CHAPTER 87 : KING SUMMIT,BEGUN!


Negara Winter.

Sesiapa sahaja yang mendengar nama negara ini,sudah terbayang sebuah negara yang disaluti salji dan cuaca sejuk berpanjangan.

Namun bukan semua tempat diselaputi salji,kerana kerajaan negara Winter telah mereka bentuk satu mesin pemanas khas. Mesin tersebut bukanlah mesin yang biasa,tetapi mampu menghasilkan suhu dingin atau suhu bilik. Sebab itu ada tempat-tempat yang tidak diselaputi salji tebal,kekal dingin dan para rakyatnya tidak perlu sentiasa memakai baju yang tebal.

Kota di negara tersebut umpama sebuah kubu pertahanan gergasi,dengan perisai halimunan yang melindungi kota itu dari serangan pihak musuh. Tetapi tahun ini negara Winter terpilih,ya terpilih menjadi negara tuan rumah untuk para raja seluruh dunia berhimpun.

Alif kini berada di negara tersebut,untuk misi mengiringi raja negara Mentari iaitu Reezal Al"Solleh menghadiri mesyuarat perjumpaan para diraja. Dia kini berada di sebelah kanan Reezal,Ikhwan pula di mengiringi dari sebelah kiri dengan gaya yang tenang dan tegas.

"Aku rasa tak perlu kau iringi aku..." ujar Reezal tidak menoleh pada Ikhwan.

"Kenapa tidak,musuh bukan seorang dua orang abangku..." kata Ikhwan pula masih dengan riak wajah serius.

"Apa yang kau fikirkan?" soal Reezal.

"Raja negara Hawk,Gordon Hawkins hampir dibunuh oleh pihak pemberontak 3 tahun yang lalu..." jelas Ikhwan dan Reezal hanya mendiamkan diri.

"Tapi yang mati adalah anaknya,Edward Hawkins.. Putera kedua kerana dia melindungi ayahnya dan putera sulung pula,Carl Hawkins hilang tanpa dapat dikesan.." kata Ikhwan seperti membaca maklumat dari fail.

"Kau bagi penjelasan macam tengah baca fail..." kata Reezal hanya tersenyum.

"Memang pun..." Ikhwan menjawab sambil menyerahkan fail dokumen pada Reezal.

Tindakan Ikhwan hanya mengejutkan abangnya,kemudian menggelengkan kepala dan menyambut dokumen fail berisi maklumat yang dimaksudkan oleh Ikhwan.

"Pembunuhnya adalah Valkryie mereka sendiri,Mariana de'Lance..." ujar Ikhwan dan Reezal memerhatikan gambar wajah Mariana di situ.

"Cantik orangnya,tapi sayang dia pilih jalan yang salah..." ujar Reezal.

"Terpikat ke?"

"Kau buat lawak ke? Aku cuma memuji.."

"Rasanya kalau kak Razeedah dengar naya kau bang..."

"Diam boleh tak?"

Gelagat dua beradik itu yang sedang berbual diperhatikan oleh Alif,dia hanya memandang mereka berdua tanpa sepatah ayat sekalipun. Mereka kini telah tiba di hadapan pintu utama bangunan perjumpaan diraja,pengawal yang berkawal memandang ke tempat sebaik menyedari kehadiran Reezal serta Ikhwan dan yang lain.

"Raja generasi kelima,Reezal Al'Solleh..." Seseorang menegur dan langkah mereka terhenti.

Alif menjeling dan terkedu melihat seorang perempuan cantik,berdiri di satu tempat seperti menunggu kedatangan Reezal. Ikhwan pula hanya mendiamkan diri,dia tahu Reezal mengenalinya.

"Delisha..." kata Reezal pendek.

"Amboi dinginnya..." ujar wanita bernama Delisha berjalan dengan gaya menggoda.

"Apa yang kau nak?" soal Reezal.

"Lama kita tak berjumpa,salah ke saya menegur awak Reezal?" soal Delisha cuba menyentuh pipi Reezal.

Namun Ikhwan terlebih dahulu menahan,Delisha sedikit terkejut kemudian menjeling Ikhwan. Alif pula hanya mampu menghelakan nafas pendek,Aurora dan Altera hanya mendiamkan diri mereka.

"Hand off lady..." ujar Ikhwan menolak lembut tangan Delisha.

"This is your brother Reezal? Nice and handsome like you too... I like it..." kata Delisha dan matanya bersinar cuba melakukan sesuatu pada minda Ikhwan.

"Get out..." kata Ikhwan lembut sebelum wanita itu tersentak terkejut,mukanya berpeluh kerana dia merasai aura menakutkan Ikhwan.

"Delisha!!" Seseorang menjerit nama wanita itu,Ikhwan hanya berdiri tenang memandang Delisha.

"Jauhkan kau daripada dia!!" orang itu melompat dan terus meluru sambil menghayunkan penumbuk ke arah Ikhwan.

"Hentikannya Oliver!!"

Sebaik kata-kata daripada seseorang menegur,lelaki bernama Oliver hanya mendarat di sebelah Delisha. Reezal memandang ke satu arah,Ikhwan pula sekadar menjeling ke arah yang sama dengan Reezal pandang. Seseorang lelaki berusia sebaya Reezal,berdiri dari satu tempat sambil tersenyum.

Suasana kembali reda dan Ikhwan hanya menjeling ke arah Alif,dia tersenyum kerana pemuda itu sudah memegang tongkatnya.

"Thanks..." ujar Ikhwan tersengih.

"Cepat ambil tempat kamu..." kata Reezal pula dan Alif mengangguk sahaja,Aurora dan Altera hanya berbalas jelingan.

Perjumpaan diraja bermula dan Reezal diiringi oleh Ikhwan,Alif dan Altera disusuli Aurora. Dua orang gadis berwajah seiras hanya berbalas renungan,apa yang membezakan mereka berdua hanyalah warna rambut. Aurora kuning emas dan Altera kuning pudar,jika diperhatikan betul-betul warna mata mereka juga tidak sama.

"Aku dah lama nak tanya..." kata Aurora dan Altera menoleh ke arahnya.

"Apa yang mengganggu kamu?" soal Altera.

"Kenapa kau ikut ke sini?" soal Aurora.

"My lord order,can't deny..." jelas Altera.

"You really piss me off..."

"It's only you,not me..."

"What did you say?"

"That's enough Aurora.. Kita tengah berada di hadapan berhimpunnya seluruh raja dari seluruh dunia..." Alif menarik Aurora jauh sedikit.

"Ya betul tu... Awak patut malu..." kata Altera.

"Awak pun sama Altera,boleh senyap tak?" Alif berkata dengan bengang,Altera sedikit terkejut dengan kata-kata Alif.

"Fine...." ujar Altera dan menarikkan hud menutupi wajahnya,Alif terkebil-kebil dan Aurora turut mendiamkan diri.

Ikhwan yang mulanya mendiamkan diri,sekadar menjeling kemudian tersenyum melihat cara Alif menenangkan dua orang gadis tersebut. Reezal pula hanya fokus ke hadapan,seseorang muncul berdiri di tengah-tengah podium. Tempat duduknya para raja dan pengiring,adalah dalam bulatan fokus pada podium berbentuk bulatan penuh.

"Selamat datang para raja seluruh negara.. Satu penghormatan untuk kami menjadi wakil tuan rumah bagi tahun ni...!!" ujar orang yang menjadi speaker bagi Winter Nation.

"Kuatnya sound system dia..." kata Alif.

"Nak buat macam mana,tu headphones kau guna la..." Ikhwan mencelah.

"Saya ucapkan selamat datang pada negara nombor satu,Mentari dan raja generasi kelima.. Reezal Al'Solleh diringi oleh putera bongsu,ataupun lebih tepat Raja Naga yang baru..." jelas speaker itu dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

"Dia perlu sebut tu semua?" soal Ikhwan dan Reezal serentak.

"Dia?" soal Oliver terkejut.

"Sebab itu aku suruh kau berhenti... Aku baru selamatkan kau dari terbunuh..." jelas lelaki itu tadi,ataupun Charles Edgar Edmund raja kepada negara Volcano.

"Dia mampu sembunyikan daya auranya..." Delisha berkata sambil perasaan ketakutan masih ada.

"Selagi dia hidup... Negara Mentari kekal menjadi negara paling terulung..." kata seorang lagi yang duduk di sebelah Charles.

"Darren..." ujar Charles.

"Baiklah,boleh kita mulakan bagi perjumpaan raja-raja?!"

Pada masa dan tempat yang sama,di tengah-tengah ratusan rakyat negara Winter. Mariana de'Lance kelihatan berjalan di keramaian para rakyat,Wild Gunz dan Rowan turut sama berada berhampiran. Wild Gunz dan Rowan menghampirinya,Mariana hanya memerhatikan bangunan di mana berkumpulnya para raja seluruh dunia.

Dia bekerjasama dengan pemberontak,tetapi tujuan dan sasarannya hanyalah satu. Iaitu raja kepada negara Hawk,Gordon Hawkins.

"Masa untuk kau temui sang pencipta,Gordon Hawkins..." ujar Mariana kemudian hilang di kebanjiran orang ramai.















💠MARIANA DE'LANCE💠





Ini double updates

Harap korang berpuas hati

Masih belum rancak?

Sabar

Ia baru sahaja permulaan

Hehehe

Berjayakah Mariana membunuh Gordon Hawkins?

Apakah tindakan Alif?

Azryan dan Raisyah pula tidak kelihatan

Tunggu untuk update seterusnya

Itu sahaja

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top