| 30 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang ni?"
.
.
.
Beberapa minit yang lalu...
IRIS Gopal mengecil dan matanya membesar mendadak. Anak tekaknya mula menggeletarkan itonasi yang tertinggi saat tubuh mereka bertiga menjunam ditarik graviti. Gopal menoleh ke kiri dan ke kanan, namun Bagaga dan Ochobot sendiri sama-sama panik.
"Errr uh... TUKARAN KEK BATIK!" Pada detik-detik terakhir, kuasa molekul Gopal menukarkan sebahagian tanah menjadi kek batik yang lembut. Terbenam habis badan mereka bila mendarat di atas tesktur lembut itu.
"Fuh... selamat pun kita." Bagaga meregangkan tubuhnya penuh rasa senang dalam keadaan meniarap. Tubuhnya tersentak apabila Gopal terkeluar daripada timbunan kek batik bersama mulut yang comot. "Huh... aku ingat... aku nak mati tadi. Um.. nyum... nyum... sedap juga!"
Ochobot menjadi orang terakhir bangun. Kucing itu menggoyangkan-goyangkan dirinya, menjatuhkan sisa-sisa kek yang melekat pada bulu-bulu. "Fuuh... kita dah betul-betul keluar ke?"
"Nyum... nyum... nampaknya macam tulah." Gopal menjilat keseluruhan jarinya.
"Kejap, Gopal!"
Gopal mengerut pelik menerima pandangan resah daripada Ochobot dan Bagaga. Tangannya disembunyikan ke belakang. "Eh, elok sikit! Tangan aku bersih, okey?"
"Bukanlah!" dalih Ochobot.
"Lah... habis tu apa?" Gopal menarik semula tangannya ke depan. Pucat seluruh mukanya mendapati lengannya yang terselak bergaris luka di sana sini. Bukan itu sahaja, hampir seluruh badannya terkena tempias luka yang sama!
"HUH, LUKA NI DAPAT DARI ANGSA TU KAN?"
"Yah, abang dapat luka tu dari tadi lagi... darahnya banyak! Tapi kalau abangnya ini beli ubat sa..." Promosi Bagaga telah tenggelam di dalam pendengaran Gopal.
Gopal yang sudah menggelabah memeluk Ochobot. "Ma... macam mana ni? Aku akan mati ke, Ochobot? Huhuhu. Aku tak nak mati!"
"Kau takkan matilah!" Ochobot menolak pipi Gopal yang menghinggap bulu-bulunya. Rimas!
"Mana kau tahu? Urgh... aku tiba-tiba rasa pening pula..."
"Jangan pengsan kat sinilah!"
DUM!
Drama ala persembahan teater mereka bertiga terhenti bagaikan kaset radio rosak. Figura bayang-bayang yang besar berdiri tegak tidak jauh daripada mereka. Sebuah lubang terbuka besar di belakangnya.
"Bukan tu yang kita jumpa tadi ke?" tanya Gopal, mengenali sosok yang sama terkeluar sekali pakej dengan syaitan angsa tadi. Merinding bulu romanya menerima pandangan tajam daripada figura itu. Terus dia menyembunyikan diri di sebalik Bagaga.
Bayang-bayang itu sekitar tubuh misteri itu menghilang ditelan cahaya matahari, menampakkan rambut keunguan yang terserlah pada diri remaja itu. Bahu Bagaga makin kuat dicengkam bilamana wajah remaja itu tidak putus-putus merenung mereka.
Di dalam benaknya, mesti remaja itu akan datang pada mereka sekejap lagi... tapi boleh pula orang itu beralih ke arah lain!
"Eh, dia tak serang kita?" Gopal terpinga-pinga jadinya hingga terlepaskan genggaman pada bahu Bagaga tanpa sedar. Bahunya yang pedih Bagaga urut-urut. Sekurangnya tak sakit lagi dah.
Mata Ochobot membulat. "Kejap! Kenapa dia pergi dekat..."
Kotak kayu ditutup dengan bayang-bayang remaja itu. Garisan sinaran matahari terpantul daripada katana yang dikeluarkannya. Remaja itu menggumam sendiri. "Nampaknya aku tak salah lagi."
Katananya dilaraskan ke hadapan.
"Ja... jangan!" Hunusan katana itu terjeda. Kakinya terundur selangkah. Berlipat-lipat dahi setelah menyedari seseorang sedang memeluk kotak tersebut membelakanginya. "Ke tepi."
"Tak nak!" bentak Gopal.
"Aku bagitahu kau... dalam kotak tu ada syaitan. Jadi kalau kau tak nak nyawa kau melayang, baik kau pergi sekarang." Amaran itu tidak menjentik langsung si Gopal. Ancamannya bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan lelaki itu semata-mata.
Tangan-tangan bayang keluar daripada belakang remaja itu dan cuba mencampakkan Gopal jauh daripada kotak tersebut. Namun, Gopal dan kotak itu sama-sama terlempar jauh ke tepi. Senak perut Gopal apabila kotak itu menghempap atasnya tetapi cepat-cepat dia duduk semula. Pelukannya dieratkan.
"Aku kata ke tepilah!" Tangan-tangan itu semakin lasak merenggangkan Gopal daripada kotak itu yang sudahnya menemui kegagalan. Bahkan cara menarik kotak itu secara paksa pun tidak berbuahkan hasil. Merasakan tiada langkah lain, tangan-tangan itu kini menumbuk pipi dan bawah dagu Gopal habis-habisan.
"Gopal!" Ochobot berlari ke arah Gopal dengan keadaan terburu-buru. Tanpa sedar, beberapa tangan daripada bayang-bayangnya sendiri mengurung dirinya di dalam sebuah bulatan. "Hei, hei, lepaskan akulah!"
Cecair hangat mengalir yang keluar dari hidungnya mula mengotori permukaan atas kotak. Luka-luka pada kulitnya kembali menyengat, perit. Kelopak matanya bergerak-gerak memperoleh pukulan tanpa rela dari sudut yang pelbagai. "Aku... aku takkan lepaskan selagi Gentar tak sampai sini!"
"Apa kau merepek ni?"
Kening remaja bertaut, kuat. Penumbuknya digenggam kuat sebelum dia menempik, marah.
"Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang ni? Yang kau lindungi tu syaitanlah!"
"Aku tahulah!"
Aku dah lama tahu yang Gentar selama ni bawa syaitan. Bau syaitan jauh beza daripada bau manusia.
"Saya pun Elemental Slayer juga..."
"Selamatkanlah akuuuu..." Gopal memotong pengenalan Gentar lalu mendakap remaja itu seerat mungkin. Tidak semena-mena, seluruh sistem badannya berhenti bergerak. Dia membiarkan Gentar menolak wajahnya bersama raut tidak percaya.
Pada mulanya, aku rasa takut bila tahu ada syaitan dalam kotak tu. Fikiran aku terus berubah lepas lihat perangai hampa si Gentar. Yalah, nampak gila saja rupanya budak tu.
Setiap benda yang hidup keluarkan aura yang berbeza. Dari bau peluh dia orang, aroma yang dia orang keluarkan dan juga udara yang dia orang hembuskan. Kadang-kadang bau itu terlalu kuat masa aku kecil jadi aku lebih suka pada bau masakan amma dan appa aku je.
Tak terlupa pada bau tengik pembuli-pembuli zaman sekolah dulu. Walau macam mana pun, aku tetap percaya dia orang hingga aku sendiri yang berhenti sekolah.
Tapi, setiap kali aku dekat dengan Gentar dan syaitan itu sendiri. Aroma melankolik yang ada dekat dia orang dah cukup menyayat untuk buat aku menangis. Aku tak tahu apa-apa langsung dari dia, Dari jauh, aku tahu Gentar orang yang baik.
"Sebab tulah..."
Gopal ragu-ragu bertanya. "Eh, kau nak bawa kotak itu sekali?"
"Mestilah." Gentar tersenyum lebar. "Sebab kotak ini sesuatu yang paling berharga untuk aku."
"Sebab tulah, aku sendiri yang nak tanya Gentar nanti!" tempik Gopal seraya tangannya mengemaskan dakapannya pada kotak tersebut.
Remaja mengetap gigi. Dadanya terasa terbakar menerima ucapan tidak berasas yang datang daripada Gopal sampai tidak sedar nafasnya sekarang tidak lagi terkawal. Rupa bayang tangan-tangan itu berubah tajam bucunya. "Kau ingat aku main-main ke? Aku kata lepaskan kotak tulah!"
DUSH! DUSH! DUSH!
DUSH!
Senyuman pada muka Gentar tergelincir jatuh ketika mereka tiba menjenguk langit semula. Bebola mata Gentar bergerak-gerak menonton Gopal dibelasah begitu sahaja oleh tangan-tangan bayang itu tatkala Bagaga dalam ketakutan di atas timbunan kek batik. Setiap lebam dan luka yang terbit pada badan kawannya menyesakkan peparunya.
"Oh... Gentar."
Gentar terkelu. Mata Gentar tidak lepas-lepas dari terarah pada kotak Duri yang dilindungi Gopal.
"Kau kata... kotak ni sesuatu yang berharga untuk kau, kan? Aku dah tolong jagakan..."
Bahu remaja ungu itu dipusingkan ke arah Gentar selintas pandang. Katananya disaut keluar. Dia membisik keras. "Kalau kau nak sangat lindungi syaitan tu, baik kau mati sama-sama dengan dia!"
Katana itu diangkat.
Rahang Gentar bergerak-gerak. "KAU NI MEMANG DAH MELAMPAU!" Satu tumbukan kuat melayang tepat ke pipi remaja itu. Momentum yang dihasilkan berjaya melemparkan jauh si mangsa melanggar batang pokok. Kalau dalam efek kartun, boleh nampak betapa berasap dan unsur-unsur elektrik pada pukulan Gentar tadi!
"Dia... dia okey tak?" Menggeletar Gopal bertanya. Batang pokok yang dilanggar remaja itu sendiri sudah tumbang menjadi dua!
Gentar berjalan perlahan ke arah remaja itu. Selangkah demi selangkah. Dalam masa yang sama, sebuah bayang-bayang tegak memanjang ke arahnya, mengeluarkan beberapa tangan bayang naik ke atas. Tangan itu sedaya-upaya menampar-nampar Gentar, memaksa Gentar menahannya dan mengundur ke belakang.
Remaja itu menyapu-nyapu habuk-habuk yang melekat pada badannya. Tangannya diangkat, mengawal serangannya ke atas Gentar.
"Dia langsung tak terjejas?" Gopal menontonnya bersama rahang yang ternganga. Sambil-sambil itu, tangannya menyeluk bertih jagung ke mulut sementara Wak Bagaga mengelap luka pada badannya. Tidak lama kemudian, remaja itu membongkok menahan sakit belakang. "Tak apalah. Sama je."
Tangan-tangan bayang itu tidak lagi menumbuk Gentar dan mula memerangkap Gentar dari pelbagai arah. Bayang-bayang hemisfera terbentuk, menyekat pergerakkan Gentar di dalamnya. Remaja itu menggenggam tangannya sekuat hati lalu menghela lega. "Akhirnya... diam pun!"
"Eeek!" Gopal mundur mengangkat kotak itu ke belakang. Apa fasal dia buang tabiat nak datang sini pula? "Kenapa kau nak sangat nak kotak ni? Tak boleh ke kita bincang tepi ke ikat tepi ke?"
"Kenapa? Dah banyak kali aku cakap..." DUSH! Tanah di dalam tiba-tiba terkambus keluar, memuntahkan Gentar dari isinya. Buku limanya dilayangkan pada remaja itu sebelum ia mengenai dinding pelindung bayang.
"Oh ya!" Gentar menarik tangannya semula. Simbol terbaik ditonjolkan. "Terima kasih Ekul!"
Ekul membalas simbol itu dengan tangan bulusnya. Tampaknya gerangan yang menyelamatkan Gentar si kucing bulus ini! Tanah bawah tanah telah dikurangkan molekulnya bagi membolehkan Gentar merangkak keluar dan memberikan serangan mengejut! Inilah power sphera Molekul!
Dinding bayang itu runtuh menyerap tanah. Remaja itu mengayunkan tangannya sekilas."Sudahlah! Baik kau serahkan kotak tu dekat aku!"
"Kenapa pula nak serahkan dekat kau pula? Bukan kau punya. Nak? Belilah sendiri!" ejek Gentar. Tengok, sempat pula main jelir-jelir lidah!
"Sempat pula dia orang gaduh..." Gopal memasang raut menoya. Tadi bukan main ber-dush ber-pow tidak ingat dunia... sekarang tidak fasal-fasal jadi acara perdebatan pula.
"Dalam tu ada syaitanlah!" Remaja itu mengusutkan rambutnya. Mungkin penat melayan kerenah Gentar agaknya.
"Jadi?" Lubang hidung remaja itu melopong dalam matanya merenung tajam Gentar. Dia tidak percaya akan jawapan bodoh yang diberikan Gentar mentah-mentah sebegitu.
"Kau!" Dia diusung amarah ke depan. Boneka tangan bayang-bayang dikeluarkan dalam angka yang banyak. Gentar di dalam pandangannya sudah dibakar bersama gelora meradang yang dirasainya sampai tak perasan sebutir batu di bawah.
"Hati-hati, Fang!"
PAP! Remaja itu tersandung jatuh. Segala tangan-tangan yang megah ditayangkan termasuklah tangan yang menjerat Ochobot pun turut pudar disinari cahaya matahari. Tercengang-cengang Gentar dibuatnya. Kerisnya dikeluarkan dan mencucuk-cucuk lembut kepala remaja itu. "Lah... asal tak bangun ni?"
"Apa jadi?" Ochobot berpaling tak tentu arah.
Gopal lambat-lambat mendekati mereka. "Dia... dia dah mati ke?"
"Huh? Mati sebab tersandung batu? Ish... ish... ish... lemah!" Gentar menerbalikkan tubuh remaja itu. Kedengaran dengkuran halus keluar dari mulut yang ternganga itu. Tidak terlupa satu benjol jelas timbul pada dahi hamba Allah yang tidak bersalah ini.
Gentar membuat muka mendatar. "Ceh, tidur rupanya."

Azan Asar yang berkumandang mencelikkan remaja itu daripada memeluk batang peluk di atas bangku masjid itu. Puas dia bergolek-golek seperti ayam golek hinggalah dia terjatuh ke bawah. Tidak cukup dengan dahi yang benjol lagi! Aduhai...
"Huh? Apa jadi ni?" Remaja itu mengesat air liurnya. Kepalanya ditelengkan selaju mungkin, mengesan situasi yang didudukinya sekarang. Macam mana dia boleh ada dalam kawasan masjid ini? Bebola matanya bergerak ke kanannya yang mengeluarkan bunyi.
"Huargh... kau dah bangun?" Gopal menutupnya mulutnya yang terlolong besar. "Nama kau, Fang kan? Kucing kau baru bagitahu..."
Fang menoleh ke belakang. Kucing miliknya cuma mampu tersengih-sengih kerang busuk sebelum menyorok ke dalam bayang-bayang milik tuannya semula. Dasar kucing tidak bermoral!
"Kejap... syaitan tu! Huh? Huh? Mana katana aku?" Perhatiannya pada kotak di sebelah Gopal terhenti apabila menyedari sarung katananya tidak terikat pada pinggang.
"Oh, katana kau Gentar pegang kejap. Yalah, kau meroyan tak tentu fasal sangat tadi. Habis aku ditumbuknya." Gentar meregangkan tubuhnya. Dia menyandarkan kepalanya pada kotak Duri. "Dahlah... sementara dia solat, baik aku tidur kejap."
"Kejap!"
"Kroooh..."
"Huh..." Mata Fang berkedut-kedut selepas Gopal sudah berdengkur dalam masa beberapa saat. Dia redha mengutip bantal peluknya yang terjatuh ke bawah kerusi lantas duduk di 'katil'nya tadi. Sekejap... sejak bila dia ada bantal peluk pula ini?
Nasib menyebelahi Fang kerana dia tidak perlu tunggu sehingga berjanggut lamanya. Beberapa minit kemudian, Gentar telah menyarungkan selipar di perkarangan masjid bersama-sama Ochobot. Dari matanya yang kuyu serta-merta segar dibuatnya. "Laman..."
"Oh, kau dah sedar ke? Jomlah kita gerak!" Gentar memanaskan badan dengan memusingkan bahunya yang terasa lenguh. Macam bersembang sama kawan lama sahaja lagaknya!
"Gerak? Pergi mana?" Fang terpinga-pinga sendiri menyaksikan mereka yang bersiap-sedia.
"Pergi mana lagi? Pergi tempat lainlah, dey," beritahu Gopal, selamba.
Merasakan Fang masih berada di awang-awangan, Gentar menerangkan dari A ke Z. "Oh... mesti sebab kau tidur tadi. Tadi kita orang panggil orang masjid, nak uruskan jenazah yang meninggal dekat tempat sanalah. Lepas tu..."
Fang mengangkat tangannya sebagai tanda mencelah. "Kenapa kau tak guna je teknik imbas kembali? Kalau cerita je mana aku nak faham!"
"Lupa pula. Maklumlah penulis dia pemalas orangnya."
Hey! ( Tolak gaji nanti. )
Mukanya dikerutkan. Gelang daun yang disarungkan pada pergelangan tangannya dibelek-belek. Tom mengangkat wajahnya. "Jadi... saya kena pakai gelang ini sahajalah? Pelik pula rupa dia."
Kucing hitam itu mengangguk. "Ya, saya jamin! Sebab dia boleh kurangkan bau darah unik dalam diri kau tu. Salah satu bau darah yang syaitan suka ialah darah O, darah Bombaay dan darah emas!"
"Jadi... boleh ke kau lepaskan saya sekarang?" Kucing itu memasang raut sepuluh sen pada Gentar. Gentar menyapa kembali senyuman itu bersama segaris senyuman juga. "Tak boleh."
Gopal menambah. "Entah! Tuan kau dah cuba bunuh kita orang. Dah, sekarang kau tebusan kita orang pula!" Kucing hitam itu pasrah memandang Fang yang terbaring dengan kaki diheret Gopal. Tuan... cepatlah bangun.
Sementara itu, tiga beradik itu masing-masing teruja dengan gelang abangnya. Salah seorang dari mereka berkata. "Fulamak, bang long. Boleh jual ni!"
"Betul tu bang Chik... Kaya kita!"
"Uit! Saya kata itu tak leh jual!" larang si kucing hitam.
"Sempat lagi dia orang..." Ochobot memutarkan bola matanya. Sekurang-kurangnya dia tak akan jumpa dia orang lagi.
"Okeylah. Kita orang pergi dulu. Hati-hati kalau lalu kawasan hutan nanti, jangan lalu masa Mahgrib," pesan si Gentar. Ketiga-tiga beradik itu mengangguk, akur. Entah faham, entah tidak.
Bagaga menguis ranting-ranting kayu pada tanah. "Abangnya Gopal... saya ada nak cakap sesuatu dengan abang."
"Lepas tu dia minta aku duit upah lap luka aku tadi. Kurang asam punya budak." Gopal mendengus, marah. Sepertinya bukan Ochobot sahaja yang tidak ingin bertemu batang hidung mereka lagi.
"Dan loceng pun berbunyi. Suruh kita pergi dekat satu penginapan kat mana tah. Entahlah loceng tu yang tulis." Gentar ini pun satu. Perangai terlalu bermuka tebal sangat. Tidak mustahil dia kurang bersemangat kerana misi seterusnya hanya suruh berehat sahaja.
Oh ya, Ekul tak ikut sekali. Katanya dia masih belum bersedia untuk jumpa Gopal lagi. Jadi boleh diceritakan secara ringkas, kucing Gopal itu cuma mengekori mereka dari belakang sahaja buat masa sekarang ini.
"Kejap! Bagi aku ikut!" Fang meregangkan tangannya ke depan, menghalang mereka berdua dari pergi. Simbol-simbol tanda soal mula muncul di atas kepala Gentar dan Gopal. Gopal mencekakkan pinggangnya. "Buang tabiat ke? Kau memang ikut pun."
"Betul tu, tuan." Kucing hitam itu memunculkan diri sesaat.
Fang malu seorang-seorang. Wajah merah padamnya ditutupi dengan ayat bongkak. "Heh, aku tahulah. Cuma aku nak ingatkan yang aku ikut kau orang sebab aku nak perhatikan syaitan tu je!" Kelopak matanya ditutupkan rapat. Tahu-tahu sahaja, Gopal dan Gentar maju ke hadapan terlebih dahulu.
"Dey, Gentar. Rasanya dekat situ ada makanan sedap-sedap tak?"
"Tak tahulah. Tapi kalau ada nasi goreng Tok Aba sedap juga!"
"Tok Aba sapa pula ni... atuk kau ke?"
Fang tergesa-gesa mengekori mereka. "Woi, tunggulah."
Sedikit demi sedikit awan bergerak menyusuri langit. Buat beberapa minit, rasa sunyi dirasai Fang tatkala tiada sesiapa yang bercakap. Kalau ada yang buka mulut pun cuma Gentar bertanyakan arah pada Ochobot dan bunyi perut Gopal yang tak henti-henti. Aduh, rasa janggal... faham tak?
"Nama aku Fang. Kau orang pula?" Pengenalan Fang disambut sepi. Mungkin aneh sebab seseorang yang mengunci mulut buat 30 minit tadi akhirnya berbicara tidak semena-mena.
Mujur si Gentar menjawab bersama tona suara yang teruja. "Oh, nama aku Gentar, kucing ni Ochobot dan ni Gopal!"
"Laparnya Gentar... bila kita nak sampai ni?" Gopal menongkat dagu pada kotak yang disandangkan Gentar. Panik Gentar apabila dia hampir ke belakang. "Janganlah, Gopal! Beratlah kau ni!"
"Nama kau Gentar sebab kau ni selalu gentar ke apa?" Fang memetik jari, kononnya dapat berjaya meneka erti nama Gentar. Si rambut ungu itu tidak sedar, dia juga berjaya menjolok sarang tebuan di dalam diri Gentar.
"Mana ada! Nama aku Gentar sebab aku tak gentarlah!" Gentar mengembungkan pipinya, marah. Suka-suka hati sahaja tukar nama anak orang.
"Oh..." balas Fang, sepatah.
"Dan kau kena minta maaf sebab belasah Gopal dan kurung Ochobot tadi!" Gentar mengugut tanpa memandang muka Fang.
"Kenapa pula?"
"Kalau tak aku tak bagi balik katana kau ni! Hrm... bagus juga ada dua senjata."
Gopal menjatuhkan kepalanya pada Ochobot yang menyarungkan raut yang sama sepertinya. Dah mula dah dia orang ini.
Gopal di belakang mengeluh panjang. Sudahlah dia lapar tahap gastrik ini! Tak ada masa dia mendengar dan menghidu rasa tegang antara Gentar dan Fang dekat sini. Bukan boleh makan pun. Baru sahaja dia ingin menutup hidungnya, sebuah haruman pelik menusuk hidungnya. "DEY, HATI-HATI!"
Tapak kasut Fang berpijak pada sesuatu.
"Ada... taik. Tak apalah."
Fang meneguk air liur sendiri yang terasa kering. Nafasnya ditahan. Lambat laun, dia mengangkat kakinya, menampakkan cecair coklat kekuningan pada belakang telapak kasutnya. Apa lagi? Satu suara nyaring menggegarkan lorong hutan yang dilalui mereka.
Nasib kaulah Fang.

Nooroo : Hai semua! Memandangkan Gopal dan Gentar tengah mencuci tahi kucing dekat kasut Fang... biar saya gantikan hos korang pula hari ini.
Nooroo : Ish, ish, ish pemalas dia orang semua ni.
Ochobot : *ketuk ketuk pintu dari jauh* BAGI AKU MASUK! BAGI AKU MASUKLAH!
Nooroo : Ehem! Baiklah... rahsia Elemental kita hari ni ialah berkenaan Gopal dan Ekul.
Nooroo : Ekul lebih suka tukarkan molekul kepada benda-benda biasa. Ala... macam tukarkan molekul karbon jadi berlian. Kejap... itu bukan benda biasa.
Nooroo : Gopal pula lebih suka gunakan kuasa dia untuk tukarkan benda-benda jadi makanan. Tapi... siapa kata benda tu satu kelemahan?
Nooroo : *tengok jam pukul 7:15 petang* ALAMAK! NAK BUKA PUASA! PERGI DULU! *buka pintu dan pintu terhempas pada muka Ochobot*

⚡⚡⚡
Dark Nooroo : Okey, aku menggantikan Nooroo yang sedang bersiap sedia buka puasa...
Dark Nooroo : Jumpa bab akan datang. Okey bye.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top