1999 part 8
Sepucuk surat dengan sampul surat kuning bertulis "Urusan Seri Paduka Baginda" diletakkan di atas meja Datuk Seri Azmi di Kota Warisan.
Datuk Sidek selaku setpol Datuk Seri Azmi, berdiri di tepi Datuk Seri Azmi yang sedang duduk bersandar di kerusi, dalam keadaan sudah mengetahui nasib karier politiknya.
"Saya buka ya, Datuk Seri," kata Datuk Sidek.
"Hmm, bukak lah."
Datuk Seri Azmi dah dapat agak apa isi kandungan surat tu.
--
ISTANA NEGARA
Jalan Istana,
off Jalan Sultan Mansur Syah,
Bukit Istana,
WIJAYAPURA
7 September, 1999
Ke hadapan Datuk Seri Azmi Ibrahim,
Diminta Datuk Seri Azmi Ibrahim melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri dan segala jawatan dalam masa 48 jam.
Terima kasih.
Sultan Aminul Rasyid Jalaluddin Shah,
Sultan Gelanggayu al-Daulah
--
Datuk Sidek termenung, sementara Datuk Seri Azmi sudah mengetahui nasibnya.
"Kita dah kena game," kata Datuk Sidek.
"Dah la tu. Kita mana boleh lawan al-Daulah. Lagipun, dah 18 tahun aku jawat jawatan ni. Kira aku pegang jawatan ni selama tu, dah cukup bagus dah," kata Datuk Seri Azmi.
"Istana telah gunakan kita untuk pertahankan kedudukan dorang," kata Datuk Sidek.
"Hmm, begitulah. Panggil media. Lagi tiga jam, aku akan buat pengumuman live kat TV."
"Datuk Seri nak letak jawatan ke?"
"Kau ada idea lain?"
Datuk Seri Azmi terus bangun meninggalkan kerusinya.
--
Hari Selasa itu, semua orang terkejut apabila Perdana Menteri akan membuat pengumuman pada jam 11 pagi nanti.
Pihak media, tempatan dan antarabangsa semua terus shoot ke Kota Warisan dan ke Seri Bendahara bagi membuat coverage.
Ada juga yang ke Bukit Istana, dan kediaman Timbalan Perdana Menteri di Kota Warisan.
Natasha sudah kelam kabut sejak awal pagi tadi. Dia tahu, dalam masa 48 jam daripada sekarang, Luqman akan menjadi orang yang paling atas dalam kerajaan Gelanggayu, di luar Bukit Istana.
"Dah siapkan press release belum?"
"Dah, puan Natasha."
"Media dah panggil ke belum?"
"Dah, puan."
"Istana dah bagi green light untuk ke sana ke?"
"Dah."
Dia terkejut, kerana pada asalnya dia hanya nak Luqman jadi Menteri Belia dan Sukan. Dia tak pernah terfikir pun Luqman akan naik setinggi ni.
Media sudah berasak-asak di kediaman Timbalan Perdana Menteri sementara menantikan jam 11 pagi.
--
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat sejahtera kepada semua rakyat Gelanggayu.
Pertama sekali, alhamdulilah, segala pujian bagi Allah Yang Maha Berkuasa, kerana terus diberikan rahmat kepada negara yang bertuah ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Ketika saya pertama kali menjawat jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981, negara kita masih dalam era pembangunan. Prasarana yang dirancang oleh Allahyarham Tun Iskandar, saya teruskan sehingga jayanya.
Kini, selepas hampir 18 tahun menjawat jawatan ini, tibalah masanya, untuk saya berhenti rehat, dan menyerahkan jawatan ini kepada mereka yang lebih muda dan mempunyai pemikiran yang lebih kreatif, sejajar dengan kita tidak lama lagi akan mencapai alaf baru.
Maka dengan ini, saya akan melepaskan jawatan saya selaku Perdana Menteri, dan segala jawatan saya yang lain kepada timbalan saya, Luqman Mohd Nor, mulai hari Khamis, 9 September 1999.
Saya doakan maju jaya kepada saudara Luqman, dan kepada seluruh rakyat Gelanggayu.
Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum, warahmatullahi, wabarakatuh.
--
Luqman terkebil-kebil dalam pejabatnya, tak tahu apa yang perlu dibuatnya. Sudahlah ayahnya baru meninggal dunia, Pengetua yang merancang pun sekarang hidup dalam buangan.
Natasha hanya duduk di meja kerja, sedang menaip beberapa e-mail yang perlu dihantar sebelum sidang media.
"You dah hafal ke belum kenyataan media tu?"
"Tengah cuba."
"Baca je, tak payah fikir. I tengah nak hantar semua e-mail kat ketua jabatan, ketua agensi, ketua adat, pejabat-pejabat Gabenor tu semua. You jangan melanguk bodoh je kat situ."
"Okay, Nat."
Natasha terus menaip dan copy paste tentang berita terkini kepada semua jabatan. Kemudian Natasha minta secretarynya, Puan Maizura untuk menyiapkan faks.
"Mai, media semua dah sampai?"
"Dah, Puan Natasha."
Natasha tengok jam.
"Luq, 5 more minutes, then you go."
--
Luqman turun ke dewan sidang media, dan berdiri di podium. Kamera semua tertumpu ke arahnya.
"No questions, please!" kata setiausaha akhbar, Aminuddin.
Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya, Luqman Mohd Nor, maklum tentang perletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim sebentar tadi. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Seri Azmi, kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam masa yang singkat begini.
Saya akan ke Istana Negara pada hari Khamis ini, dan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Gelanggayu al-Daulah, dalam istiadat penerimaan watikah jawatan Perdana Menteri.
Itu sahaja, terima kasih.
--
Luqman terus ke pejabatnya kembali.
"Macam mana?" tanya Natasha yang sedang menghantar e-mail.
"Ramainya media."
"Begitulah kehidupan sebagai Prime Minister. Ni kan yang you nak?"
"I don't know, Nat. Ni arwah my dad yang nak. I tak tahu semua ni."
Natasha kemudian mengangkat semua fail ke atas meja Luqman.
"Start dari hari ni, no more video games. Ni semua fail dari pejabat Datuk Seri Azmi. Baca ni semua, lepas tu you bagi kat Jimmy, apa yang patut, apa yang tak."
"Banyak ni, Nat..."
"I nampak you sentuh game selagi tak siap semua ni, I campak game tu bawah gaung. I don't care."
Luqman terus ke tandas, kemudian dia letak sebaris kokain di atas penutup tandas, sebelum dia sedut semuanya untuk dia kembali 'segar'.
--
9 September, 1999
9 pagi
Luqman menghadap Sultan Gelanggayu, Sultan Aminul Rasyid Jalaluddin Shah, dengan lengkap berpakaian baju Melayu hitam sejajar dengan protokol istana.
Natasha, Damian dan Tengku Ahmad duduk di barisan hadapan, bersama barisan kabinet yang lain.
Luqman berdiri di hadapan Balai Rong Seri, dan menerima watikah perlantikan jawatan Perdana Menteri, kemudian ke microphone yang berdepan dengan Sultan.
Mata Luqman terkebil-kebil, tangannya terketar-ketar. Tangan kanannya diangkat dan melafazkan ikrar sumpah setia.
Bismillahirahmanirahim,
Saya, Luqman bin Mohd Nor, Perdana Menteri Gelanggayu al-Daulah, berikrar akan taat setia ke bawah pemerintahan Tuanku Sultan dan kerajaan Gelanggayu al-Daulah, dan berikrar akan menyimpan segala rahsia kerajaan, sejajar dengan Perkara 40(2) dan Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan Gelanggayu al-Daulah.
Selepas mengangkat sumpah, Bijaya Kelola Diraja membawa Luqman ke meja untuk menandatangani surat menerima watikah jawatan Perdana Menteri.
Tengku Mahkota, yang duduk di kerusi bersebelahan isterinya, Che Puan Besar Wan Amisha Wan Abdul Rahman, tersenyum puas.
Ancaman besar puak republikan akhirnya berjaya dipatahkan, dengan ketua rebelnya sedang hidup dalam buangan di Temasik.
Bagi Natasha, tugasnya sudah berakhir memandangkan Jimmy sudahpun dilantik sebagai Penasihat Diraja untuk Perdana Menteri. Pandai-pandai la Jimmy handle budak ni.
Natasha hanya mahu berehat selepas penat bertungkus lumus. Dia hanya boleh beri nasihat melalui Datin Seri Adilah, yang kemudiannya akan sampaikan ke Jimmy selaku kawan kepada Datuk Seri Hafiz. Setakat itu sahaja yang dibenarkan oleh istana.
--
Cuti hujung tahun, Natasha memilih untuk bercuti di Mauritius bersama Azlan. Azlan pula bawa teman baiknya, Kimi dan kekasihnya, Merlina.
Tetapi penerbangan mereka dari Temasik, jadi mereka perlu ke Temasik dahulu, dan bertemu dengan Pengetua yang kini sudah hidup dalam buangan di sana.
--
"You cakap apa dengan wife you?" kata Natasha, yang duduk sebelah Azlan di kapal terbang.
"Kena jumpa Pengetua, ada perancangan terbaru."
"You rasa dia tahu tak kita ke Mauritius ni?"
"No, kita kan chartered private plane pergi sana."
"Confident je you. Nanti wife you babab you, I tak tanggung."
Azlan tersenyum.
"Dia tu Crazy Mina tau, jangan main-main."
--
Sementara Kimi dan Merlina ke pusat bandaraya Temasik, Azlan dan Natasha menuju ke rumah Jacob Chong, tempat di mana Pengetua tinggal.
"Jeneral Yahya has waiting for you, upstairs," kata butler Jacob.
Rumah kolonial zaman Victorian ini dibeli Jacob selepas berlakunya krisis politik 1969 yang dicetuskan oleh Jeneral Yahya sendiri, kini sudah menjadi tempat perlindungannya.
Kelihatan Pengetua sedang bermain catur dengan Jacob.
"Checkmate," kata Pengetua.
"Waaa, you still hebat macam dulu ya, Jeneral!"
"Dah tak sharp lagi lah."
Azlan dan Natasha berdiri di depan Pengetua, sambil Pengetua mengemas buah catur. Jacob minta diri kerana ada hal penting.
"Nat, duduk."
Azlan berdiri sahaja.
"Sekarang, Luqman dah jadi Perdana Menteri. Kau hanya boleh kawal dia dari bilik tidurnya sahaja. Lain, semua dah dikawal istana. Mungkin outcome yang kita dapat ni, tak macam apa yang kita rancang lama dah."
"Pengetua rancang dengan Azlan, bukan dengan I..."
Pengetua memandang Azlan.
"Sama la tu. Korang berdua kan bercinta," kata Pengetua.
"Apa kita nak buat lepas ni, Pengetua?" tanya Natasha.
"Datuk Seri Azmi..."
"Dia sekarang dah Tun...," kata Azlan.
"Hmm, Tun Azmi Ibrahim cadang nak tubuh parti baru. Datuk Sidek baru je call. Mereka nak join team kita."
"Boleh ke, Pengetua?"
"Kita susun strategi baru, Nat. Dan kita kena up to their game," kata Pengetua.
Pengetua kemudian bangun dari kerusi, dan capai coatnya yang tersangkut di kerusi.
"Perkenalkan, pakar IT kita, Kenneth Chong, anak Jacob. Panggil Ken je. Dia Kwantung Peranakan, jadi dia fasih berbahasa Melayu. Mulai hari ni, Nat, dan kau, Azlan, akan bekerjasama dengan Ken dalam hal-hal IT. Lepas ni kita akan banyak main cyber warfare. Tengok, macam mana mereka boleh lawan."
"Saya dah masuk dalam team balik ke, Pengetua?"
"Dah aku panggil kau ke sini, nak buat apa?" kata Pengetua.
"Terima kasih, Pengetua."
"Cuma kau tak pegang jawatan Ace tu lagi. You must earn to get it. Work hard enough, dan aku akan kembalikan pada kau, Azlan."
Natasha senyum kepada Azlan. Akhirnya Azlan memperoleh kepercayaan semula daripada Pengetua.
"Cuma satu aku nak pesan dengan kau, Nat."
"Apa dia, Pengetua?"
"Disebabkan budak ni..."
Pengetua acah nak tumbuk perut Azlan.
"Disebabkan budak ni cari pasal dulu, aku tak nak pisang berbuah dua kali. Jadi, kau selaku queen dia, kau kena lindungi king kau..."
"Walaupun saya akan berkahwin dengan Luqman?" kata Natasha.
"Sebab apa yang kau cakap dulu, Luqman is your pawn. Dan aku dah lama tahu, Azlan is your king."
Natasha senyum bila Pengetua berkata begitu.
"Cuma, kau kena perhatikan sikit. Hubungan skandal ni susah sikit berbanding hubungan formal. Kau Azlan, kena jangan bagi Mina syak, dan kau Nat, jangan bagi Damian syak."
"Hah? Kenapa Damian?"
"Sebab Luqman terlalu bodoh untuk syak. Ingat, syarikat ayah kau ada di tangan Damian. Kau je harapan ayah kau sekarang."
"Baik, Pengetua."
"Okaylah, sampai sini sahaja. Enjoy trip korang, have fun. Til we all see each other again soon. Aku nak tidur petang. Penat dah badan aku ni," Pengetua terus bergerak ke bilik rehatnya.
--
Merlina di tengah-tengah kota, memerhatikan iklan-iklan di Temasek. Segala apa barang semua ada di Temasek. Sebagai pelabuhan darat terbesar di Pentas Sunda, Temasek ada dua sungai iaitu Sungai Tebrau dan Sungai Melaka. Sungai Melaka mengalir dan menjadi sempadan antara Hillary, Gelanggayu dan Kundur-Sumatera.
Sungai ini cukup dalam untuk dimudiki kapal dan boleh lalu hingga ke Temasek. Cuma kalau nak majukan perdagangan di Gelanggayu pula, perlu bina terusan di Air Putih sebelum menuju ke Sungai Raya.
Dengan cara itu kapal dari Barat akan dapat terus ke Timur tanpa melalui Betawi.
Itu apa yang Merlina baca dalam buku nota Azlan yang mungkin diajar oleh Pengetua. Dalam tulisan itu juga, ada menulis yang selama ini Majapahit menghalang pembinaan terusan itu dan mengancam untuk menyerang Gelanggayu.
"Kau termenung apa?" tanya Kimi sambil minum Coca-Cola.
"Kau rasa, Wijayapura boleh tak jadi macam Temasek?"
"Tak."
"Apasal?"
"Orang kat sini open minded. Tak macam kat sana."
"Tapi dari sungai ni, kalau bina terusan sampai Gelanggayu, kau rasa okay ke?"
"Mengarut la. Kalau boleh buat dah lama kerajaan dulu dah buat."
Merlina mengangguk sahaja.
Sambil tu, dia cuba mencari lubang businessnya di sini untuk membuat duit dolar pula.
--
Faridah dan Ali tiba di hadapan sebuah gua yang dikatakan mempunyai sumpahan untuk Sayap Kuning untuk masuk kat kawasan ini di Bukit Besar.
"Pelan-pelan, Aunty. Gelap jalan kat dalam gua ni."
"Alah kau ni, macam tak pernah masuk gua pulak."
"Mana pernah?"
"Habis tu kalau Arsenal kalah, kau nak sorok mana?"
Ali mencebik je tengok Faridah membahan Arsenal yang tak jadi juara EPL akibat Manchester United juara treble tahun ni.
"Aunty layan bola ke? Sokong MU ke?"
"Aku mana tengok bola. Laki aku sokong Liverpool, anak buah aku lagi sorang si Mer tu sokong MU. Aku tahu macam tu je. Shhh, diam."
Ali terdiam.
"Kenapa, aunty?" tanya Ali dengan berbisik.
"Ada kelawar dalam ni. Kalau kau tak nak dia terbang ke muka kau, baik kau senyap."
Ali mengikut sahaja jejak langkah Faridah.
Hampir 40 minit berjalan dalam perut gua, Faridah buka torchlight.
Ali nampak ada longgokkan emas, permata, dan banyak lagi harta-harta berharga dalam gua ini.
"Macam harta Ahmad Albab!"
"Diam la. Kau jangan mulut banyak boleh tak? Sekali aku ketuk kepala botak kau tu karang, baru ada akal."
"Tak ada siapa ke yang tahu benda ni selain Aunty yang masih hidup?"
"Ada, si Jamil, bos kepada ayah business partner aku."
"Macam mana saya nak bawak keluar semua harta ni, Aunty?"
"Kau arahkan budak kau, siapa nama dia..."
"Kecik..."
"Kau arahkan Kecik, suruh budak-budak dia, bawa harta ni sikit-sikit. Jangan sekaligus. Nanti orang syak. Lagipun tanah sekitar ni aku dah beli, dah jadi tanah persendirian."
"Banyak ni, Aunty. Macam mana nak bawak semua ni?"
"Aku cakap bawak sikit-sikit la. Jadi dengan harta ni, kau boleh bina jaringan kabel underground kau. Lepas tu, aku akan make sure Norman masukkan kau ke dalam Sayap Kuning. Once kau dah masuk dalam tu, kau dah tahu apa kau kena buat. Dah lama aku ajar kau ni."
"Baik, Aunty."
"Sekarang, kau masukkan emas ni dalam karung guni ni. Nanti kau leburkan, jadikan jongkong. Lepas tu, kau tengok market emas. Kalau harga sedap, kau jual. Tapi jangan jual semua. Simpan kalau kau perlukan hard asset. Faham?"
"Faham, aunty."
"Ingat, aku jadikan kau kaya-raya ni, sebab aku nak kau tolong adik kau. Faham?"
"Mestilah, aunty. Cuma, dengan Hafiz nanti macam mana?"
"Kau kawan je dia dulu. Agak-agak dia menyusahkan Azlan, kau kasi sengat."
"Faham, Aunty Idah."
"Dah, lekas bawak emas ni keluar."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top