1996 part 3

Azlan

Balik dari sekolah, aku termenung memikirkan siapa punya kerja yang sebar virus komputer Cutekittens ni. Aku sebenarnya tak risau PC orang yang jahanam, tapi aku risau nama aku jadi rosak atas apa yang berlaku tujuh tahun lepas.

Aku telefon Faiz, tapi sejak Radio Millennium dimiliki oleh Datuk Mohd Nor dan Shahrizal Hamdi, dia macam tak nak jumpa aku.

Aku harap aku dapat contact dari Hafiz, memandangkan ini melibatkan rahsia peribadi aku paling dalam.

Dan memikirkan Hafiz baru ada segmen program di Wijaya TV, aku terus ke sana, dan berjumpa dengan Mina.

Mina nampak agak serabut hari ni. Bila aku tanya, dia cuma jawab "komputer rosak", bermakna virus tu dah sampai ke komputer Mina.

"Komputer you pun kena?" tanya Azlan.
"Dia macam tunjuk gambar stadium lama, lepas tu tanya, siapa bakar stadium tu. How should I know? Dah la banyak files I dalam tu."
"You ada contact Hafiz?"
"Hafiz who?"
"Yang pagi tadi interview kat Wijaya TV, Gelanggayu Hari Ini. Dia computer programmer. Sekarang dah jadi CEO. Siapa interview dia pagi tadi?"
"Alan, operation bukan I yang control. I tak tau. Kejap, my dad call."

Mina berbual dengan ayahnya, sambil aku dok berfikir tentang apa aku perlu buat.

"I don't know what to do. Our office punya internet semua kena shut down," kata Mina yang dah mula buat muka malas nak fikir.

"Can you call Hafiz right now? Please, I beg you!"

"Kenapa? Yang you panik sangat ni kenapa? Nanti ada la orang repair komputer tu balik. Bukan Hafiz sorang je computer programmer dalam Gelanggayu ni. Probably some people yang bengang pasal keputusan mahkamah pasal kes stadium terbakar dulu tu. Yang you nak gabra ni apahal?"

Mina tak faham apa yang aku rasa.

"Dah la Alan, you punya PC tu nanti pandai-pandai la sekolah you fikir. Kenapa you nak sibuk pulak? Jom la balik. Buat serabut je datang office I."

Mina ajak makan di sebuah restoran yang menyediakan makanan dari Vienna di Jalan Tun Sharif. Aku terus ikut sahaja tapi otak aku masih memikirkan siapa yang buat ni.

Kalau geng hackers, macam Faiz atau Hafiz, mestilah dia tahu macam mana nak buat virus ni. Habis tu, ingat tak dulu masa aku kena serang dengan Cindy, lepas tu aku balik dorm, Hafiz cakap masa tu polis tanya dia pasal isu bakar stadium, dan dia cakap dia tak tahu.

Aku tahu yang dia genuinely tak tahu pasal tu berdasarkan riak muka dia masa tu. Dan kalau dia nak berdendam dengan aku pasal apa aku buat terhadap Adilah dulu, mestilah by now dia dah report polis dengan jadi saksi kes mahkamah hari tu.

Kes tu berlalu dan dah disabitkan sebagai kecuaian teknikal pihak Puncak Jaya FC, dengan takde pun Hafiz dipanggil jadi saksi.

Kes ni aku follow dengan rapat masa perbicaraan tahun 1994-1995, dengan nama Hafiz sebagai saksi tak disebut langsung. Bermakna Hafiz tak tahu tentang ni.

Sepanjang makan malam tu, aku tak dapat nak enjoy langsung.

"Makan la schnitzel tu, Alan. Sejuk nanti, tak sedap," kata Mina yang tenang makan malam.

"Entahlah, rasanya bila ada internet ni, makin tak safe pulak."

"You masih fikirkan pasal computer virus ni dah kenapa? Besok my dad call la technician, programmer ke apa untuk selesaikan masalah tu. Kenapa, you kenal ke siapa yang buat tu?"

"I kenal a group of hackers masa kat universiti dulu. Sorang tu Faiz, yang sekarang in charge Radio Millennium. Lepas tu Din, sekarang jadi setpol kepada Saiful. Lepas tu Hafiz, the guy yang..."
"Ya, ya. Tunang Adilah tu. I tak kenal dia, tapi bila borak dengan Azmil I macam selalu dengar la nama Hafiz tu."
"Lagi sorang lagi, Hanis. Budak perempuan yang terbakar dalam studio radio."

Mina terus buat muka tenang makan schnitzel.

"Here's your problem. You assume yang buat virus tu, geng hackers tu? You ingat berapa ramai lagi computer programmer kat Wijayapura ni. Hafiz may have grudge on you, tapi takkan benda ni dia buat. Apa kaitan virus ni dengan you?"
"Mina..."

"Can you please stop talking about this stupid computer virus shit, boleh tak? I dah la stress dengan kerja I, lepas tu dapat berita we all bakal ada competitor baru sebab si Saiful tu pergi buat Akta Penyiaran Dan Maklumat, yang dah boleh ada cable TV dah. You cuba bayangkan, Wijaya TV cuma ada empat saluran je. Cable TV ni, boleh tengok sampai 64 channel! Memang makan pasir je la staff I kalau macam ni. Advertiser akan pergi ke syarikat tu punya."

Tu dia Mina dah marah aku.

Lepas makan malam tu, aku terus ke Bukit Besar dan ke office Radio Millennium. Aku yang asaskan studio ni, tapi last-last, aku tak boleh nak masuk pun pejabat ni.

Shahrizal dah ban aku daripada datang.

Jadi aku tunggu dalam kereta sampai Faiz turun.

Sampai je kaki Faiz di kaki lima, aku terus keluar dari kereta dan kejar Faiz.

"Faiz, Faiz, Faiz!" aku menjerit memanggil dia. Bila dia toleh je, aku terus cakap straight.

"Kau dah kenapa macam nak mengelak aku?"
"Eh, sorry la beb. Bukan aku nak mengelak kau. Kau call aku pun masa aku tengah jumpa client."
"Sekarang ni aku nak tanya pasal virus computer. Aku rasa kau tau pasal ni."
"Virus? Virus apa?"
"Cutekittens."
"Oh, worm tu. Kenapa?"
"Worm?"
"Ye la, kau cakap pasal Cutekittens kan?"
"Virus tu."
"Sekarang kau belajar IT ke aku belajar IT? Tu worm. Benda tu tahun '88 orang dah buat."
"Kau reti buat?"
"La, programming macam tu satu kelas aku tau buat."
"Kau tau siapa yang buat?"

"Azlan, batch aku ada 400 students. Aku ni pun not even the brightest. Kalau aku ni bright, aku dah sambung study kat MIT, kat Cornell, kat UC of Berkeley. Dah kerja kat Silicon Valley dah. Ada ramai programmer. Yang kau risau sangat ni, kenapa?"

Sebelah office Radio Millennium ni, ada satu kedai mamak. Dan kedai mamak tu buka berita Wijaya TV.

Muka Shahrizal Hamdi sebagai Ketua Pembangkang bercakap di Lobi Parlimen.

"Apa yang dipanggil virus komputer ni, sebenarnya computer worm. Cacing. Baiklah, kita mahu pihak polis menyiasat siapa dalang yang menyebarkan worm ni, tapi soalan yang lebih penting, ialah apa content yang sebenar, yang cuba disampaikan oleh penggodam komputer tu. Ia menyampaikan mesej dan bertanya, siapa bakar stadium di Puncak Jaya pada tahun 1989? Pada ruling case antara Polis Diraja Gelanggayu vs Puncak Jaya Justice For 26 di mahkamah, mahkamah mengatakan kes itu disiasat dengan sebaiknya oleh pihak polis. Sekarang, saya bukan nak salahkan pihak polis, atau mempertikai keputusan mahkamah, tapi ada persoalan dalam computer worm tu. Siapa bakar stadium Puncak Jaya pada tahun 1989? Kita semua tak tahu, tapi pihak penggodam tu tahu, sebab ada kotak jawapan di situ. Kalau jawapan pada kotak tu tepat, maka boleh lepas. Saya tak boleh lepas, begitu juga dengan orang lain. Mungkin penggodam ni nak kita cari sampai dapat, siapa dia, untuk dia bongkarkan tentang siapa yang bakar stadium tu. Ini cuma spekulasi, tapi itu sahaja respon saya pasal ni, terima kasih."

Patutlah kau mengelak dari aku, Faiz. Sejak jadi barua Shahrizal ni, dekat dengan aku pun kau dah tak nak.

"Ooo, patutlah kau mengelak daripada aku. Kau dah ada bos baru, yang bawak kau pergi Manchester, yang bayar gaji kau lagi tinggi."

"Apahal pulak kau ni?" Faiz tiba-tiba nak self defend.

"Hari ni hari kau, Shahrizal. Kau tengoklah," aku terus blah dari Faiz.

Aku syak, Faiz yang buat benda ni, sebab Shahrizal suruh. Kalau bukan dia buat, kenapa dia nak mengelak daripada aku?

Tapi aku tak marah kau, Faiz. Kau daripada dulu bersikap macai. Hari ni kau dah ada bos yang lagi lebat, kau buat la aku macam ni. Aku marah bos kau.

Kau tunggu, Shahrizal.

--

Adilah

Macam ni lah kerja saya hari-hari. Potong sayur, siang udang, ikut Pak Long pergi pasar, siang ayam, potong daging, tumbuk belacan.

Kadang-kadang bila saya tengok Shawati baca berita, atau Azlina, atau telatah Azmil dalam rancangan Irama, buat saya rindu dengan Wijaya TV atau dunia penyiaran.

Daripada kecil lagi saya berangan. Saya dah capai, tapi pada satu hari yang gelap, masa depan saya dah hancur.

Kemudian pagi ni, saya terpandang Zarif sedang mewawancara Hafiz. Dia dah jadi CEO kepada sebuah syarikat teknologi maklumat, yang menyelesaikan isu Y2K pada komputer.

Hafiz, awak ingat saya lagi tak? Awak tahu tak, setiap hari saya tunggu awak untuk hubungi saya. Awak dengarlah suara hati saya, saya merayu pada awak.

Ehem! Kau rasa kalau aku cakap macam tu pada Hafiz dengan suara yang penuh innocent, dia percaya tak dengan aku?

Aku rasa aku boleh pikat balik dia ni. Memandangkan dia pun dah jadi CEO syarikat komputer, hasil bantuan dari Jimmy, aku yakin aku boleh pegang kembali si Hafiz ni.

Aku nampak Tok Aki, rival kepada Jeneral Yahya, sedang duduk berbincang di meja paling hujung.

Tok Aki, dengan serban dan baju jubah, jari pegang tasbih, sedang menyusun strategi untuk menentang Jeneral Yahya.

Tok Aki ialah pencatur politik yang pada aku, sama taraf dengan Jeneral Yahya, boleh bersaing. Tok Aki ini juga adalah guru aku yang ayah jemput, yang mengajar aku tentang susun politik ni.

Menurut cerita orang, Tok Aki adalah mastermind kepada Revolusi Iran, semasa dia dengan kawan baiknya, Haji Syaaban di sana. Dia berjaya jadikan arwah Imam Khomeini menjadi Ayatollah di sana. Dan aku pasti dia juga mahu jadi Ayatollah di sini.

Dia ni, menurut apa yang Jimmy cerita dengan aku, menyokong Islamic republicanism. Macam Iran. Jadi dia, seperti juga Jeneral Yahya, ada cita-cita untuk gulingkan al-Daulah.

Banyak benda yang Jimmy beritahu aku tentang movement di Ayer Puteh. Kebanyakan lebai-lebai ini sekarang dok menempel dengan Hafiz, sebab teknologi internet.

Pihak Sayap Kuning ada je detect Tok Aki ni ada hubungan melalui e-mail dengan Hezbollah, dengan beberapa menteri dan pegawai di Iran, dan beberapa organisasi Syiah di Pakistan, Yaman, Syria dan Mesir.

Macam Jeneral Yahya dengan Freemasons, Skull and Bones, Illuminati, Tok Aki juga membina kabelnya.

Jadi aku perlukan local connection. Aku tahu, Izham adalah geng Gagak Merah. Jimmy dalam tu. Geng Zamrud Hijau, atau orang muda panggil, diamond hijau, adalah geng Rahizan. Mereka ini lebih kosmopolitan sikit. Gangster mereka pelbagai kaum. Lebih liberal.

Sebab mereka jaga gay bar di satu zon elit di Wijayapura. Orang panggil gay bar tu, 'Tonggekjaya', macam nak kata tempat tu memang tempat orang luar tabii lah.

Aku yang cerita benda ni dengan Mina, masa aku rapat dengan dia dulu lah. Sekarang aku dengar cerita, Mina dah tolong adjust Azlan jadi cikgu sekolah.

Macam mana la budak-budak perempuan kat sekolah tu nanti ya, bila dapat cikgu hensem? Jangan kau main dengan budak bawah umur, sudah.

Nama kau dah aku rosakkan. Aku boleh je berlakon di hadapan orang ramai, bahawa Azlan merogol aku. Kalau aku cakap dengan gaya macam Erra Fazira, mesti orang percaya cakap aku.

Lakonan aku cukup hebat untuk ke Oscar. Berkat berkawan dengan Mastura, ibu dia pelakon drama sabun kat Amerika tu. Soap opera orang panggil.

Tak sia-sia kat sekolah aku masuk Kelab Teater.

--

Azlan

Dalam kereta, aku termenung memikirkan betapa teruknya perasaan aku bila dapat tahu yang Faiz tikam belakang aku.

Aku rasa macam nak tumbuk je muka dia tadi.

Lepas tu aku terfikir, mungkin ini karma untuk aku, sebab aku khianati Hafiz dan Adilah demi keseronokan aku untuk seketika.

Dan mungkin Tuhan menghukum aku dengan cara begini.

Jadi aku berhenti kereta di sebuah bar. Selama ni aku rasa jijik dengan orang mabuk, sebab dia mabuk dan langgar arwah ayah aku.

Tapi sejak aku dah dengan Mina, pelbagai jenis arak aku dah rasa dah. Aku jadi lupa pasal tu. Bila fikir balik, aku dah jadi semakin hilang arah sejak aku mula merasa kuasa.

"Ladies and gentleman! Mr. Governor Luqman is here!"

Gabenor Luqman mabuk kat bar. Bodoh betul. Kalau leak ni, mampos kau kalah pilihanraya akan datang. Pengetua ni pun satu, ada berapa ramai lagi orang pandai dalam KMW? Kenapa si badigol ni jugak kau pilih jadi Ace?

"Excuse me, excuse me.." aku dengar suara Natasha sedang mengelak orang ramai dalam bar. Dan aku nampak dia memapah Luqman yang sedang meracau mabuk minum wiski.

You don't deserve a decent woman like Nat, Luqman.

--

Aku balik naik teksi. Kereta aku tinggalkan kat depan pub tu sebab aku dah terlalu mabuk. Pemandu teksi ni boleh mengundang pulak, pasang lagu Lamunan Terhenti dari Aris Ariwatan.

Hari ini cukup meletihkan aku. Aku pandang jam yang Pengetua bagi pada aku, yang dari tangan arwah ayah aku sebenarnya.

"Ayah, maafkan Lan. Lan anak tak guna."

Disebabkan kepala aku sakit gila, aku call pengetua sekolah aku tu yang aku kurang sihat dan tak datang sekolah pada hari esok.

--

"Kau sekarang bila dah popular, kau lupa diri la, Kimi. Aku tak suka la macam ni," kata Merlina memeluk tubuh di tepi taman.

"Alah, bukan apa, dah dorang minat aku, takkan aku nak elak?" kata Kimi.
"Baik kau jadi gigolo je la, Kimi. At least dapat duit. Tak payah asyik aku je yang nak payung kau," kata Merlina, kemudian blah dari taman.

"Hek eleh, Mer. Come on la, dah berapa tahun kita kenal?" tanya Kimi sambil mengejar Merlina.
"Sebab aku kenal sangat perangai kau tu la, aku dah naik malas."
"Ala, Mer. Kau tau kan yang aku sayang dengan kau?"
"Butoh."
"La, kau jangan merajuk la, Mer. Okay, minggu ni, aku lepak dengan kau. Tapi aku perlukan duit ni."
"Mana pergi gaji kau? Belum sampai tengah bulan dah habis? Kau ni jangan la membazir macam tu."
"Ala, Mer. Kan aku beli daun untuk kau."
"Masalahnya daun tu aku beli, pakai duit aku. Bukan duit kau pun!"
"Kau ni berkira ya, dengan aku?"
"Bukan berkira la. Kau ni. Aku bukan nak kawal kebebasan kau. Tapi kalau belum sampai tengah bulan duit kau habis, gila kau ni. Kau ingat kau Tupac Shakur ke banyak duit? Baru jual demo sikit dah berlagak star."

Kimi buat muka seposen.

Merlina bagi dua keping not seratus.

"Thank you Mer! I love you!"
"Nanti pinjam duit aku lagi. Lepas tu confirm la tak bayar!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top