CHAPTER 62 : INVESTIGATION NOT GOING WELL


Qatariz bersama Mirana serta Rachel,bertenggek di dahan pokok besar. Mereka memandang ke sebuah bangunan lama,di tengah-tengah hutan belantara yang menjalankan eksperimen misteri.

Kenapa mereka berada di situ?

Ini kerana Ikhwan telah letakkan Qatariz,Mirana dan Rachel di satu kumpulan,juga tidak lupa Aminudden bersama Hikari bersama mereka cuma berlainan lokasi jauh sedikit daripada mereka.

"Bangunan lama di tengah-tengah hutan belantara..." ujar Mirana menoleh ke arah Qatariz.

"Terlalu mencurigakan.." Rachel menyokong kata-kata Mirana.

"Uncle Riz,Aminudden di sini..." suara Aminudden menegur dari earphone kecil yang diselit pada telinga Qatariz.

"Uncle Riz ni,ada apa-apa ke?" soal Qatariz.

"Bagaimana dengan security?..." soal Aminudden pada alat komunikasi dan Qatariz memandang ke arah Mirana kemudian mengangguk,Rachel faham akan isyarat Qatariz lalu mengeluarkan binokular.

"Menara pemerhati ada dalam sepuluh...kena jatuhkan dua di hadapan..." jelas Rachel sambil perhatikan semua menara itu.

Qatariz dan Mirana berpandangan kemudian mengangguk,Rachel pula mengeluarkan senapang miliknya dan menarik laras. Qatariz tersengih kerana Rachel faham apa yang dia akan lakukan,Mirana dan dia segera turun dan berlari laju dengan secara senyap.

Rachel memerhatikan bangunan itu menggunakan binokular pada senapang jarak jauh,kemudian menjilat bibir dengan gaya menggoda dan picu ditarik tepat mengenai pengawal yang berada di atas menara pemerhati.

Aminudden pula bergerak di sebalik semak-samun yang tebal,Hikari mengekorinya dari belakang tanpa menghasilkan bunyi sedikit sekali pun. Sebaik tiba di satu tempat Aminudden mencapai tangan Hikari kemudian pedang diseru,segera Aminudden merejam ke dalam salah satu menara akhirnya mereka berdua warp masuk ke dalam menara tersebut.

"Kau?!" dua orang pengawal terkejut dengan kehadiran Aminudden dan Hikari.

"Hiyark!!" Aminudden segera meluru dan menghentak kepala dua orang pengawal itu.

"Nice shot dear..." puji Hikari dan Aminudden tersenyum sahaja.

Qatariz menghempas pengikut yang berkawal di bawah ke dinding,Mirana pula menjatuhkan pula yang berada di atas menara. Aminudden dan Hikari pindah dari menara ke menara lain,menggunakan teknik warp Aminudden.

KRAKK!!

PRAAAKK!!

Akhirnya Aminudden dan Mirana berjaya menjatuhkan kesemua pengikut yang berada di atas menara,Rachel yang menyaksikan keadaan hanya mampu tersenyum kelat kemudian dia sedar seseorang pengikut yang berkawal di atas bumbung dan membidik tepat pada kepala orang tersebut.

TUSSH!!

Tepat mengenai sasaran dan Aminudden bersama Hikari bergerak ke lokasi lain,semua musuh yang berkawal telah ditumpaskan dan kini hanya tinggal menyiasat apa yang berada di dalam bangunan terbiar itu.

"Semua sedia...?" soal Qatariz.

"On your mark uncle Riz..." balas Aminudden.

Qatariz bersama Mirana serentak menerjah masuk disusuli Aminudden dan Hikari,namun bangunan itu tiada penghuni. Qatariz meninjau-ninjau keadaan sekeliling,namun hampa dan apa yang mereka dapat hanyalah mesin lama.

"Tak ada apa..." jelas Aminudden.

"Pelik..kenapa mereka kawal tempat yang tiada orang?" soal Hikari memeriksa keadaan mesin lama itu.

"Apa motifnya?" soal Qatariz sendirian.

"Saya hidu bau yang mencurigakan..." jelas Mirana.

Klik!

Mereka berempat menoleh ke satu arah,mesin yang berada di hadapan mereka terbuka satu tempat komponen dan menunjukkan kiraan nombor. Hikari tergamam dan Mirana mengetap gigi,Aminudden dan Qatariz berpandangan.

"IT'S BOMB!!"

BOOMM..!!!!

Bangunan itu terus hancur dan Rachel terkejut,dia hampir terjatuh akibat tiupan angin kencang dari hasil letupan itu.

Dia mula tertanya apa yang berlaku dan kenapa bangunan itu meletup?

Rachel lebih risau mengenai Qatariz dan yang lain,dia perhatikan bangunan yang hancur itu dengan teliti. Dia ternampak puluhan pedang dibentuk bulatan,seperti melindungi sesuatu dan sebaik sahaja pedang itu semua lenyap kelihatan Aminudden termengah-mengah. Hikari memapahnya dan Qatariz menghela nafas lega,Mirana hanya sekadar mendiamkan diri.

"Nasib baik Am sempat bertindak..." jelas Qatariz.

Sewaktu letupan itu Aminudden menyeru Ribuan Pedang,dia bentukkan seperti perisai bulatan melindungi mereka semua.

"Ha... Damn it..." keluh Aminudden.

"Abang,ambil nafas panjang-panjang...tenang.." Hikari memujuk dan Rachel menghela nafas lega,namun dia menyedari sesuatu kemudian memandang ke satu arah.

"Hey korang!" Rachel menjerit.

Qatariz menoleh ke arah Rachel namun ternampak puluhan peluru berpandu,meluru ke arah mereka dengan laju dan Qatariz mengetap gigi.

BOOMM!!

BOOMM!!

Letupan terhasil sekali lagi dan dari jauh di mana lautan berdekatan terdapat beberapa kapal perang,seseorang memerhatikan menggunakan binokular. Lelaki itu adalah kapten kapal laut yang melepaskan peluru berpandu itu semua,yakin sasarannya sudah dihapuskan dia menghela nafas pendek.

Namun itu hanyalah sangkaan dia sahaja,seekor naga hitam terbang terapung di hadapan kapal itu semua. Kapten kapal itu terkejut dan tertanya-tanya dari mana datang naga di hadapannya,naga hitam itu kelihatan amat marah dan mengangakan mulutnya lalu bersinar.

"Apa?" soal kapten kapal itu.

"MATILAH KORANG SEMUA!!"

ZWOOSHH!!

BRAAM..!!!

Letupan kuat berlaku sebaik semburan cahaya mengenai pada beberapa buah kapal perang,setelah yakin semua kapal itu telah dihancurkan naga hitam tersebut tubuhnya bersinar berubah menjadi kecil. Wajah Qatariz kelihatan sambil menghela nafas pendek,dia memandang semula ke arah pelindung separa bulatan. Rachel menghela nafas lega dan bangkit dari terus melutut separuh kaki,dia segera melompat menuju ke arah Aminudden dan yang lain.

"Nasib baik aunt Mirana sempat bertindak..." ujar Aminudden yang dipeluk oleh Hikari di belakang Mirana.

"Terima kasih auntie!" Hikari berkata dengan nada lega,dia masih memeluk Aminudden.

"Asalkan kita tak apa-apa.." kata Mirana mematikan kuasa pelindung miliknya.

"Kita kena laporkan pada Ikhwan,kita tak boleh stay sini lama-lama...." jelas Rachel mendarat di hadapan mereka.

Qatariz mendarat di sebelah Mirana,dia turut mendengar cadangan Rachel. Mereka berbalas pandangan kemudian mengangguk,sepakat harus laporkan perkara ini kepada Ikhwan untuk tindakan selanjutnya.


ALTERA MIKAELA




















Hello guys

Apa khabar semua?

Khabar baik atau sebaliknya,harap semua baik-baik sahaja.

Kekal positif menghadapi dugaan ya.

Baiklah kawan follower dan reader

Seperti biasa,sila tinggalkan vote dan komen untuk peningkatan cerita

Ciao!

Jumpa di chapter seterusnya!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top