CHAPTER 153 : TWIN RAMPAGE
Letupan yang kuat berlaku,Hafez melompat berpusing ke belakang sebelum mendarat kemas. Zombie dan makhluk hitam legam masih mara,namun benda itu berhenti bergerak dan hancur seperti debu.
Fasha menarik pedang menjadi normal semula,dia terkebil-kebil menyaksikan apa yang berlaku. Erica,Jeanne dan Sakuya berpandangan.
"Apa yang berlaku?" soal Sakuya.
"Jangan tanya saya.." balas Jeanne.
"Awak tahu sesuatu Hafez?" soal Erica menoleh ke arah Hafez.
"Aku harap aku tahu..." jawab Hafez.
Pada masa yang sama juga,Luqman dan Aminudden berdiri sambil menghadapi antara satu sama lain. Mencari jawapan untuk fenonema tadi,bercantum tubuh?
"Aku tak boleh nak berfikir..." ujar Luqman.
"Aku pun sama... Apa yang berlaku?" soal Aminudden serabut.
"Aku dan kau gabung badan?" soal Luqman kehairanan.
"Jangan tanya..." balas Aminudden.
"Tapi boleh tahan kuat gak kan?"
"Urghhh... Jangan suka sangat,aku bukan gay..."
KUKK!!
"GAY KAU! KITA CANTUM BADAN BUKAN CUCUK JAMBAN BABI!!" Luqman berkata dengan bengang,sambil memandang Aminudden yang mencangkung memegang kepalanya tumbuh benjol berasap.
"Kau tak perlu ketuk aku!" ujar Aminudden menahan sakit.
"Kau patut kena lebih dari tu.." balas Luqman pula menggelengkan kepala.
Tiba-tiba bunyi seperti lagaan pedang kedengaran,membuatkan Luqman dan Aminudden memandang ke satu arah.
KRAANG!!
KTANG!!!
ZTANG!!
Lagaan pedang berlaku di antara Alia dan Mercury,Alia muncul dari belakang lalu melepaskan tembakan elemen angin. Mercury tersentak dan menarik pisau yang disisip pada pinggang,lalu menangkis dengan mudah.
Alia mengalirkan api merah dan mengejutkan Mercury,semburan api kuat mengenai tubuh Mercury dan menolaknya ke belakang menyeret. Mercury hanya menghela nafas pendek,sebelum melibas memadamkan api tersebut.
Alia hanya memerhatikan sahaja,Aila pula yang berada di sebelah turut berbuat demikian. Pedang katana digenggam erat,Alia pula melenyapkan pedang disimpan semula.
"Kau simpan pedang kau?" soal Mercury.
"Ya.. Jadi apa? Ada masalah?" soal Alia.
"Kau nak lawan tanpa guna senjata? Hilang akal?" soal Mercury lagi,Alia tersenyum dan penumbuknya diselubungi api merah.
"Kau tak tahu apa-apa..." balas Alia.
Mercury tersentak sebelum bersiap-sedia,suasana menjadi tegang dan Aila mengangkat sedikit pedang ke atas. Alia pula merendahkan posisi badan,api marak dan sekelip mata Alia sudah berada di belakang Mercury.
ZTANGG!!!
Tumbukan Alia ditahan oleh Mercury,tumbukan Alia begitu kuat sehingga Mercury menyeret ke belakang sedikit. Namun Aila sudah meluru ke arahnya,Mercury mendecih dan back-flip untuk mengelakkan dari diserang oleh Aila.
Alia merapatkan kedua-dua tapak tangannya,kemudian api marak keluar dari permukaan tapak tangannya. Alia menjarakkan semula tangannya,api marak menyelubungi kedua-dua penumbuk Alia dan membentuk sarung tangan berwarna merah jalur keemasan.
Mercury tidak tahu apa yang ingin dilakukan oleh wanita itu,tetapi dia tahu apa sahaja tindakan Alia amat berbahaya untuk dia. Penumbuk Alia kepal dan pada masa yang sama,Luqman dan Aminudden muncul tidak jauh dari tempat mereka bertarung.
"Apa yang Alia pakai pada tangan dia?" soal Luqman.
"Kau buta ke? Sarung tangan kan?" balas Aminudden tersengih.
"Bukan itu maksud aku sengal.. Aku dapat kesan kuasa yang amat kuat dari sarung tangan Alia pakai tu.." jelas Luqman.
"Itu teknik kuasa rekaan dan itu adalah ability dia sebagai Cpu-Biology .." jelas Aminudden.
"Apa?" Luqman terkejut.
"Cpu-Biology Ability.. C-BA..kalau sebutan kod mereka..." tambah Aminudden.
"Aku tak tahu pula Alia mempunyai skill tu,aku fikir kuasa api dia.." ujar Luqman tidak percaya.
"Grandpa Zahari ada beri penerangan.. Setiap Cpu-Biology ada kelebihan masing-masing.. Contoh macam kak Aila,Weapon Summoner.. Auntie Alisa pula lain,dia adalah All-Creator.." jelas Aminudden.
"Macam tu... Betul ke kau ni adik aku?" soal Luqman kehairanan.
"Apa maksud kau?" soal Aminudden pula.
"Kau boleh bagi penerangan yang teliti.. Mustahil kau adik aku yang otak burung.." ujar Luqman memberi penjelasan.
"Oi!"
Alia mengelak ke tepi apabila Mercury menujah pedangnya,sebaik berjaya mengelak ke tepi kiri Mercury. Alia segera menarik penumbuknya ke belakang,api marak mula menyala membahang.
"Ouh shit,I can't dodge..!" ujar Mercury dalam hati.
"FLAME UPPERCUT!!"
ZRASSHH!
ZWOSSH!!
Mercury tercampak melambung sebelum jatuh tidak jauh di hadapan Alia,wanita itu kembali bangun dan Alia hanya berdiri menunggunya. Mercury cedera sedikit dan merenung ke arah Alia,dia benar-benar hilang sabar.
"Berani kau cederakan aku?!" jerit Mercury dan aura biru gelap,menyelubungi seluruh tubuhnya.
"Hati-hati milady,dia mula tingkatkan kuasanya..." ujar Ruby iaitu Phoenix Haiwan Spirit miliknya.
Aila menumpukan kuasanya dan bilah katana miliknya,bersinar warna cahaya kehijauan. Tanpa memberi isyarat segera Aila meluru ke arah Mercury,terkejut dengan tindakan Aila segera Mercury menghayunkan pedangnya.
KRAANG!!!
Mereka berlaga pedang dan bunyi yang nyaring terhasil kuat,Alia hanya menjadi penonton kerana terkejut dengan tindakan Aila.
"Wow.. Isteri kau boleh tahan gak eh bang?" soal Aminudden.
"Diam dan tengok..." ujar Luqman.
Tangkisan dan lagaan pedang berlaku dengan hayunan yang amat laju,sehingga menghasilkan tiupan angin. Sekeliling tempat bergoyang,daun-daun kering berterbangan.
TANG!!
KTANG!!
ZTANGG!!
Aila menarik pedang ke belakang,lalu melakukan tujahan dan Mercury menahan. Pedang katana bergeser pada bilah pedang milik Mercury,sebilah lagi pedang Mercury capai dan hayunkan ke arah Aila.
"Aila!!" Luqman mula risau dan Aminudden ingin mara.
KRAANG!!!
Alia muncul dengan menahan serangan Mercury,suasana menjadi tegang dan sunyi sekadar bunyi angin bertiup lembut.
"Alia!" Aila agak terkejut.
"Ingat sikit,bukan awak seorang yang berlawan..." ujar Alia pula.
Alia terus menekan dan menolak perempuan itu dengan kasar,lalu Mercury terseret ke belakang dek perbuatan Alia. Luqman tergamam dan Aminudden tepuk tangan,Luqman menjeling ke arah adiknya.
"My wife save your wife.." ujar Aminudden tersengih.
"Urghh... Shut up..!" kata Luqman jengkel.
Alia memusingkan lengannya,sarung tangan dia periksa dan ternyata masih elok. Dia memandang ke arah Aila,mereka berdua berbalas pandangan.
"Kita kena bekerjasama baru boleh tumpaskan dia..." jelas Alia.
"Ouh my... Saya tak percaya.." kata Aila.
"Apa maksud awak?" soal Alia.
"Tak ada apa,cuma...." ujar Aila pula.
"Cuma apa?" soal Alia.
"Tak sangka kita dapat lawan bersama-sama..." jelas Aila dan Alia agak terkejut kemudian tersenyum.
"Sebab kita sibuk uruskan keluarga..." ujar Alia dan Aila ketawa kecil.
"Hehe.. Betul tu.." balas Aila.
"Korang dah habis berbual?" soal Mercury dengan kuasanya semakin meningkat.
"Ya...terima kasih kerana menunggu.." ujar Alia.
"Mari kita mulakan semula.." balas Aila pula.
"Huh... Menyusahkan.." kata Mercury menghunuskan kedua bilah pedangnya.
Suasana menjadi sunyi dan tegang,mereka bertiga mendiamkan diri dengan posisi bersiap-sedia. Daun-daun mula gugur dan sebaik jatuh ke tanah,mereka bertiga bertembung dengan sekelip mata.
Alia menumbuk dan Aila melibas,Mercury menangkis kemas dan lagaan tinju serta pedang berlaku. Alia ke belakang beberapa langkah,api marak di tangan dan menembak ke arah Mercury.
Aila back flip ke belakang dan melepaskan gelombang potongan,ke arah Mercury dan menolaknya ke belakang menyeret. Mercury hanya menghela nafas pendek,dia merenung ke arah dua orang wanita di hadapan dia.
"Kamu berdua mampu mendesak aku.. Boleh tahan..." ujar Mercury.
"Apa yang kau nak buat? Menyerah sahaja.." kata Alia.
"Menyerah? Hehe... Jangan harap.." balas Mercury ketawa dengan menyeramkan.
"I feeling a chill..." ujar Aminudden.
"Can you just shut up your mouth?" Luqman berkata bengang.
"I'll show you my true power,and feel the true despair..." ujar Mercury terus tubuhnya diselubungi aura gelap.
Aura kuasa berwarna hitam kebiruan,menelan Mercury tanpa meninggalkan kesan. Aila dan Alia merasakan aura yang gelap,mereka berdua berpandangan dan tiupan angin kencang terhasil.
Aila dan Alia menghadang mata masing-masing,supaya tidak termasuk habuk dan memandang ke hadapan. Tetapi apa yang mereka nampak,membuatkan mereka hilang kata-kata.
Aura berwarna biru hitam,mulai menyerap masuk ke dalam tubuh di hadapan mereka. Aila dan Alia merasakan diri mereka seperti menggigil,Luqman dan Aminudden juga tergamam.
"Bagaimana bang?" soal Aminudden.
"Tak guna.." kata Luqman pendek.
Suasana menjadi sunyi seketika,Alia dan Alia mendiamkan diri. Mercury hanya merenung mereka,pedangnya bergerak ke dalam genggamannya. Sekelip mata dia sudah berada di antara Aila dan Alia,mereka tersentak dan Mercury menghayunkan pedangnya.
KRAANG!!!!
"AHH!!!" Alia tercampak kerana menangkis serangan yang ditujukan pada Aila.
"ALIA!!" Aila risau.
Mercury menyerang ke arah Aila pula,dia segera menahan dengan senjatanya. Tetapi itu membuatkan dia tercampak,Aila bergolek sebelum melanggar pokok. Alia bangkit dan rambutnya mengibar,merah warna rambutnya bersinar dan terus meluru ke arah Mercury.
KBANG!!!
"HOW DARE YOU HURT MY SISTER?!" Alia menjerit dan penumbuknya ditahan oleh Mercury hanya menolak Alia ke tepi.
Alia berguling di tanah dan kembali berdiri,dia dan Mercury berbalas renungan. Aura yang dirasai daripada Mercury,bukan boleh dibuat main.
"Don't worry,you'll die without feel the pain.." Mercury sekelip mata beralih di belakang Alia.
Alia menangkis serangan Mercury,lalu dia membalas dan tumbukannya tepat ke muka Mercury. Namun Mercury tidak mengalami kecederaan,Alia terasa senak kerana Mercury menumbuk perutnya. Dia tercampak di sebelah Aila,Alia mengerang kesakitan.
"Alia! Ergh..." Aila membantu Alia biarpun dirinya terasa sakit,Mercury meluru ke arah mereka dengan laju.
"DIE TOGETHER!!" Mercury menjerit.
KRAANG!!
ZTANGG!!
Luqman dan Aminudden muncul serentak menahan libasan dua pedang Mercury,Aila dan Alia terkejut kerana mereka tidak sedar diperhatikan oleh suami mereka. Malah mereka sudah berada dalam bentuk Thunder Hacker,serta Berserker Fury.
"What?!" soal Mercury.
"Wanna kill our wife?" soal Luqman dan Aminudden serentak,sebelum menyepak Mercury ke belakang.
"Urghh!! Damn you!!" Mercury menjerit geram
"OVER OUR DEAD BODY!" ujar Luqman dan Aminudden.
Mercury meluru ke arah mereka dan melibas pedangnya,Aminudden menahan kemas dia cuba melibas sebelah kiri tetapi mukanya dihinggap penumbuk oleh Luqman lalu terpelanting Mercury sekali lagi. Mercury mendecih geram lantas bangkit,dia mula marah dan kuasa semakin lama semakin meningkat.
"Aila..." Luqman memapah Aila untuk bangun,Aminudden juga membantu Alia.
"Sayang okay?" soal Aminudden risau dan Alia menggelengkan kepala tersenyum.
"You guys late.." ujar Aila dan Alia serentak,Luqman dan Aminudden tersenyum kelat.
"DAMN YOU MERE HUMAN!!" Mercury menjerit amarah yang tinggi menggunung.
Luqman dan Aminudden serta Aila dan Alia,memandang ke arah Mercury yang sedang marah. Auranya jelas semakin meningkat,Luqman dan Aminudden memandang isteri mereka berdua.
"Biar kami yang lawan.. Kamu berdua cover dari belakang.." ujar Luqman.
"Tapi..." Aila risau dan Alia tidak berkata apa-apa.
"Jangan risau kami berdua kuat.." balas Aminudden tersengih.
Aila terasa bahunya dipegang oleh Alia,dia memandang ke arah Alia dan mengatakan serahkan sahaja pada suami mereka. Aila hanya menghela nafas pendek,dia memandang Luqman dengan muka serius.
"Aila?" soal Luqman kehairanan.
"Don't you dare to lose..." jelas Aila dan Luqman yang terkejut,tersenyum begitu juga Aminudden.
Luqman dan Aminudden berpaling,mereka berjalan ke arah Mercury dengan muka yang tenang. Namun dari segi aura,mereka sedang menahan marah.
"Isteri kau kena pukul,kau selamba je bang.." ujar Aminudden.
"Siapa kata aku selamba?" soal Luqman dan Aminudden tersengih,mereka berdua berhenti sebaik hampir pada Mercury.
"Masa untuk lenyapkan dia dari muka bumi Mithgar..." ujar Luqman.
"Yeah.." jawab pendek Aminudden menghunuskan pedangnya.
Aminudden meluru ke hadapan dengan laju,Mercury merengus geram dan turut meluru ke arah Aminudden. Luqman yang mulanya meregangkan leher,menghalakan tangannya ke hadapan lalu senjata-senjata dia yang terapung menembak laser.
Mercury mengelak tembakan tersebut,lalu Aminudden memegang kuat hulu pedang dan melibas secara melintang. Mercury menahan dan terasa badannya mula ringan,tercampak jauh ke arah kanan dan terperosok bawah gunung.
Aminudden memusingkan pedangnya sebelum memecut semula ke arah Mercury yang sedang terkial-kial bangun,sedar kemaraan Aminudden segera dia menjerit kuat dan melepaskan gelombang ngauman.
Aminudden terkejut sebelum ditolak semula ke belakang,Aila dan Alia yang berpaut antara satu sama lain mengetap gigi. Luqman hanya tenang memerhatikan adiknya,Aminudden menahan sebelah tangannya yang tidak memegang pedang. Mercury hanya kekal melepaskan ngauman dia,gelombang yang amat kuat namun Aminudden tersengih.
"Kau ingat skill ni mampu halang aku?!" soal Aminudden seiring mencacakkan pedangnya ke tanah,sekelip mata ribuan bilah pedang terapung memenuhi seluruh kawasan.
"Tambah sikit..." ujar Luqman memberikan kuasa tambahan,iaitu kilat mengalir pada seluruh bilah pedang yang ada.
Aminudden memetik jari dan ribuan pedang yang terapung,terbang dan menyerang ke arah Mercury.
TUSSH!!
TUSSH!!!
TUSSH!!!
KRAANG..!!!
KTANG!!!
Mercury menjerit kesakitan kerana serangan ribuan pedang,mengenai dia tanpa henti sehingga Mercury melepaskan semua kuasanya. Luqman dan Aminudden menyedari tindakan Mercury,mereka berdua serentak menghasilkan barrier.
Seluruh kawasan mereput dek kuasa milik Mercury yang merebak,daun-daun dan pokok-pokok yang ada mereput sama. Luqman dan Aminudden menyedari apa yang berlaku,mereka mula marah dan terus mengurung Mercury dalam barrier yang mengecil cukup-cukup saiz Mercury.
"Apa?!" soal Mercury.
Aila dan Alia berdiri di sebelah Luqman dan Aminudden,mereka berempat faham apa yang harus dilakukan. Masing-masing menumpukan kuasanya,Luqman menghalakan tapak tangan ke hadapan lalu menghasilkan kepala naga berwarna keunguan.
Aminudden pula menyisirkan bilah pedangnya,api biru mula menyelubungi bilah pedang tersebut lalu membesar. Mercury meronta-ronta untuk lepaskan diri,namun gagal kerana kurungan itu amat kuat sebab gabungan kuasa Luqman dan Aminudden.
Aila dan Alia memberi kuasa tambahan pada Luqman dan Aminudden,nafas dihelakan oleh Luqman dan Aminudden dengan teratur. Tanpa kata-kata mereka mula menggerakkan badan,kuasa mereka sudah siap untuk dilepaskan.
"BLAZING CROSS SLASH!!!" Aminudden memulakan seiring Alia memberikan kuasa tambahan.
"THUNDER BREAKER HOWLING DRAGON!!" Luqman pula menyusul bersama Aila.
KRASSHH!!
HOOONGG!!!
Serangan berkembar itu sedikit demi sedikit,mula bergabung dan menghampiri Mercury terkurung.
"NO.. NO... NO WAY!!"
BRAAMM...!!!!!!
KA-BOOOMM!!!
Letusan berlaku dan menghasilkan impak gegaran yang amat kuat,Ikhwan yang berjalan di satu tempat bersama Alisa menyedari kuasa tersebut lalu tersenyum sahaja.
Luqman dan Aminudden melenyapkan bentuk terkuat mereka,kemudian melutut sebelah kaki kerana hampir kehabisan kuasa. Aila dan Alia juga sama,Luqman dan Aminudden memandang ke arah isteri masing-masing lalu berbalas senyuman.
Pada masa yang sama juga,Z berada berhampiran kawasan menyaksikan apa yang berlaku.
"Aku bertuah dapat saksikan kekuatan generasi pelapis kau Ikhwan.." ujar Z.
============================
Hello guys
Here update
Harap berpuas hati
Aku tak nak taip panjang²
Sila vote dan comment
Please
Thanks
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top