CHAPTER 64 : DARK KNIGHT
Aurora bangun dari tidurnya kemudian menguap selepas termenung seketika,di atas katilnya dan turun dari situ lalu menuju ke arah bilik mandi. Aurora mencapai tuala yang disangkut di sebelah pintu bilik mandi,dia segera melangkah masuk ke dalam.
Air pancuran yang hangat menyegarkan Aurora,dia tersenyum menikmati mandi air panas. Wap mula terhasil dan Aurora mendengar bunyi aneh dari luar tingkap bilik mandi,Aurora merenung tepat arah tingkap.
Alif berada di hadapan tingkap bilik mandi Aurora,dia tersengih sumbing lalu memanjat ke atas pokok. Namun saat dia memijak dahan pokok,dengan tiba-tiba sahaja dahan itu patah lalu terjatuhlah Alif bagai nangka busuk ke tanah.
"Adododoi..." keluh Alif mengusap belakang badannya.
"Alif?" satu suara menegur dan Alif mendongak,dia terkedu apabila melihat Aurora menjengah dari tingkap tersebut.
"Aurora... Hai,pagi..." sapa Alif tersengih.
"Apa yang awak buat?" soal Aurora.
"Senaman pagi?" kata Alif menelan air liur.
"Senaman pagi di belakang bilik mandi orang?" soalan Aurora membuatkan Alif tersentak.
"Haha,saya...." Alif terkedu menelan air liur sekali lagi dengan renungan Aurora yang menakutkan,air panas menyimbah muka Alif tanpa dia sedar.
"ARGGHHHH...!!!!"
Jeritan itu mengejutkan semua orang,Azryan yang sedang membaiki sesuatu menoleh. Luqman dan Aila juga kehairanan,Alisa pula yang masak terkejut dan menoleh ke arah Ikhwan yang sedang membaca maklumat pada tablet visual.
"Bunyi apa tu?" soal Alisa.
"Entah..." jawab Ikhwan pendek dan enam Hunimal di Skuad Ghost terkejut bangun dari tidurnya kerana jeritan Alif.
Cip..
Cip....
"Panas la Aurora..." ujar Alif yang baru selesai mandi dan menuju ke dapur bersama Aurora.
"Itu yang awak dapat kerana nak intai saya..." jerit Aurora merajuk.
"Saya teman lelaki awak!" ujar Alif tidak puas hati.
"Itu tak bermakna awak boleh intai saya!!" bidas Aurora dan Alif tersentak,Aurora menyilangkan tangannya dan memalingkan pandangannya dari Alif.
"Awak patut tanya kalau nak..." ujar Aurora mukanya kemerahan menahan malu.
"Haa? Awak cakap apa?" soal Alif.
"Tak ada apa! Saya lupa awak tu miang!" jawab Aurora melangkah pergi meninggalkan Alif pergi.
"Sekurang-kurangnya saya cuma miang kat awak okay!" Alif mempertahankan dirinya,Aurora terhenti melangkah dan mukanya kemerahan.
Aurora segera mengapungkan batu yang berhampiran di luar kaki lima,dengan segera Aurora membaling terus ke arah Alif tanpa disedari oleh pemuda tersebut.
Alif terkejut apabila seketul batu terbang hampir mengenai mukanya,dia sempat elak dengan mudah dan batu tersebut ditahan dengan diapungkan oleh Aila yang bersama Luqman.
"Thanks Luqman.." ujar Alif.
"Aku tak kisah kalau kau nak geli-geli ke apa,tapi boleh tak ambil ruang..?" Luqman berkata dengan muka blur dan Aila pula air mukanya merah,Alif dan Aurora tersentak serta serentak merah padma muka masing-masing.
"Alif..." ujar Aurora menundukkan kepalanya.
"Eh?" Alif terasa tidak sedap hati,serentak lembingnya diseru.
"PERGI MATI!!" jerit Aurora.
"ARGHHH..!!!!"
Suasana dalam dapur agak senyap,Ikhwan hanya memerhatikan pasangan itu. Dia memandang ke arah Luqman,anak saudaranya tersengih terasa bersalah. Aila pula membantu Alisa menyediakan sarapan,ada juga butler membantu bersama maid yang bertugas namun Alisa sudah biasa melakukan kerja-kerja dapur.
"Hooaahh... Mengantuk... Eh?" Azryan menguap sambil melangkah masuk ke dalam dapur,namun dia kehairanan kerana Alif yang lebam matanya duduk bersebelahan Aurora.
"Apahal dengan mata kau?" soal Azryan sebaik duduk di hadapan Alif.
"Diamlah!" balas Alif pendek,Aurora pula masih merajuk.
"Sarapan!!" ujar Recca sambil memeluk Keith muncul masuk ke dalam dapur,Keith pula hanya kekal dengan muka tidak berperasaan.
"Bau sedap..." Aria menyusul bersama Felicia,Noir dan Milja masing-masing menggosok mata tanda masih mengantuk.
"Mari makan,banyak isteri saya masakkan untuk kamu semua.." ujar Ikhwan tersenyum.
"Baikkk....!!" serentak skuad Ghost itu menjawab girang kecuali Keith dan Felicia yang bagaikan tiada perasaan,Alif pula menghampiri Aurora yang merajuk.
"Sampai bila awak nak merajuk..?" soal Alif cuba memujuk,Aurora hanya kekal menyuap dan terus menyuap sarapan.
"Saya minta maaf okay? Tolong maafkan saya okay?" pinta Alif lagi dan Aurora masih lagi mendiamkan diri.
Alif hanya menghela nafas pendek,kemudian terus menghabiskan sarapannya. Semua memandang ke arahnya kecuali Aurora,sebaik sahaja dia habis makan segera cuci pinggangnya.
"Sixth,saya keluar dulu.." ujar Alif.
"Tiada masalah,ke mana?" soal Ikhwan.
"Cuma senaman pagi sahaja... Jumpa nanti..!" Alif segera beredar.
Semua hanya sekadar memerhatikan Alif pergi sehingga tidak kelihatan bayangnya,kemudian semua memandang ke arah Aurora. Sebaik sedar dirinya direnung oleh mereka semua,Aurora menghela nafas pendek.
"Apa?"
"Jangan 'apa' dengan kami..." ujar Ikhwan dengan muka menakutkan,Aurora tersengih kelat sebaik Ikhwan menunjukkan reaksi itu.
"Maaf..." Aurora mengalah.
"Kenapa kau buat macam tu? Alif dah minta maaf bukan?" soal Ikhwan.
"Dia tak nampak bersungguh pun,saya cuma nak tengok kesungguhan dia je..." kata Aurora memberi alasan.
"Jangan harap..." Azryan mencelah dan semua memandangnya.
"Kenapa pula?" soal Luqman.
"Sebab orang tu,tak pandai memujuk.." jelas Azryan dan semua berpandangan,kecuali Aurora terkebil-kebil sahaja.
Alif melompat dan terus melompat dari dahan pokok ke dahan pokok yang lain,dia menghela nafas pendek dan sebenarnya dia tidak pandai nak memujuk perempuan. Dia mendarat di sebatang dahan pokok yang besar,sambil menggaru rambut dan menghela sekali lagi.
"Aku merantau lama,mana la tahu tentang perhubungan..." ujarnya sendirian.
"Bagaimana pula masa kau cium dia?.." soal Wukong.
"I-itu pengetahuan am..." kata Alif.
"Banyaklah pengetahuan am...haih.." Wukong menggelengkan kepala.
"Diamlah Wukong...tak payah sibuk!"
"Fine.. Apa-apa sahajalah..."
Suara Wukong terus tidak lagi kedengaran,dia bersila memerhatikan keadaan hutan di situ. Sedang dia membuang masa,tiba-tiba sahaja dia mendengar satu suara. Apabila dia menjengah ke bawah,kelihatan seseorang yang amat dia kenali.
"Raisyah?" soal Alif dalam hatinya.
"Kumpulan satu pergi ke barat,kumpulan dua ke utara... Selebihnya,tunggu arahan dari saya.." ujar Raisyah dengan tegas.
"BAIK KAPTEN!!" semua orang yang diarahkan oleh Raisyah,berpakaian uniform negara Hawk.
"Nampaknya seperti yang diberitahu oleh Aurora.. Dia memang pahlawan Hawk.." ujar Alif sendirian.
Alif hanya memerhatikan sahaja Raisyah memberi arahan pada skuad arahannya,dia sekadar tersenyum sahaja dan menghela nafas pendek.
BRAAMM!!
KLONG!!!!
Alif tersentak begitu juga Raisyah,letupan tidak jauh dari skuad Raisyah berada. Asap tebal akibat letupan itu terhasil,Raisyah pula berjalan ke hadapan manakala tangannya pada pedangnya.
"Ha..." kedengaran suara seseorang,Raisyah menghunuskan pedangnya.
ZRASSHH!!
ZWOSSHH!!
Asap yang tebal terus hilang dari pandangan,dan seseorang berdiri dengan gaya baru sahaja melibas pedangnya. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi oleh topeng zirah,orang misteri itu memakai perisai pahlawan lengkap satu badan. Alif menyedari di belakang pahlawan zirah itu,ada seekor harimau putih yang turut berzirah.
"GRAAHHH!!!!"
Pahlawan berzirah itu mengaum sekuat hati,Alif dan Raisyah terkejut kerana tekanan hasil dari ngauman mengakibatkan tiupan angin kencang.
"Tak guna... Siapa kau ha?!"
Pada masa yang sama Ozmandiyas tersenyum sinis sambil duduk,di hadapannya ada sebuah monitor gergasi menunjukkan Raisyah berhadapan dengan pahlawan berzirah itu.
"Baiklah,tunjukkan kekuatan kau... Black Knight..." ujar Ozmandiyas tersengih manakala Alif pula menggosok kepalanya.
"Another trouble..."
So guys
Apa yang akan terjadi selepas ini?
RAISYAH VS DARK KNIGHT?
or...
Maybe
ALIF VS DARK KNIGHT?
Stay tuned for more updates
So that's it for now
See ya!
Ciao!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top