❛13❜ ᶠⁱʳˢᵗ ᵍⁱʳˡ

Anais POV

Besar kecik besar kecik aku melihat Soobin yang sudah mengenyitkan mata kepada aku . Apa masalah dia ni ?

"Oh crap . You better watch out , Ana"

Kata Jieun berspeaking . Aku hanya mampu mengeluh berat bagi membalas kata kata Jieun sebentar tadi .

"May i ?"

Soal Soobin kepada Jieun untuk mendapatkan kebenaran duduk disebelahnya .

"Sorry . Tempat ni aku nak letak beg tangan aku . Sorry tau"

Jieun berkata lalu menjeling Soobin . Aku ni da menyampah sebenarnya asyik muka dia je yang try usha aku , takde manusia lain ke ? Pfft .

Tetiber tangan seseorang memegang bahu Soobin membuatkannya tersentak sedikit . Sekali muncul seorang senior yang comel .

"Minta laluan . Kau menghalang laluan aku"

Lelaki itu duduk disebelah Jieun dan meletakkan dulang yang berisi makanannya di atas meja .

Bersinar mata Jieun melihat lelaki yang berada disebelahnya . Sus sangat aku tengok minah ni .

"Kyungsoo sunbae....?"

Kata Jieun dengan mata tak berkelip memandang Kyungsoo disebelahnya . Ni mesti crush on kat senior ni .

Soobin pandang seakan tak percaya dengan situasi sekarang . Da tahu orang tak perlukan kau , apa kata kau blah je ?

"Whatever , see you soon Anais"

Soobin ucap sebelum beredar dari McDonald's . Puas hati aku tengok dia pergi , rasa aman sangat bila takde dia .

"Dia biasa ke kacau korang ?"

Soal Kyungsoo selepas menyisip sedikit air cola nya . Wahh dia cakap macam da lama berkawan ye ?

"Aah tapi Anais lagi teruk kena kacau dengan dia . Hyung , dia memang macam tu ke ? Kesian saya tengok bff saya asyik kena kacau"

Kata Winwin yang acah menangis di bahu kiri aku . Pandainya dia berlakon lahai rasanya da boleh dapat Oscar .

Kyungsoo hanya mengelengkan kepalanya . Ni Jieun tak habis habis pandang Kyungsoo , kunyahan dia tak habis gak alahai .

2 jam kemudian , aku sudah tiba di pintu bilik aku . Ternyata pintu terkunci , ingatkan  Hana ada di bilik rupanya keluar hm .

Baru saja aku nak memasukkan kunci ke dalam tombol , pintu terlebih dahulu terbuka dan terpacul wajah bengis Hana .

"Aku ingat kau takde kat bilik"

Kata aku dengan membetulkan beg tangan . Hana tidak merespon tapi memandang aku menyampah .

"Aku nak kata sesuatu ni . Harini kau tidur luar , aku tak suka bila orang mula cakap pasal kau sebab nanti aku akan sekali . Beg kau bak sini !"

Ucap Hana sambil merentap beg tangan aku yang berisi make up , kunci bilik dan telefon bimbit . Terkejut aku dengan perbuatan kejam Hana . Sah , ni kena hasutan shytan israhell .

"Hana ! Habis aku nak tidur kat mana ?!"

"Pepandai kaulah tidur merempat mana"

Kemudian , pintu bilik kembali tertutup dan terkunci . Apa salah aku sampai kena macam ni ?! Salah ke kalau aku nak bersosial ? Aku salah bersosial ke apa ?

Orang lalu lalang hanya memandang pertengkaran kami berdua dan tiada yang nak masuk campur atau back up aku . Apa yang boleh aku buat sekarang adalah aku kena pergi bilik Jieun .

Setelah beberapa minit untuk ke bilik Jieun , aku mula mengetuk perlahan pintu biliknya tetapi yang keluar adalah rakan sebiliknya .

"Ohh Anais , kau nak apa datang sini ? Kau nak tumpang tidur ? Uh huh nope , tak boleh"

Belum tanya pape , da kena halau . Memang korang tak suka aku sebab aku rapat dengan jejaka idaman asia korang kan ? Tahulah jealous , mampus sila .

Dengan geram , aku segera bergerak ke tempat lepak 97' liners . Tu jelah tempat yang boleh aku tumpang tidur untuk malam ni .

––♥️––

Malam mula menjelma , aku duduk di tepi tingkap melihat bulan sambil mengenangkan nasib . Da lah takde baju spare untuk esok , buku lak kat dorm alahai .

"Anais ?"

Terkejut aku bila ada orang menegur . Aku berpaling dan terlihat Jaehyun bersama Jungkook .

Segera aku berdiri membetulkan baju . Mereka berdua mula melemparkan badan atas sofa .

"Btw kau tak balik bilik lagi ke ?"

Soal Jungkook yang sudah tertumpu kepada aku . Takkan aku nak cerita kat dorang pasal tadi ? Kang takut di cop pengadu .

"Ke kau ada masalah dengan Hana ? Mana beg tangan kau ? Biasa telefon kau pegang ? Air muka kau pun lain macam"

Banyak pula soalan Jungkook ni tapi macam mana dia boleh teka dengan betul tho ?

"Taknak cerita ke ? Taknak takpe , aku boleh paksa"

Jungkook berdiri lalu mendekati aku dengan smirk . Aku tengah geram ni tau , boleh pula menggunakan kekuatan kau kepada aku .

PUNCHH !!

Rasain lohh tak memasal kena penumbuk dengan aku . Jaehyun sudah tercengang melihat Jungkook ditumbuk .

"Takyah nak guna kekuatan kau pls . Aku boleh cerita"

So dengan kasar aku membawa Jungkook duduk semula di sofa dan mula menceritakan semuanya kepada mereka berdua .

"Fck HANA ! Apa masalah dia odo ?! Habis macam mana kau nak pergi kelas esok ?"

Soal Jungkook simpati . Aku da rasa malas nak masuk kelas esok sebab Hana . Koyak lertu takleh kawan dengan geng 97' liners .

"Aku nak pinjam telefon"

Jaehyun segera menghulurkan telefonnya sebelum Jungkook menarik keluar telefonnya dari poket seluarnya .

Lantas aku menaip nombor telefon Taeyeon sebab nak pinjam baju dia . Harapnya dia bagilah .

Setelah berunding dan menceritakan masalah yang dihadapi kepada Taeyeon , dia akan hantar baju tengah malam japgi .

Ingatkan nak tidur hotel je tapi dorang kata tidur je kat sini . Jimat perbelanjaan sebab bil elektrik yang bayarnya 5 orang jejaka tu pfft .

"Korang taknak balik dorm ke ? Dah nak pukul 11.00 malam ni"

Soal aku yang asyik melihat jam dinding . Dorang ni selamba badak duduk kat sofa main game .

"Takpe lambat sikit . Kitorang tunggu kakak kau sampai pastu baru balik malahan kitorang kamching gitu dengan pakcik guard"

Kata Jaehyun yang kedengaran sedikit mesra daripada sebelum ni . Tetiber telefon Jaehyun berdering , so Taeyeon da sampai .

Aku segera berlari menurun ke tingkat bawah . Taeyeon sudah berdiri di luar kereta melihat sekeliling .

"Anais~~ kau ok ?! Jomlah tidur hotel , aku teman kau"

"Sokay sis . Inilah dinamakan hidup berdikari pfft"

Hampir je dia nak hempuk kepala aku tapi dia segera memeluk aku erat . Ya Tuhan tak bernafas aku . Kemudian , Taeyeon meleraikan pelukannya dan melihat belakang aku .

"So ni lah Gyuri"

Opssie . Aku tipu dia tadi , aku mengatakan bahawa aku telefon dia pakai phone Jaehyun a.k.a Gyuri hm .

Dorang ni pun turun buat gapo ?! Lorat naulah . Kes nak usya kakak aku ke apa ?! Wtf isy !

"Hmm sorry"

"Tidur elok elok . Kalau ada pape , call aku terus . Aku taknak ada tipu helah lagi , aku ni kakak kau . Kau tu tanggungjawab aku"

Aku hanya mengangguk dengan kata kata Taeyeon . Baiknya kakak aku , hm elehh depan Jaehyun dan Jungkook mestilah berlakon seakan kakak terbaik di dunia pfft tak baik aku .

Sorry late update
Actually taknak update sebab nak try fokus kat isu dunia sekarang ni .

#FreePalestine

+vote+comment+

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top