➶| 13

❝ Depends on him.❞

✍✍
____________










"Tolong panggil Guardian Angels sekarang!"

Hosho membaring tubuh Jun yang lemah di atas katil.

"Mana Guardian Angel?!" katanya dengan nada tinggi.

Situasi kelam kabut itu memaksa mereka melangkah ke belakang.

Dengan pandangan penuh kerisauan, harimau dan bunga bunga matahari itu tidak mahu berganjak pergi dari situ.

"Omma, kenapa dengan Jun?" soal Hoshi dengan nada gementar kepada Hosha.

Hosha memandangnya.

"Hoshi, ajak kawan kawan duduk sana. Tak boleh ramai ramai kat sini, nanti Jun sesak." pujuk Hosha sambil memegang bahu Hoshi.

Grandma fairy memimpin mereka ke tempat lain.

Hosha kembali melihat Jun.

Nafasnya perlahan tapi dia masih sedar. Cuma tidak dapat bergerak kerana tubuhnya lemah.

"Apa masalahnya?"

Hosha dan Hosho berpaling ke belakang dan nafas lega terdengar daripada mulut mereka.

Jeonghan dan Jisoo, dua Guardian Angels yang berkuasa telah datang.

"Maaf kerana memanggil kalian. Tapi.." ujar Hosha dengan serba salah lalu mengalihkan pandangannya kepada Jun.

Mereka sama sama melihat itu.

"Apa jadi kepadanya?" soal Jisoo pula.

"Dia pengsan di kedai bunga tadi. Badan dia sekarang lemah." jawab Hosha.

Jeonghan mendekati Jun. Dia meletakkan tangannya di dahi Jun.

"Sejak bila?"

Hosha dan Hosho berpandangan sesama sendiri.

"Sejak 2 tahun lalu. Dia cuma menanti seorang manusia."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top