SPECIAL CHAPTER : CHRONICLES KAISER X THE CURSED GUARDIAN 02
Sebuah taman yang indah diperhatikan oleh sepasang mata,kedengaran bunyi serangga bernyanyi. Emily Harrison berusia 20 tahun,bersama Amy Neilfelheim yang turut berusia 20 tahun bersiar-siar di taman.
"Kamu tidak bersama Neil?" soal Emily pada Amy.
"Hmm.. Neil kan bertugas,takkan la saya nak ganggu..." ujar Amy berfikir sejenak.
"Betul juga.. Maaf la,sebab abang kamu pun tengah bertugas..." kata Emily tersenyum.
"Seronok kan kalau hari-hari aman macam ni?" soal Amy mendongak ke atas langit.
"Ya.. Tapi kita hanya mampu berangan je.. Selagi Vager masih ada.. Kita tidak boleh bermain-main..." jelas Emily mengeluh.
"Ya.. Betul tu,jadi kita kena la bantu abang dan Neil juga... Bersama-sama!" ujar Amy girang.
Perbualan mereka terbantut apabila melihat seorang wanita,sedang bermain dengan ketulan ais dibentuk seperti permata. Wanita tersebut mengapungkan kemudian permata ais itu,berpusing-pusing di sekeliling wanita itu.
"Siapa dia? Tak pernah nampak pula sebelum ni?" soal Emily dan Amy menghampiri wanita tersebut.
"Amy?" soal Emily.
"Tak apa,kita tanya elok-elok..." ujar Amy tersenyum.
"Maafkan saya?" Amy menyapa dan wanita itu berhenti dari memainkan ais berbentuk permata.
"Ya? Boleh saya bantu?" soal wanita itu menoleh ke arahnya,tersenyum pada dua gadis tersebut.
"Tidak,bukan begitu..kami tertarik dengan cara awak bermain permata itu.." jelas Amy.
"Ini ke? Ini bukan permata,ia cuma ais yang saya bentukkan seperti permata..." jelas wanita itu dan Amy mengangguk sahaja.
"Macam tu... Saya tak sangka pula boleh bertemu seseorang mempunyai kuasa seperti saya..." ujar Emily dan wanita itu tersenyum kemudian bangun.
"Awak gunakan kuasa dari senjata itu bukan?" soal wanita itu.
"Ah.. Ya.." kata Emily dan terasa tidak kena dengan wanita di hadapannya..
"Ah..! Lupa dan maafkan kerana tidak mengenalkan diri,saya Alisa Darweez.." ujar wanita itu atau Alisa,menghulurkan tangan tanda ingin bersalam.
"Saya Amy Neilfelheim ini bakal kakak ipar saya.. Emily Harrison..." jelas Amy.
"Ouh... Tahniah la macam tu.." kata Alisa tersenyum.
"Nampak gaya pertuturan awak,adakah kamu lebih tua daripada kami? Saya dan Emily.. 20 tahun.." jelas Amy.
"Hey Amy,biadab la tanya macam tu.." kata Emily menepis tangan Amy secara lembut.
"Saya.. Berusia 29 tahun.." jelas Alisa tersenyum.
"Apa? Awak nampak muda,saya ingat dalam 22 atau 23..." ujar Amy terkejut.
"Terima kasih sayang... Saya hargainya.." kata Alisa tersenyum sambil mengusap kepala Amy.
"Awak datang dari kota mana?" soal Emily.
"Ouh.. Saya cuma mengembara dengan suami saya... Kenal dunia.." jelas Alisa separuh berdusta.
"Jadi mana suami kakak?" soal Amy.
"Suami akak pergi cari makanan.." jelas Alisa lagi tapi bukan,mereka berdua berpisah untuk mencari gem.
"Ouh.. Begitu..mesti pengalaman banyak ni?" soal Emily.
"Pengalaman ya? Boleh la." jelas Alisa.
"Wah.. Meriahnya,ada kawan baru ye?" soal satu suara menegur.
Mereka bertiga menoleh dan Amy serta Emily terkejut,kerana kehadiran Hestia atau puteri Kota Aster. Hestia Guldberg tersenyum sambil berjalan ke arah mereka,Hestia menyedari sesuatu sebaik memandang Alisa.
"Puteri!" Amy berkata sambil tersengih.
"Apa yang puteri buat di sini?" soal Emily memandang Hestia.
"Ambil angin.. Tak sangka nampak kamu berdua di sini..." kata Hestia dan Alisa hanya menunduk hormat,Hestia hanya mampu tersenyum dan membalas sapaan Alisa.
"Jadi boleh tahu siapa dia?" soal Hestia teragak-agak.
"Nama saya Alisa Darweez..hanyalah perantau dari kota ke kota yang lain.." jelas Alisa memberi sambil memberi penerangan.
Hestia hanya mengangguk faham,dia cuba ingin menyoal tetapi kedengaran bunyi ngauman yang amat kuat. Alisa hanya memandang ke arah raksasa itu,Emily dan Amy terus menghunuskan senjatanya masing-masing. Hestia turut sama dan menoleh ke arah Alisa.
"Tolong berlindung di tempat yang selamat..." kata Hestia dan mereka bertiga terus pergi meninggalkan Alisa sendirian.
"Ambil tempat perlindungan?" soal Alisa tersenyum.
Saat Hestia,Emily dan Amy berlari ke arah raksasa dipanggil Vager. Seseorang muncul dan adalah seorang wanita,tersenyum sinis dan menyerang Vager. Tindakan wanita itu buatkan tiga orang gadis berhenti dari terus berlari,wanita misteri itu melibaskan senjatanya pada Vager.
"Makan ia.. Jargad..."
Senjata tersebut seperti menjadi mulut yang besar,lalu mengangakan seluasnya lalu menelan raksasa Vager itu.
"Dia makan benda tu?!" soal Amy terkejut.
Wanita tersebut mendarat tidak jauh di hadapan Hestia dan yang lain berada,dia memandang ke arah tiga orang gadis tersebut. Hestia mula merasakan tidak sedap hati,wanita tersebut memusingkan senjata dan terus melepaskan gelombang potongan ke arah mereka bertiga.
BRAAM!!!
Hestia dan Emily serta Amy berjaya mengelak,wanita itu hanya berdiri dan memikul pada bahagian bahu. Dia memandang ke arah tiga orang gadis tersebut,tersenyum sinis dan meninjau kiri dan kanan.
"Siapa kamu ni ha?! Berani menyerang kami?" soal Hestia.
"Maaflah,saya cuma mahu menguji kekuatan senjata yang memakan makhluk perosak dunia ni.. Jangan ambil hati.." jelas wanita itu tersenyum,namun terasa bahang dan dia menoleh ke arah Amy.
"Kau buatkan aku panas.." ujar Amy geram.
"Panasnya.. Kau nak berlawan? Aku sedia menerima.." ujar wanita itu.
"Hentikannya..." satu suara menegur dan mereka menoleh.
Hestia terkejut dan Emily kehairanan,Amy pula hanya mendiamkan diri. Alisa muncul sambil berjalan dengan tersenyum,aura menakutkan jelas terasa buatkan Emily dan Hestia seperti seram sejuk.
"Ursula Vyrm.... Tidak sangka kamu berada di sini..." ujar Alisa dingin.
"Ice Queen..." ujar wanita bernama Ursula.
"Apa tujuan kamu berada di sini..."
"Sama tujuan dengan kamu wahai Ice Queen..."
"Kamu fikir kami akan biarkan?" soal Alisa.
"Saya anggap itu cabaran..." ujar Ursula.
Emily dan Amy hanya mampu mendiamkan diri,Hestia merasakan kedua-dua mempunyai aura yang kuat. Alisa menoleh ke arah mereka bertiga,dia tersenyum manis.
"Maaf,saya akan jelaskan nanti..."
Senyuman Alisa hilang dan menjadi serius semula reaksinya,Ursula tersenyum dan terus mereka berdua bertembung di antara satu sama lain.
KRAANG!!!
"Kuatnya?!" Emily dan Hestia hampir tercampak,Amy juga begitu.
Alisa dan Ursula bertembung lagaan senjata dengan laju,senjata Ursula menjadi mulut raksasa ternganga dan ingin menelan Alisa. Tetapi Alisa hanya menahan dengan tangan kosong,Emily tercengang begitu juga Hestia dan Amy.
"Tangan kosong?!"
Senjata Ursula terus membeku dan dia segera berundur,Alisa dengan tapak tangannya berasap aura dingin. Alisa menurunkan tangannya,Ursula mula merasakan seekor naga merenungnya.
"Hah... Nampaknya saya tiada peluang.." ujar Ursula dan ingin bayangan hitam menelannya,tanda ingin berundur.
"Dia nak larikan...!!" Amy segera meluru ke arah Ursula.
"Jumpa lagi nanti gadis manis..." kata Ursula terus hilang,dan Amy gagal menghalangnya
"Argh!! Geramnya..!!" rungut Amy.
Amy menghentak kaki geram,Alisa sekadar mendiamkan diri. Dia melenyapkan pedang miliknya,Hestia dan Emily memerhatikan Alisa sahaja tanpa berkata apa-apa. Tidak lama lepas itu Ikhwan dan Aizel muncul dari bulatan portal,Neil menyusul dari belakang.
"Abang.." ujar Alisa.
"Abang rasa daya kuasa negatif,ada musuh menyerang ke?" soal Ikhwan.
"Ya.. Tapi dia larikan diri.." kata Alisa tersengih rasa bersalah.
"Siapa yang bersama awak?" soal Emily.
"Tetamu dari dunia lain.." jelas Aizel.
"Dunia lain...?" soal Hestia dan Amy menghampiri mereka bertiga.
"Maafkan kerana buat kamu terkejut.." ujar Alisa sebaik menghampiri mereka.
"Jadi kamu bukan pengembara ke?" soal Amy.
"Maafkan kerana menipu kamu berdua.. Tapi kami ada tujuan ke sini..." jelas Alisa tersenyum.
"Jadi apa tujuan kamu berdua?" soal Hestia.
"Kami dari dunia lain,jauh dari dimensi ini.. Kami mencari batu permata yang berbahaya dari dunia kami..." jelas Ikhwan pula yang berdiri di belakang Alisa,Aizel sekadar mendiamkan diri.
"Batu permata? Adakah orang tadi mempunyai tujuan yang sama?" soal Hestia.
"Ya..batu permata itu dikenali Soul Gemma,kami hanya panggil gem sahaja.." jelas Ikhwan.
"Apa tujuan mereka ingin cari gem itu?" soal Aizel.
"Kemusnahan seluruh universe..." jelas Ikhwan dan mereka,Aizel,Emily,Hestia serta Amy tergamam.
==============================
Hello guys
Bagaimana update kali ini?
Okay ke?
Ada berbeza dengan cerita asal?
Kita tunggu dan lihat
Itu je
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top