Chapter 15 : Yureeka Darren,Gadis Cpu-Biology yang ceria?
Tumbukan dihayunkan bersama api merah yang marak,kemudian hayunan kaki di angkat ke atas secara berpusing dua kali. Selepas beberapa saat dia melompat secara melibaskan kakinya,berpusing umpama ribut di udara. Dia kembali mendarat dan melakukan tendangan kecil,berpusing beberapa kali sebelum menghela nafas pendek dan berhenti.
Hikari muncul dan menghampiri pemuda yang baru lepas berlatih,lalu menyerahkan tuala bersih dan pemuda itu mencapai serta mengeringkan peluhnya menggunakan tuala tersebut sudah semestinya. Aminudden menghela nafas pendek,nafasnya turun naik kerana baru lepas berlatih. Itulah Aminudden untuk melepaskan stress,dia perlukan lepaskan dengan latihan.
"Abang okay?" soal Hikari.
"Dah okay sikit,terima kasih kerana tanya.." jawab Aminudden memandang isteri mudanya.
"Abang risaukan abang Luqman huh?" soal Hikari.
"Yeah.. Dia abang kandung abang.. Sudah tentu abang risau.." jelas Aminudden.
"Tapi..." Hikari ingin bersuara tetapi niatnya dibatalkan,Aminudden sedar perkara itu.
"Hikari,kalau ada sesuatu nak luahkan jangan pendam..." kata Aminudden bangun menghampiri Hikari.
"Ia berkenaan abang Luqman..." ujar Hikari dan Aminudden mengerutkan dahinya.
"Teruskan..." Aminudden memberi kebenaran.
"Kuasa kegelapan dia amat menakutkan,malah dia bagaikan sendiri tidak sedarkan perkara tersebut.. Jika ia berterusan,dia akan dikuasai kegelapan tanpa sempat kita sedarinya.." jelas Hikari dan Aminudden terdiam dengan perasaan terkejut.
"Eh dah habis berlatih? Ingat nak temankan.." satu suara menegur mengganggu perbualan mereka berdua.
Zareena muncul ditemani Intan dan Nao,Aminudden dan Hikari berpandangan kemudian Aminudden tersenyum sahaja.
Pada masa yang sama Luqman mengetap gigi dan kilat hitam menyelubungi tangannya,saat ia hilang kawalan dengan segera Luqman menghayunkan ke tanah.
BRAAM!!!!!
KLONG.!!!
Letusan menghasilkan bentuk kawah yang besar,Luqman termengah-mengah dan ini kali ke sepuluh dia gagal. Sebaik dia aktifkan kilat tersebut,dalam beberapa saat kilat tersebut akan hilang kawalan dengan tiba-tiba.
"Kilat hitam seperti haiwan liar.. Tapi kenapa baru sekarang muncul?" soal Luqman.
Luqman teringat kata-kata Zagdrus,dia ingin menguasai tubuhnya. Agak lama dia perhatikan tapak tangannya,kemudian Luqman tersenyum sinis dan ketawa kecil.
"Jika itu yang kau nak.." ujar Luqman mengepalkan penumbuknya,kilat hitam terhasil sekali lagi dan dihayunkan ke tanah.
BRAAM..!!!!!!
KRAANG!!!
Rekahan tanah yang amat besar terhasil,tangan Luqman kekal ke tanah dalam keadaan menumbuk. Nafas Luqman termengah-mengah dan merenung ke hadapan,kilat ungu dihasilkan dan matanya bersinar lebih menyilau.
"Aku tidak akan serahkan tubuh ini pada kau...aku bersumpah,kau akan aku hapuskan dari muka bumi!" Luqman menjerit sambil merenung tajam ke arah lautan.
Tetapi sebenarnya Luqman bukan merenung ke permukaan laut,tetapi ke arah di mana tempat Zagdrus dikurung berada. Manakala Zagdrus menyedari aura milik Luqman,sekadar ketawa dan mula teruja.
"Hehe... Menarik,aku sukakan kanak-kanak kecil yang jenis melawan.." ujar Zagdrus.
Luqman termengah-mengah kemudian dia mengatur nafas,Luqman menghelakan nafas panjang dan seseorang mengintai dari tempat tersembunyi. Orang misteri itu mengorak langkah dengan berhati-hati,dia menarik nafas dan terus meluru laju ke arah Luqman.
Saat itu juga Luqman mengesan satu aura yang kuat,dia menoleh dan orang misteri menghayunkan tangannya. Luqman tanpa banyak bicara terus menangkis dengan tujahan kaki,sebaik sahaja berlaga lantas menghasilkan dentuman kuat.
Luqman dan orang misteri itu menyeret ke belakang,Luqman memandang ke arah si penyerang. Dia menyedari si gerangan yang ingin menyerangnya,adalah seorang perempuan dan berambut perang keunguan.
"Awak mampu kesan saya jarak yang dekat seperti tadi,saya kagum.." ujar perempuan itu tersenyum,Luqman mengingati muka dia sama dengan dalam satu fail.
"Yureeka Darren.. Cpu-Biology Code 03.. Apa yang kau nak?" soal Luqman.
"Ouh.. Awak tahu siapa saya..? Jadi tidak perlulah saya memberi kata-kata lagi.." ujar Yureeka tersengih dan sekelip mata dia sudah rapat di hadapan Luqman.
Luqman terkejut kerana gerakan Yureeka begitu pantas,satu das tumbukan mengenai perut Luqman sebelum dia tercampak jatuh bergolek beberapa kali. Perutnya terasa senak sehingga terbatuk beberapa kali,Luqman kembali bangkit dan menghembus nafas.
"Dia mampu aturkan kestabilan tubuhnya.. Mampu lajukan pergerakan dan kekuatan pada masa yang sama.." ujar Luqman mengomel sendirian.
"Awak lemah.." ujar Yureeka sinis dan Luqman hanya mendiamkan diri.
Yureeka bergerak pantas dan muncul di sebelah kiri Luqman,si pahlawan kilat tersentak sebelum menahan dan terpelanting. Luqman mengimbangkan badan dan mendarat kasar,dia menarik nafas diaturkan dengan kemas.
Luqman segera mengelak serangan mengejut Yureeka,kemudian berpusing dan menjauhkan dirinya. Seiring dilepaskan tembakan kilat,Yureeka tersentak dan terseret jauh sedikit. Tapak tangan Luqman mengalir kilat ungu,matanya bersinar warna ungu dengan begitu terang sekali.
Yureeka cedera pada bahagian muka,dia tersenyum selamba dan kecederaannya pulih dalam masa tiga saat. Luqman tidak hairan kerana maklumat itu dia sendiri yang baca,Luqman meregangkan ototnya dan membuka posisi pasang gaya kuda-kuda. Yureeka turut membuat gerakan tangan,seperti menari kemudian sebaik dihentikan perbuatannya dengan segera Yureeka meluru ke arah Luqman.
Luqman turut meluru ke arah Yureeka,dia menghayunkan penumbuk dan Yureeka mengelak lalu ingin menyerang balas. Namun sepakan kaki Luqman yang entah dari mana,mengenai perut Yureeka dan terseret semula jauh ke belakang. Sebelum sempat Yureeka mengambil nafas,dia menyedari sesuatu dan terus membuat gaya bertahan lalu Luqman muncul dengan ingin melepaskan tumbukan diselubungi kilat ungu.
"THUNDER FIST!!!" Luqman menghayunkan penumbuk dan Yureeka membeliakkan mata,lalu terpelanting dan merempuh batu besar berhampiran.
Luqman dalam keadaan baru lepas menumbuk,kilat mengalir di sekeliling tinjunya lenyap dan Yureeka terbatuk beberapa kali kemudian bangkit. Seperti dijangka kecederaan dia kembali pulih,kilat ungu memancar dari penumbuk Luqman.
"Awak tak kesian pada perempuan ke?" soal Yureeka menahan sakit.
"Kau perempuan atau lelaki.. Selagi musuh,aku tak pandang jantina..." ujar Luqman mengepalkan penumbuknya.
"Saya tarik balik kata-kata saya,awak tidak lemah..." ujar Yureeka tersenyum mengesat darah dan dia seperti menikmati perlawanan tersebut.
"Kau betul-betul buat aku menyampah..." ujar Luqman dengan renungan tajam.
======================
Apa yang akan berlaku agaknya?
Siapakah Yureeka yang muncul secara tiba-tiba
Komen dan vote
Kalau kosong aku tak ada mood nak mengarang
Ciao
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top