk Davian.

"Jealous people can keep jealous." Celah Darius. "They are nothing to Ivan." Kata Darius kuat-kuat.

Beberapa orang mahasiswi yang sibuk memandang Sullivan dengan Lilian terus memandang Darius.

Ada juga yang memandang Darius dengan riak muka tak puas hati.

Estrella's POV

"Jealous people can keep jealous." Aku dengar apa yang dikatakan oleh Darius tadi. "They are nothing to Ivan." Dia sindir siapa sebenarnya?

"Your friend are crazy, aren't him?" Aku menoleh ke arah Lilian yang sedang bercakap dengan abangnya, Sullivan.

"Who? Darius?" Sullivan tersengih. "He's nuts."

"Tapi kitorang tak sangka yang Ivan ni abang Lili." Kata Ciara, sedikit terkejut lepas tahu akan hubungan Sullivan dengan Lilian.

"We keep it low, sweetie." Sullivan mengenyit matanye ke Ciara. Amboi, sempat dia ni. "Anyway, Lili balik dengan abang eh?" Sullivan memandang adiknya dan Lilian anggukan kepalanya.

Hmm...aku rasa si Ivan ni tak adalah sombong sangat macam yang aku fikir. Maybe dia jenis yang tak bersosial sangat.

Tapi aku tak pasti pasal kawan-kawan dia tu. Mereka nampak macam sombong, bagi aku la.

Tapi asal aku rasa macam ramai je mahasiswi yang pandang kitorang eh? Jealous ke apa?

Sullivan pun kembali ke meja kawan-kawannya selepas itu.

"Handsome jugak abang Lili." Puji Mikayla tiba-tiba.

"Handsome? Abang Lili handsome?" Lilian memandang Mikayla pelik. "Mikayla... Ivan tu tak handsome. Muka macam longkang." Sempat Lilian kutuk abang sendiri.

"Gurl, did you just talk bad on your own sibling?" Maura memandang Lilian.

"Why? Abang Ivan okay je. Dia tak kisah sangat pun." Balas Lilian.

Lilian memang jenis suka bergurau dengan abangnya, itu apa yang Lilian beritahu aku.

"But, Lili tak nak kenalkan kawan-kawan abang Lili ke?" Eh si Ivory ni, menyempat pulak dia.

"Nanti-nantilah ye?" Kata Lilian malas.

Tapi aku perasan juga yang salah seorang daripada kawan Sullivan asyik pandang aku sahaja.

Arien atau nama penuh dia Arien Denzel, dia sebenarnya satu kelas dengan aku. Dia asyik pandang aku daripada tadi.

Apa masalah dia sebenarnya? Asyik pandang aku je, naik rimas pulak aku.

"Tu Arien, kawan rapat abang Ivan." Kata Lilian dan aku cuma anggukan kepalanya. "Lili rasa abang Arien sebaya dengan abang Astorius."

"Astorius baru je 23 tahun." Kataku.

Astorius tu harap je umur sudah 23 tahun, tapi perangai dia macam budak umur 3 tahun.

Aku yang umur 21 ni penat nak jaga abang aku tu. Aku dengan Astorius ni macam dah tertukar roh. Aku ni ibarat kakak dan dia pula ibarat adik.

Selepas hampir setengah jam berada di perpustakaan, kami bertujuh pun bergerak meninggalkan perpustakaan itu.

End of Estrella's POV

"Arien asyik pandang Ella je." Kata Davian.

"Mana ada, jangan reka cerita." Nafi Arien. Boleh pula dia kantoi pandang Estrella tadi.

"Jangan-jangan kau dah tersuka dekat Ella." Usik Sullivan.

Arien memandang Sullivan dan Davian dengan riak muka dingin. Rasa macam nak terajang je Davian dengan Sullivan pun ada.

Sullivan dan Davian hanya mampu tersengih apabila mereka melihat riak wajah dingin Arien.

"They were just joking, Arien. Chill." Evan menepuk-nepuk perlahan bahu kawannya itu.

"Whatever." Arien meninggalkan perpustakaan tersebut.

"Stop usik Arien macam tu." Evan memandang Sullivan dan Davian. "Faham?" Sullivan dan Davin anggukan kepalanya mereka.

Ien's POV

Aku menghantar mesej dalam group chat aku dan kawan-kawan aku.

Bila dia orang ni nak serius agaknya? Tapi setidaknya aku beritahu mereka pasal keadaan El.

Aku menyimpan telefon pintarku dalam poket seluar dan aku mengangkat tubuh El lalu membawanya keluar dari stor. Aku terus membawa El ke bilik kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

End of Ien's POV
















































ꖛ to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top