CHAPTER 86 : YOU THINK IT'S FUNNY?


Luiz Morgan dan Merlin berada di hadapan sebuah runtuhan lama,jauh di pedalaman hutan belantara amazon. Simbol lambang kegelapan tertera di hadapan pintu masuk,Luiz dan Merlin berbalas pandangan.

"Jadi sini la ye?" soal Luiz.

"Yup,sini la.. Siapa yang kau nak bebaskan?" soal Merlin.

Luiz tidak berkata apa-apa dan terus melangkah masuk ke dalam runtuhan tersebut,tempat itu adalah penjara bagi penjenayah yang berbahaya sejak zaman selepas perang Iskandar dan Marvus. Luiz tidak memberikan reaksi terhadap daya kuasa gelap yang cuba menguasainya,dia sekadar memetik jari dan daya kuasa itu terus lenyap.

Luiz berhenti di hadapan batu yang seperti batu nisan,dia menyentuh batu tersebut dan kata-kata mentera termeterai. Batu itu terus hancur menjadi debu,muncul seorang lelaki berpakaian serba merah dan hitam. Mukanya ditutupi kerudung yang sedia,matanya mula dibuka.

"Ernoul The Slayer..." ujar Luiz.

"Luiz Morgan..." kata lelaki bernama Ernoul.

"Sudah lama tak berjumpa..." kata Luiz.

"Ya... Sejak Merlin tikam belakang aku..." ujar Ernoul merenung Merlin.

"Hey,bukan kau seorang sahaja dikurung okay?!" Merlin berkata sambil merenung Ernoul.

"Aku peduli apa?" Ernoul membidas.

"Ernoul!!"

"Merlin..."

"That's enough...." ujar Luiz dan aura bunuh dikeluarkan,menyebabkan mereka berdua tersentak.

"Faham?" soal Luiz lagi dan Merlin mengangguk,Ernoul pula hanya mendiamkan diri.

Luiz tidak berkata apa-apa dan terus melangkah keluar dari situ,Merlin dan Ernoul hanya mengekori tanpa soalan.

Apa rancangan Luiz sebenarnya?

Merlin sendiri tidak dapat mengagak,kerana Luiz sukar dibaca dan diramal. Seseorang menunggu di luar dan Luiz hanya merenungnya sahaja,Merlin dan Ernoul sekadar mendiamkan diri dari belakang.

"Luiz Morgan..?" soal lelaki itu.

"Jika ya kenapa?" ujar Luiz.

"Izinkan saya sertai tuan..." kata lelaki itu dan Merlin terkejut,manakala Luiz memerhatikan sahaja lelaki itu.

"Siapa nama kau?" soal Luiz.

"Lijart The Shadow..." jelas lelaki itu.

"Sahdo clan huh?" soal Luiz.

"Ya tuan... Saya perlukan bangkitkan semula Shado Clan,jadi jika dengan berkhidmat dengan tuan itu caranya... Jadi izinkan saya...." ujar Lijart dengan pandangan mata yang penuh kemarahan.

"Jika begitu... Baiklah...." kata Luiz dan Merlin hanya tersenyum seribu makna.

"Mana seterusnya?" soal Merlin.

"Kubur pahlawan yang mati akibat khianat.." ujar Luiz.

"Gerbertus The Scar..."

===================

Alif dan yang lain berjaya menyelamatkan diri,kini mereka berada di sebuah negara penuh dengan salji. Winter Nation kerana di negara itu,hanya musim sejuk dan salji penuh di merata tempat.

"Pergh.... Seejuukkkk..." ujar Alif memeluk tubuh dan wap keluar dari mulutnya.

"Ada apa kita ke sini?" soal Rachel.

Rafaela hanya mendongak dan sebuah helikopter muncul,mendarat di hadapan mereka dan sebaik pintu terbuka. Seseorang melangkah keluar dan Aurora terkejut,kerana dia mengenali orang itu.

"Altera...." ujar Alif tidak percaya,namun Altera hanya membalas dengan pandangan kosong.

Alif menyedari kehadiran seseorang dari belakang Altera,Zharief Al'Mazlee menunduk hormat pada mereka berdua. Manakala Ikhwan juga muncul bersama Alisa,Alif hanya menghela nafas pendek.

"Terima kasih kerana sudi datang di sini.." ujar Ikhwan.

"Kenapa tuan minta kami datang sini?" soal Alif.

"Sebab ada tugasan tambahan..." jelas Ikhwan.

"Tugasan tambahan?" soal Azryan muncul bersama Raisyah,menyedari kehadiran Alisa membuatkan Raisyah tersentak.

"Ya... Kamu akan iringi raja untuk perjumpaan raja-raja yang diadakan di negara Winter..." jelas Zharief.

"Jadi bila tu?" soal Rachel.

"Dalam masa tiga hari dari sekarang..." jawab Ikhwan dan mereka berbalas pandangan antara satu sama lain.

"Segala pakai makan kamu,ditanggung oleh kerajaan..." kata Ikhwan.

"Baik2 kami setuju.." balas Alif selamba.

"Oi!" Azryan dan Raisyah terkejut dengan respon kawannya,Aurora dan Rachel berpandangan kemudian ketawa kecil. Rafaela sekadar menggelengkan kepala sahaja.

"Apa?" soal Alif.

"Apahal kau setuju?" soal Azryan pula.

"Bukannya ada benda tak elok pun... Relax..." balas Alif pula.

Azryan hanya menekup muka sahaja,Alif pula sekadar berbalas salaman tangan dengan Ikhwan. Tanda bersetuju untuk pengiringan yang dinyatakan,Rafaela merasakan Alif seperti faham apa yang dimaksudkan oleh Ikhwan.

"Tapi sebelum itu,putera.. Boleh kita berbincang...?" soal Alif.

"Secara rahsia?" soal Ikhwan dan Alif mengangguk.

"Okay,Rief.. Tunjuk yang lain tempat rehat mereka... Aku akan datang balik.." arah Ikhwan dan Zharief selamba mengangguk.

Petikan jari dilakukan dan mereka berdua berada di sebuah tempat yang asing,Alif terdiam melihat keadaan tersebut dan tidak dapat merasai daya ki sesiapa pun.

Manakala di tempat asal pula,Alisa hanya tersenyum dan yang lain kecuali Zharief terkejut. Altera hanya dengan muka tidak berperasaan,Aurora tertanya-tanya ke mana Alif dan Ikhwan hilang?

"Jangan risau sini adalah tempat sempadan dimensi.." jelas Ikhwan dan Alif menoleh ke arahnya.

"Tuan boleh lakukan semua ni?" soal Alif tersengih.

"Aku dah bawa kau ke sini... Apa lagi bukti kau nak?" soal Ikhwan pula dan Alif hanya mengangguk sahaja.

"Apa yang kau ingin bincangkan?" soal Ikhwan.

"Ada yang tidak kena dengan perjumpaan tahunan raja-raja ni bukan?" Alif meneka dan Ikhwan yang membulatkan mata,dia kemudian tersenyum.

"Kau mempunyai deria yang tajam,aku sukakannya..." jelas Ikhwan dan Alif sekadar tersenyum sahaja.

"Seperti yang kau duga,aku rasakan sesuatu yang tidak kena pada persekitaran daya ki di sini..." jelas Ikhwan lagi.

"Apa maksud tuan?" soal Alif.

"Aku boleh kesan kebencian dalam diri seseorang... Ia kebencian kepada raja-raja yang ada sekarang ni..." ujar Ikhwan.

"Bunyi seperti ada dalangnya yang bertanggungjawab..." Alif meneka dan Ikhwan mengangguk.

"Binggo! Jadi sebab itu aku perlukan bantuan kau..." jelas Ikhwan memetik jari.

"Tuan tahu siapa?" soal Alif.

"Seseorang yang kamu berhadapan..." kata Ikhwan tersenyum.

"Skull Wing?" soal Alif meneka.

"Hampir tepat tapi bukan semua..." jawab Ikhwan mengangguk.

"Bukan semua..." Alif mengurut dagu berfikir.

"Bekas Valkryie negara Hawk... Mariana de'Lance dan beberapa orang yang berkebolehan..." kata Ikhwan.

"Tapi bagaimana tuan boleh tahu? Pangkalan Skull Wing sukar dikesan..." ujar Alif dan Ikhwan tersenyum.

"Kau jangan pandang rendah pada orang yang lebih makan garam dari kau..." jelas Ikhwan tersengih.

"Tuan boleh kena darah tinggi.." ujar Alif.

"Kenapa kau kata macam tu.." Ikhwan mengangkat sebelah kening kehairanan.

"Sebab makan garam banyak sangat? Erkk?!!" Alif berkata dengan selamba sebelum kepalanya dicengkam oleh Ikhwan.

"Err... Tuan? That's hurt... Ya'know?" kata Alif tersengih menelan air liur,melihat Ikhwan yang tersenyum sinis.

"Aku tengah serius kau melawak ya..." ujar Ikhwan.

"Well sir... Cuma nak meriahkan suasana.. Hahaha...." balas Alif.

"Ya betul la tu... Hahaha..." kata Ikhwan sambil ketawa bersama. 

DUSSHH!!

"AYARK!!"

"Ingat lawak...?"













(Permandangan di negara Sakura yang boleh aku tunjukkan,Sakura kan? Bunga Sakura?)

Sorry guys for delay update.

Got writer block in my head

Idea ada tapi xdok feel

Huhu

Jika hambar maafkan aku

So itu jelah.

Ciao!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top