CHAPTER 80 : WHO IS HE?


Puluhan demon menyerang sebuah bandar besar,para orang awam melarikan diri dan dalam kekecohan seseorang berkerudung sedang berdiri di sebuah bangunan. Menyaksikan keadaan tersebut,rumah terbakar,bangunan runtuh dek rempuhan demon gergasi.

Individu yang berkerudung itu hanya sekadar berpaling,lalu senyuman sinis terukir di bibirnya dan dia hilang ditelan bayang kegelapan.

Pesawat hitam menyusur laluan angin,Alif mengemudi kapal sambil ditemani oleh ibunya iaitu Rafaela. Aurora pula turut berada bersama,hanya Azryan sekarang menemani Raisyah.

"Can you stop looking at me like that?" soal Raisyah menyedari Azryan merenungnya bagaikan ingin memakannya.

"Why are you here Raisyah?" soal Azryan pula.

"Apa yang awak maksudkan?" soal Aurora.

"Saya rasa awak tahu maksud saya..." kata Azryan menyilangkan tangan pada dada.

"Fine,saya minta maaf okay?" ujar Raisyah.

"Tak ikhlas langsung..." bidas Azryan.

"Apa yang awak nak sebenarnya?" soal Raisyah mula meluat.

"Beritahu saya,siapa sebenarnya awak?" soal Azryan masih sangsi.

"Saya adalah kesatria dari Hawk Nation..." ujar Raisyah dan dia terkejut,kerana Azryan hanya merenungnya dengan aura menakutkan.

"Fine.... Saya beritahu awak..." jelas Raisyah sambil mengeluh.

"Good..." kata lelaki di hadapan dia,Raisyah hanya mampu mendecih.

"Saya adalah kesatria wanita dari negara Hawk berpangkat Valkryie,tujuan saya pada awalnya untuk memerhatikan Aurora.." jelas Raisyah.

"Jadi tujuan sekarang?" soal Azryan.

"Saya ingin mendapat misi baru,untuk menangkap wanita itu.." ujar Raisyah mengeluarkan telefon pintarnya,lalu ditunjukkan gambar Mariana.

"Siapa pula perempuan ni?" soal Azryan.

"Mariana de'Lance,dia pernah berkhidmat dengan Valkryie Hawk dalam tempoh lima tahun... Tetapi dia hilang selepas membunuh putera kedua negara Hawk..." jelas Raisyah.

"Mariana d'Lance.. Penjenayah ni ke?" soal Azryan mengeluarkan tabletnya,menunjukkan nilai buruan Mariana d'Lance.

"Bagaimana awak boleh ada senarai wanted?" soal Raisyah.

Senarai Wanted,ia adalah senarai yang ada pada setiap Pemburu Ganjaran atau lebih senang dipanggil Bounty Hunter.

"Nampaknya awak juga adalah Bounty Hunter?" soal Raisyah.

"Itu dulu..." jelas Azryan.

Raisyah hanya sekadar mengangguk,kemudian Azryan menghela nafas pendek. Azryan menghulurkan tablet tersebut padanya,Raisyah terkejut dan memandang muka Azryan.

"Saya dah lama tinggalkan kerja tu,awak ambillah sebab masih ramai penjenayah di luar sana.." ujar Azryan.

Raisyah mengambilnya yang pada mulanya terasa serba-salah,namun atas sebab tidak mahu kecewakan Azryan. Dia mengambil keputusan untuk menerimanya,Azryan hanya tersenyum sahaja.

"Raisyah,dengar nasihat saya.. Jika berdepan dengan penjenayah yang terlalu kuat untuk awak tangani,tolong berundur.. Tolong sayang nyawa awak tu..." ujar Azryan merenung anak mata Raisyah.

Raisyah tiada jawapan untuk membalas,Azryan bingkas bangun dan beredar meninggalkan Raisyah yang kematian kata-kata. Gadis itu menoleh ke arah Azryan yang beredar pergi,kenapa Azryan nasihat dia seperti itu.

Pesawat hitam meluncur atas laluan angin dengan laju,Alif mengemudi dengan muka bosan kemudian dia memerhatikan jam pada sebelah alat kemudi. Jam baru menunjukkan jam 7.40 malam,namun sedang dia mengemudi pesawat dengan tiba-tiba Alif merasai sesuatu.

"Tuan,ada bandar berhampiran..." ujar Jamie iaitu A.I pesawat mereka.

"Di mana? Rasanya kita boleh berehat..." kata Alif.

"Tidak tuan,bandar itu telah musnah tuan..." jelas Jamie memaparkan keadaan bandar yang musnah pada skrin.

"Holy cow..." ujar Alif tergamam.

"Hmm? Kapal nak mendarat?" soal Azryan yang sedang berjalan ketika itu.

Pesawat hitam itu mendarat di tengah-tengah kawasan bandar,bangunan yang ada sudah roboh manakala gerai-gerai berhampiran juga hancur bekas dibakar api. Mayat-mayat bergelimpangan,ada yang terbakar ada yang dalam keadaan tidak sempurna.

"Ya Tuhan...." Aurora berkata sebaik keluar dari perut kapal pesawat.

"Ini teruk... Semua tempat habis dimusnahkan..." ujar Alif berjalan memeriksa sekitar kawasan.

"Apa yang berlaku?" soal Raisyah pula.

"Ini bukan kerja manusia sudah pasti..." kata Azryan.

"Apa pendapat kamu Alif?" soal Rafaela.

"Ia kerja demon..." jelas Alif yang ketika itu sedang mengesan sesuatu,semua terkejut dan Alif mendecih.

"Demon tu semua adalah kerja manusia..." jelas Alif lagi dan sekali lagi mereka terkejut.

Alif menekap tapak tangan ke tanah,mata dipejam erat dan bulatan corak magis terhasil. Alif sedang mengaktifkan magis menyemak kawasan bandar tersebut,itulah salah satu kelebihan Alif. Dia hanya perlu menyemak kawasan bandar itu,lalu menjadikan dirinya umpama kamera kawalan tertutup yang bergerak.

"Ada yang terselamat..!" kata Alif terus bangun dan melompat tinggi.

"Semua ikut Alif!" arah Rafaela turut melompat mengejar anaknya.

"Baik...!" Aurora turut menyusul serentak bersama Rachel.

Azryan memerhatikan mereka semua pergi,Raisyah pula yang bersamanya hanya mendiamkan diri. Dia melangkah ke hadapan mengambil nafas,Azryan pula menyusul sambil mengeluh nafas pendek.

"Haih.…huh?" Azryan tersentak dan terus berpaling ke belakang.

"Kenapa Az-...." Raisyah yang menoleh ke arah Azryan kehairanan,namun dia terdiam dan membulatkan matanya.

Ini kerana di hadapan mereka ada seseorang berjalan ke arahnya,seseorang berkerudung menyembunyikan wajahnya. Aura gelap jelas dirasai dan Azryan serta Raisyah,bersiap-sedia dengan senjata masing-masing.

"Pergi dari sini!!"

Seraya orang itu berkata libasan aura gelap dilancarkan,Azryan dan Raisyah membulatkan mata mereka sebelum letupan yang kuat berlaku. Alif yang sudah jauh mendengar letupan tersebut,dia menoleh ke belakang dan menekan punat butang headphone yang sentiasa dipasang pada telinganya.

"Azryan? Apa yang berlaku?!" suara Alif kedengaran pada headphone si Azryan.

"Ada masalah sikit..." ujar Azryan tersenyum kelat.

"Apa maksud kau?" soal Alif lagi.

"Ada orang pelik... Aura gelap dia sangat kuat.. Sekarang aku dan Raisyah sedang berhadapan dengan orang tu!" jelas Azryan.

"Kau perlukan bantuan?" soal Alif.

"Tak payah kau uruskan sahaja hal kau.." balas Azryan.

"Okay... Hati-hati.." ujar Alif.

Suara Alif lenyap dan Azryan memandang individu misteri di hadapan mereka berdua,Raisyah siap sedia dengan pedangnya. Lelaki berkerudung itu pula sekadar membisu,dari kain kerudungnya yang labuh keluar sabit berantai.

"Hmph!!"

TUSSH!!

Rantai bersabit itu dibaling laju ke arah Raisyah terlebih dahulu,Raisyah sedar akan tindakan lelaki berkerudung lalu melompat mengelakkan serangan tersebut. Azryan mengacukan pistolnya dan tembakan dilepaskan,dia menggunakan pistol pemberian Ikhwan dengan mudah.

BLAM!!

BLAM!!

BLAAMM!!

Tembakan yang laju dielak dengan mudah oleh lelaki berkerudung itu,sebaik lelaki berkerudung mendarat keluar satu senjata kecil terbang ke arah Azryan dengan begitu laju. Azryan mengetap gigi dan cuba menembak satu persatu,Raisyah muncul di hadapannya dan menangkis setiap senjata kecil yang terbang ke arahnya.

TANG!!

TUSSH!!

KTANG!!

"Shuriken...." ujar Azryan.

"Ninja ke dia?" soal Raisyah masih bergaya berjaga-jaga.

"Nampaknya korang handal jugak huh?" soal lelaki berkerudung tersenyum sinis.

"Siapa sebenarnya kau huh?" soal Azryan berjalan dan berhenti di sebelah Raisyah.

"Orang yang akan mati,tak perlu tahu nama aku..." jelas lelaki berkerudung,Azryan tersengih dan menyimpan pistolnya.

"Azryan?"

Azryan tidak menjawab dan menyeluk ke dalam jaketnya,kemudian dia keluarkan semula tangan dia yang bersarung gauntlet. Azryan melakukan sedikit demonstrasi,penumbuk,sepakan berulang dan berhenti dengan menumbuk jalan bandar yang sudah terbakar teruk.

KRAANG!!

KLONG!!

Akibat tumbukan Azryan itu menghasilkan rekahan yang dahsyat,Raisyah tergamam dengan kuasa yang ditunjukkan oleh Azryan. Lelaki berkerudung itu mulanya tercengang,tersenyum teruja dan Azryan menghalakan tangan ke arahnya.

"Mari.. Aku tunjukkan siapa yang mati dulu..." ujar Azryan.

"Menarik budak!" kata lelaki berkerudung sambil menyeringai.

Pada masa yang sama Alif dan yang lain tiba di satu kawasan,agak jauh sedikit dari bandar dan kawasan situ terdapat sebuah rumah.

"Adakah okay biarkan Azryan dengan Raisyah?" soal Aurora.

"Jangan risau..." ujar Alif.

"Kamu percayakan kawan kamu tu ya?" soal Rafaela.

"Siapa sebenarnya Azryan tu,Alif?" Rachel menyoal.

"Azryan bukan sembarangan orang..." jelas Alif dan mereka bertiga kehairanan.

"Dia adalah bekas ninja yang pernah berkhidmat melindungi maharaja negara Sakura..." tambah Alif tersenyum.

Azryan mengesat peluh dan menghela nafas pendek,Raisyah tergamam kerana terkejut dengan apa yang dia saksikan. Lelaki berkerudung itu pula sudah mati melekat pada dinding,dengan kesan bersilang X.

"Baiklah selesai... Mari pergi.." ujar Azryan.

"Err... Baiklah.." Raisyah hanya mampu menurut sahaja.

Azryan berjalan selamba melalui kawasan jalanraya terbiar,kemudian dia masuk semula ke dalam perut kapal sambil disusuli oleh Raisyah. Azryan terus ke kokpit jurupandu,enjin kapal dihidupkan dan kapal pesawat terapung lalu terus meluncur laju pergi.

Raisyah tertanya-tanya siapa sebenarnya Azryan,dia menyaksikan bagaimana Azryan mengalahkan lelaki berkerudung itu dengan hanya satu serangan sahaja. Namun sebelum lelaki berkerudung itu mati,dia sempat sebut sesuatu.

"The Beast....."

Siapa sebenarnya Azryan?

Apa Identiti sebenar dia?


























Hey guys

Sorry kalau lambat update

So how's going my story?

Puas hati?

Hambar?

Bosan?

Sila komen dan vote

Okay ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top