Chapter 57 : Sacrifice


Ikhwan seperti biasa melakukan kerja di pejabat,dia memeriksa setiap dokumen yang ada tertera di dalam skrin. Alisa juga turut membantu,walaupun ditegah oleh Ikhwan.

Telefon pintar berdering dan nama Zafrey tertera,itu membuatkan Ikhwan kehairanan dan segera menjawab panggilan tersebut.

"Uncle! Tolong!" suara Zafrey cemas kedengaran.

"TOLONG KAMI!!" Aliff menjerit sambil memapah Aminudden yang berdarah di dada.

Zafrey menyusul dari belakang mereka,membantu Aliff memapah Aminudden yang tidak sedarkan diri.

Alia yang sedang berada di ruangan kaunter perkhidmatan,terlepas fail di dalam tangannya melihat keadaan suaminya. Alia hilang kata-kata dan tergamam,Nurul yang berada di dalam pejabat mendengar kekecohan tersebut.

"Apa yang berlaku ni?"

Nurul menyoal sebaik keluar dari pejabatnya,tetapi dia terkejut sebaik melihat keadaan Aminudden.

"Apa yang berlaku ni?! Medic! Bawa dia ke wad kecemasan!!" Nurul memberi arahan.

Aminudden segera dibawa ke bilik rawatan,kelas magic dan diberikan rawatan. Healer mula berkumpul untuk merawat Aminudden,tetapi semuanya sia-sia.

"Bagaimana?" soal Nurul.

"Kami tidak boleh merawatnya doktor!" ujar salah seorang healer.

"Ha? Kenapa?" soal Nurul lagi.

"Kecederaannya disertakan magis aneh.. Rawatan kami ditolak bulat-bulat.." ujar healer itu lagi.

Nurul mula bingung dan apa yang patut dia lakukan?

Apa yang dia nak katakan pada Ikhwan jika dia tiba nanti?

"Nurul!" Ikhwan muncul di hadapannya.

"Speak by the devil.. Ouh boy.." ujar Nurul menekup muka.

"Bagaimana Aminudden? Apa yang berlaku?" soal Ikhwan.

"Aminudden kena serang hendap oleh musuh misteri.." seseorang menegur Ikhwan.

Zafrey berdiri di hadapan Ikhwan,Alia kelihatan duduk di kerusi pelawat yang disediakan tepi kaki lima. Alia jelas dalam keadaan terkejut,sambil ditemani oleh Hikari yang baru sahaja tiba awal seminit sebelum Ikhwan dan Alisa.

"Apa maksud kamu diserang musuh misteri.." ujar Ikhwan.

Zafrey segera mengambil satu buku jenis untuk lakaran,dia segera melakar sesuatu dan setelah selesai. Zafrey serahkan buku lakaran itu,pada Ikhwan untuk diperiksa.

Ikhwan terkejut melihat lakaran sempurna Zafrey,musuh itu Ikhwan kenal sebagai pengikut Zagdrus dan Ikhwan menarik nafas pendek lalu dihelakan.

"Terima kasih Zaf..kamu berehat lah..." ujar Ikhwan dan Zafrey hanya mengangguk sahaja.

"Jadi Nurul.. Boleh aku tengok keadaan Aminudden?" soal Ikhwan dan Nurul mengangguk sahaja.

"Boleh.." ujar Nurul pendek.

"Alisa.. Kamu temankan Alia dan Hikari.." kata Ikhwan dan Alisa mengangguk sahaja.

Ikhwan berjalan mengekori Nurul,dia melangkah masuk ke dalam bilik di mana Aminudden dirawat. Sebaik sahaja masuk dia terkejut,melihat aura gelap yang menyelubungi Aminudden.

Tetapi hanya dia sahaja yang mampu lihat aura tersebut,dia memerhatikan semua healer yang sedang merawat Aminudden jelas tidak mampu melihat aura tersebut. Ikhwan mengetap giginya menahan marah,Nurul memegang bahu dia dengan tiba-tiba.

"Healer kami tidak mampu merawatnya.. Mereka kata ada satu kuasa misteri menghalang kami merawatnya... Sekarang apa yang kami boleh lakukan adalah memberi magis sokongan untuk Aminudden terus bernafas..." jelas Nurul.

"Untuk berapa lama?" soal Ikhwan dan Nurul menelan air liur melihat renungan Ikhwan.

"A-aku tidak dapat nak ramal Ikhwan... Jika berterusan.. Aminudden akan hilang nyawa.." jelas Nurul dan Ikhwan hanya mampu terkejut.

Memori lama terimbas di saat Zero menghembuskan nafas terakhir,dia mengepalkan penumbuknya sehingga berdarah dan Nurul terkejut.

Apa yang dia mampu lakukan?

Dia tidak boleh selamatkan anak saudaranya?

Kisah silam yang gelap akan berulang kembali?

Pada masa itu Flare yang memerhatikan Ikhwan,sekadar tersenyum dan membuka mulut berparuhnya.

"Serahkan pada aku,Raja Naga.."

Ikhwan terkejut dan menoleh ke satu arah,tiada sesiapa yang kelihatan baru lepas bercakap dengan dia.

"Flare?"

Aminudden yang ketika itu berada di dalam dunianya sendiri,sekadar duduk bersila dan kehairanan kenapa dia berada di sini.

"Aku di mana?" soal Aminudden dan imej dia ditikam,buatkan dia terkejut dan memegang dadanya.

"Aku? Akan mati?" soal Aminudden lagi dan memejamkan matanya,dia tersenyum pasrah.

"Ini ke penamat aku?" soal Aminudden lagi.

"Ini bukan penamat untuk kau budak.." Aminudden terkejut sebaik mendengar suara seseorang.

Aminudden mendongak melihat Flare,si burung helang api merenungnya dengan tersengih.

"Flare?"

Reezal dan Razeedah ditemani Zareena dan Intan serta Aswandy,muncul di kawasan bilik rawatan. Nurul terkejut dengan kehadiran mereka,keluarga itu segera melangkah ke arahnya.

"Nurul! Bagaimana dengan keadaan anak aku?!" soal Reezal cemas.

"Ayah.." ujar Zafrey dan Aswandy hanya tersenyum kelat mengusap kepala Zafrey.

"Kamu boleh selamatkan dia kan?" soal Razeedah menahan kesedihan,namun dia ditenangkan oleh dua anak gadisnya.

Nurul tidak dapat memberi penjelasan,Ikhwan muncul tidak lama lepas itu. Reezal segera menghampiri adiknya dan memegang bahunya,Ikhwan hanya memandang abangnya tanpa emosi.

"Ikhwan! Kau boleh selamatkan anak aku bukan? Kau guru dia bukan?!" soal Reezal cemas.

"Pertama sekali.. Boleh kau bertenang?" ujar Ikhwan menyentuh tangan abangnya dan Reezal tersentak.

"Ma-maaf... Aku risaukan keadaan anak aku.." kata Reezal mengetap giginya.

"Keadaan Aminudden.. Sekarang tenat.." jelas Ikhwan dan Reezal serta keluarganya mendengarnya,Razeedah menangis kemudian dipeluk oleh Zareena.

"Ikhwan! Ia tidak kelakar! Hentikan gurauan ni!" Reezal berkata hilang sabar dan mencekak kolarnya.

"Ikhwan.. Jangan main-main.. Ia berkaitan nyawa keluarga kita.." ujar Aswandy.

"Aku tidak bergurau.." ujar Ikhwan pula dengan raut air muka yang serius.

Reezal terkedu dan pegangan kolar dia terlerai,Ikhwan hanya mendiamkan diri dan mengetap giginya.

Suasana menjadi tegang di kaki lima,Nurul tidak tahu apa yang patutnya dia lakukan ketika itu. Aswandy hanya mendiamkan diri,dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh adiknya itu.

Aminudden hanya terkebil-kebil melihat Flare yang muncul di hadapannya,dia hilang kata-kata dan Flare menghela nafas pendek.

"Kau kenapa buat muka macam tu? Bukan kali pertama kau jumpa aku.." ujar Flare.

"Tetapi kau hanya muncul bila masa kau nak jumpa aku je.." Aminudden berkata dengan hairan.

"Memang.. Sebab kau akan mati kalau aku tidak buat apa-apa.." jelas Flare lagi.

"Ouh.. Memang aku akan mati lah..eh?"soal Aminudden pasrah dan Flare hanya memerhatikan Aminudden sahaja.

TUSSH!!

"ADOI!!" Aminudden menjerit kerana kepalanya,dipatuk oleh Flare.

"Apasal kau patuk aku burung gila?!" soal Aminudden geram memegang kepalanya.

"Berhenti buat muka cengeng la.. Kau boleh selamat.." jelas Flare dan Aminudden hanya mengangkat kening kirinya.

"Ha? Aku takkan mati la..?" soal Aminudden ceria dan bertepuk tangan kegirangan.

"Haa... Tadi sedih ni gembira.." kata Flare menggelengkan kepala.

"Tapi bagaimana kau nak selamatkan aku?" soal Aminudden ingin tahu dan Flare hanya tersenyum pahit.

"Memberikan kau dengan nyawa aku sendiri.." jelas Flare dan tubuhnya,diselubungi api yang marak.

"Hah?!" Aminudden terkejut.

Reezal dan Ikhwan berbalas tenungan,suasana tegang jelas terasa oleh orang yang berada di sekeliling.

"Can you stop staring each other..?" soal Nurul mencelah dengan tiba-tiba.

Ikhwan dan Reezal memandang ke arah Nurul,Reezal menghela nafas pendek kemudian dia duduk di kerusi panjang.

"Maaf Wan... Aku risaukan anak aku.." ujar Reezal dan Ikhwan hanya memejamkan mata,dia duduk di sebelah abangnya.

"Aku faham.. Ayah mana tidak risaukan anaknya?.." ujar Ikhwan perlahan tapi kuat untuk didengari oleh Reezal.

"Bagaimana keadaan dia?" soal Reezal.

"Anak kau kecederaan dia parah.. Malah orang yang mencederakan dia,tidak berniat untuk biarkan Aminudden sembuh.. Dia nak anak kau mati,healer yang ada tidak dapat membantu Aminudden.. Anak kau akan mati jika ini berterusan..." ujar Ikhwan dan Reezal mengepalkan penumbuknya sekuat hati.

Razeedah duduk di kerusi sambil ditenangkan Zareena dan Intan,Alisa pula bersama Alia dan Hikari. Aila juga tahu perkara ini,namun Ikhwan tidak mahu Aila menghubungi Luqman dengan segera.

"Aku beritahu Aila supaya jangan hubungi Luqman buat masa sekarang.. Kerana misi yang Luqman jalankan juga penting.." ujar Ikhwan dan Reezal memandang adiknya.

"Kau nak cakap nyawa anak aku tidak penting? Biarkan Aminudden mati tanpa abang di sisi?! Macam tu maksud kau?!" soal Reezal mencekak kolar baju Ikhwan.

"Kau masih nak katakan misi Luqman lebih penting dari nyawa adik dia?!" Reezal membentak.

Ikhwan hanya menghela nafas pendek,lengan abangnya dicengkam dan Reezal terkejut melihat renungan Ikhwan.

"Boleh kau bertenang dan dengar apa yang aku nak katakan?" soal Ikhwan dan Reezal melepaskan kolar Ikhwan.

"Pertama sekali,nyawa Aminudden penting.. Tetapi ada nyawa lain yang perlu diselamatkan.." ujar Ikhwan dan Reezal hanya diam mendengar.

"Flare.. Spirit Beast yang berada di dalam tubuh Aminudden.. Dia beritahu aku,dia akan selamatkan Aminudden.." jelas Ikhwan dan Reezal mukanya menunjukkan harapan.

"Tetapi.. Keadaan Aminudden hanya boleh diselamatkan dengan memberikan dia nyawa baru.." kata Ikhwan dan Reezal terkejut sekali lagi.

"Maksud kau.." Reezal mula faham.

"Ya.. Flare akan korbankan dirinya untuk Aminudden terus hidup.." kata Ikhwan dan Reezal tergamam.

"Tidak! Jangan kau berani lakukannya!!" Aminudden berteriak mengarahkan Flare.

"Maaf.. Ini sahaja caranya.." ujar Flare dengan senyuman pahit.

"Mesti ada cara yang lain.." kata Aminudden memikirkan cara selain yang Flare ingin lakukan.

"Keadaan kau semakin lama semakin teruk Aminudden.. Kalau kau berdegil,kau akan mati...kalau kau mati,abang kau akan terus tenggelam dalam kegelapan..." jelas Flare dan Aminudden terdiam.

Aminudden menundukkan wajahnya dan air mata mengalir,dia tidak dapat lakukan apa-apa untuk menghalang Flare.

"Jangan bersedih.. Aku sudah anggap kau seperti anak aku.. Jadi seorang ayah tidak akan biarkan anak dia mati bukan?" ujar Flare dan Aminudden tidak membalas.

Api yang menyelubungi Flare semakin marak,semakin bersinar dan Aminudden mendongak memandang Flare. Air matanya mengalir,Flare hanya tersenyum pahit.

"Stay strong my idiot son.." ujar Flare dan Aminudden mengesat air matanya,dia tersengih dan Flare terbang ke atas kemudian menjunam ke arah Aminudden.

"Yes I will,father.." ujar Aminudden dan Flare terkejut kemudian tersenyum.

Api marak menjunam hempas pada Aminudden,api marak terus membara sehingga menerangi seluruh kawasan.

Healer yang ditugaskan menjaga tubuh Aminudden,sedar mengenai sesuatu dan tubuh Aminudden seperti terbakar.

"Apa yang berlaku?!"

Jeritan healer perempuan itu didengari dari luar,Reezal dan Ikhwan serta yang lain mendengar. Mereka semua terus masuk,sebaik sahaja masuk ke bilik rawatan. Semua terkejut kerana tubuh Aminudden,kembali normal kecuali Aminudden masih belum sedar.

"Keadaan dia kembali normal.. Macam tidak pernah cedera.. Malah dia sudah stabil.." ujar Nurul selepas memeriksa keadaan Aminudden.

Lukanya di dada sembuh seperti tiada apa-apa yang menembusi,Aminudden kembali bernafas seperti sedia kala. Razeedah menghampiri anaknya,kemudian dipeluk dengan tangisan kegembiraan.

Alia dan Hikari berpelukan,Alisa pula menghela nafas lega. Zareena dan Intan tersenyum lega,Reezal hanya bersyukur anaknya selamat walaupun masih belum sedarkan diri.

Ikhwan dan Reezal seperti menyedari ada sesuatu di belakang mereka,apabila mereka menoleh dan terkejut kerana ada seorang lelaki tersenyum kepada mereka.

"Siapa kau? Eh? Kita di mana?" soal Reezal sebaik menyedari latar belakang mereka,hanyalah putih tanpa penghujung.

"Flare.. Kau ke?" soal Ikhwan.

"Dia? Flare? Helang api Aminudden?" soal Reezal.

"Ya.. Ini kali pertama aku bertemu dengan kau dalam bentuk manusia.." ujar lelaki yang dipercayai Flare dalam bentuk manusia.

Ikhwan hanya tersenyum dan memandang Reezal,dia memberi isyarat supaya Reezal katakan sesuatu pada Flare. Reezal berjalan ke hadapan sedikit,Flare memandang ke arahnya.

"Terima kasih Flare... Aku akan ingat kau dalam hati sehingga nafas terakhir aku.." kata Reezal menundukkan kepalanya tanda hormat.

Flare hanya tersenyum dan sedikit demi sedikit,terhakis imejnya dan lenyap berubah menjadi cahaya. Ikhwan dan Reezal hanya memerhatikan Flare pergi,mereka sekadar mendiamkan diri memberi penghormatan terakhir dan kembali ke realiti semula.

"Tetapi kenapa Aminudden masih tidak sedarkan diri?" soal Reezal.

"Tubuh Aminudden baru sahaja menerima nyawa baru,ia akan mengambil masa untuk dia sedar..." jelas Ikhwan.

"Maknanya Am selamat?" soal Zafrey dan Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Nampaknya begitulah.." kata Ikhwan tersenyum dan Zafrey menarik nafas lega.

"Siapa sebenarnya mereka yang menyerang Aminudden?" soal Aswandy.

"Aku percaya mereka adalah pengikut Zagdrus.." jelas Ikhwan.

"Zagdrus?!" Reezal dan Aswandy berkata serentak.

"Siapa pula Zagdrus ni?" soal Reezal.

"Lebih baik kita pergi ke tempat lain.. Sini tidak sesuai.. Lagipun Aminudden sudah tidak kritikal keadaan dia.." kata Ikhwan dan dua orang abangnya mengangguk setuju.

"Nurul,boleh kamu tolong tengokkan anak aku?" soal Reezal.

"Sudah menjadi tugas saya.." kata Nurul tersenyum.

Ikhwan berjalan sambil diekori oleh dua orang abangnya,Nurul hanya menghela nafas pendek dan memerhatikan Aminudden yang dalam keadaan seperti tidur.

"I swear this family.. Like a monster.. On second they dying.. After a second they survive.." ujar Nurul.


















=====================

Hellooo guys

Terkejut ke?

Hahaha..

Mana mungkin Aminudden akan mati,aku tidak akan benarkan dia mati

So he survive

But his partner sacrifice his life

Alright,what's gonna happen next?

Stay tuned and please comment also vote okay?

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top