CHAPTER 145 : ANY LAST WORD?


Farhan dan Fara berdiri di sisi pesawat hitam,pesawat itu milik Alif dan yang lain hanya membuat hal sendiri. Azryan pergi membeli barang dapur,bekalan makanan dan keperluan dalam pesawat hampir kehabisan katanya.

Alif duduk di atas batu besar,dia hanya menghela nafas agak kepenatan. Aurora dan Altera di sisinya,dia memandang ke arah Farhan dan Fara. Seseorang dalam keadaan duduk di atas tanah,serta dengan diikat kemas.

"Apa hal aku kena ikat ni woi?!" soal Merlin geram.

"Aku tak nak bagi kau larikan diri..." jelas Farhan.

"Perlu ke kau ikat guna ikatan magis level tinggi?!" soal Merlin.

Farhan hanya tersenyum sahaja,Fara pula menggelengkan kepala dan memandang ke arah Alisa yang sedang berbual dalam talian.

"Baiklah,saya sudah buat apa yang abang suruh..." ujar Alisa.

"Bagus..pastikan dia tidak lari.." kedengaran suara Ikhwan di hujung talian.

Ikhwan ketika itu berada di satu tempat,Z turut bersamanya dan tempat itu seperti perpustakaan. Rak-rak buku tersusun rapi dengan penuh buku tebal,sambil tangan memegang telefon dan sebelah tangan mencari-cari buku.

"Abang ke mana?" soal Alisa.

"Ada sesuatu yang ingin abang siasat.." jelas Ikhwan.

"Perlukan bantuan?" soal Alisa lagi.

"Jangan risau,nanti abang akan ke sana.. Serahkan pada Farhan sahaja..." jelas Ikhwan tersenyum.

"Abang..." ujar Alisa lembut dan Ikhwan menjeling ke arah telefon.

"Jangan lama sangat..." ujar Alisa lagi dan Ikhwan tersenyum sambil menghela nafas pendek.

"Jangan risau.. Suami kamu ni,kuat..." jelas Ikhwan tersengih.

"Okay.. Jumpa nanti..." kata Alisa menamatkan talian.

Sebaik sahaja tamat panggilan,Ikhwan menyimpan semula telefon pintar miliknya. Dia mencari-cari sesuatu,dan bahunya terlanggar rak buku. Sebuah buku terjatuh dan Ikhwan mengambil,dia agak terkejut kerana tajuk bukunya.

FIVE SHINING STAR

"Buku ni...." ujar Ikhwan berfikir sejenak.

Alisa menyisirkan rambutnya dan berjalan ke arah Farhan serta Fara berada,Merlin dipandang dengan renungan yang dingin. Merlin hanya menghela nafas pendek,dia tersenyum sahaja memandang ke arah Alisa.

"Hello beautiful lady.. Are you free? How about we go out for a drink...?" soal Merlin dengan selamba.

"Dalam keadaan macam tu pun kau nak ganggu bini orang?" soal Farhan ingin mara tapi dihalang.

"Alisa...?" soal Farhan.

"Jangan risau.. Saya tahu apa yang saya lakukan..." jelas Alisa.

Farhan hanya mengangkat bahu,kemudian memberi isyarat tanda menyuruh Alisa lakukan apa yang dia ingin lakukan. Merlin hanya tersenyum sahaja,melihat kecantikan Alisa dan membuatkan ingin memikat wanita di hadapannya.

"Sorry,you request I can't accept it.." ujar Alisa tersenyum dan Merlin terkejut.

"Why not? It's on me..." Merlin memujuk.

"Because I'm someone wife.. And you're not my taste....." ujar Alisa.

"Who cares?" soal Merlin dan air muka berubah sedikit.

"I care.. Because it's my loyalty to my husband..." jelas Alisa.

"What a joke..." ujar Merlin dan Alisa mula menunjukkan perubahan air muka.

"Cari nahas betul mage tu.." Farhan berkata sambil memeluk tubuhnya,Fara pula tersenyum kelat.

"Fine..." ujar Alisa tangannya bersinar biru ais,Merlin merasakan aura yang kuat datang daripada Alisa.

"Apa yang kau nak buat?" soal Merlin mula cuak,rambut Alisa berubah menjadi putih salji.

"Froze.." ujar Alisa.

Merlin terbeku sepenuhnya dan Farhan serta Fara,hanya mampu tersenyum sahaja melihat keadaan tersebut. Alisa hanya menghela nafas pendek,Alif,Aurora dan Altera tergamam. Farhan menghampiri bongkah ais yang mengurung Merlin,Fara memerhatikan Alisa dan Farhan mengetuk ais tersebut.

"Hello wizard bangang,kau hidup lagi kat dalam tu?" soal Farhan.

"KAU NAK BUNUH AKU KE HA? MARILAH LAWAN DENGAN AKU PEREMPUAN TAK GUNA!" suara Merlin dari magis telepati kedengaran kuat.

"Kau duduk diam je la kat dalam..." ujar Farhan menghela nafas pendek.

"Apa yang berlaku?" soal seseorang mendarat di hadapan mereka,Farhan tersenyum sahaja.

"Yo Arjuma.. Maaf la sebab susahkan kau.." ujar Farhan dan memandang ke belakang Arjuma,Fasha dan Gawanye hanya berdiri mendiamkan diri sebelum kehairanan.

"Hey..." sapa Fasha mengenyitkan matanya dan Farhan pula menggelengkan kepala.

"Itu Merlin bukan?" soal Gawayne.

"Haah... Dia kawan kau..." jelas Farhan mengetuk bongkah ais.

"Dia bukan kawan aku.." ujar Gawayne dan berjalan menghampiri bongkah ais itu.

"Aura ni.. Kau ke Gawayne?" soal Merlin dari dalam bongkah ais itu.

"Aku agak kagum..." ujar Gawayne menoleh ke arah Alisa.

"Lepaskan aku Gawayne! Aku nak kejar si Luiz tu!" kata Merlin.

"Maaf la.. Aku tak akan buat.." jelas Gawayne dan semua terkejut kecuali Farhan hanya tersenyum simpul,Alisa pula tidak menghiraukan mereka.

"Berani kau? Kau lupa siapa yang hidupkan kau semula hah?!" soal Merlin hilang sabar.

"Aku tak terfikir untuk hidup semula.." jelas Gawayne.

"Apa kau kata?" soal Merlin.

"Aku lebih selesa menjadi mayat reput dari menghancurkan dunia... Lepas aku tengok keadaan sekarang,keputusan aku memang tepat..." kata Gawayne.

"SIAL KAU!!!" Merlin berkata bengang.

"Diamlah!"

DUUUSSH!!

Arjuma menyepak bongkah ais itu,lalu berguling beberapa kali sebelum berhenti. Alif bersorak kagum kerana bongkah ais itu amat keras,ini sebab baru sahaja disepak oleh Arjuma tetapi tiada kesan. Arjuma pula mengusap dagu,dia sedang memikirkan sesuatu.

"Hey Han,Ikhwan datang sini nanti kan?" soal Arjuma selepas berfikir agak lama.

"Dia kata lambat sampai.. Kenapa?" balas Farhan menyoal semula.

"Kau bosan?" soal Arjuma tersenyum dan Farhan mengerutkan dahi.

"Boleh tahan la,kenapa?" jawab Farhan kemudian menyoal.

"Aku ada idea bagaimana nak hilangkan bosan tu..." jelas Arjuma tersenyum sinis sambil memandang ke arah bongkah ais itu.

"Hey budak rambut merah,nak join tak?" soal Arjuma pada Alif.

"Hah?" Alif kehairanan.

Tidak lama lepas itu.....

"Maaf lambat..." sapa Ikhwan pada Alisa yang berbual bersama Fara dan Aurora.

"Tak apa,mereka tengah berlatih main bola tu..." ujar Alisa memberi jawapan.

"Main bola?" soal Ikhwan.

KLONG!!!

"Tengok sana..." ujar Fara dan Ikhwan menoleh.

"Arghhhh!!! Hentikannya!!" Merlin menjerit kerana bongkah ais yang mengurung dia melambung beberapa kali.

Farhan menumbuk dan dihalakan ke arah Alif,manakala Alif pula memegang tongkat emas dan memukul lalu dihalakan ke arah Arjuma. Tangannya dirapatkan dan dijadikan seketul penumbuk,dia tersengih dan Merlin mukanya jadi biru.

"Oreeahhhh!!!" Arjuma melambungkan bongkah ais macam bola tampar.

"Budak rambut merah,smash!!" ujar Arjuma dan Merlin memandang ke belakang,mukanya berpeluh kerana Alif sudah bersiap sedia memegang tongkatnya.

"MONKEY DUNK!!!" Alif menghayunkan tongkat,lalu bongkah ais menjunam ke bawah.

KRAANG..!!!!

Sebongkah ais terhempas di hadapan Ikhwan,manakala Ikhwan hanya mampu tersengih dengan keadaan Merlin yang berada di dalam bongkah ais itu. Mukanya menunjukkan sedang kepeningan,Ikhwan mengerutkan dahinya dan memandang ke arah Alisa. Isterinya hanya mengangkat bahu tersenyum,Fasha dari jauh hanya memerhatikan sahaja mereka berdua.

"Ha.. Ikhwan..sampai pun kau.." Arjuma menegur dan Farhan menyusul dari belakang.

"Yeah... And may I know what the heck you guys doing?..." soal Ikhwan.

"Haha... Well volleyball training..?" kata Arjuma tersenyum.

"Hah?! 'volleyball training' your ass!!! You just wanna kill me right?!" Merlin berkata tidak puas hati,Arjuma hanya ketawa sahaja.

"Berhenti ketawa la sial!!"

"Chef biasa buntut dia la.. " kata Farhan tersengih.

"Itu 7 pagi sampai 4 petang,sekarang dah pukul 5..." jawab Arjuma.

"Aku tahu dia musuh.. Tapi agak-agak.. Kesian dia..." ujar Ikhwan tersenyum menggelengkan kepala.

"Wan,dia cuba pikat bini kau.." kata Farhan pula dan Ikhwan terdiam,Alif hanya memerhatikan mereka dari jauh bersama Altera.

Farhan dengan poker face bersahaja,Merlin terkebil-kebil dan Arjuma berundur beberapa langkah ke belakang dengan muka tersenyum. Farhan hanya mendiamkan diri,Alisa dan Aurora serta Fara berpandangan. Fasha pula sekadar menghela nafas,Ikhwan menoleh ke arah Merlin dengan senyuman menakutkan.

"Kau cuba pikat isteri aku?" soal Ikhwan dan Merlin tersengih kelat.

"Eh? Apa? Isteri kau?" soal Merlin dan menoleh ke arah Alisa,dia tersentak dan memandang ke arah Ikhwan semula.

"Jadi ada kata-kata terakhir..?" ujar Ikhwan dan penumbuknya,menyalakan api warna biru.

"Huh? Sekejap..." Merlin tersengih tidak mampu berkata apa-apa.

Ikhwan menghayunkan penumbuk,lalu letupan bahang berlaku dan akibatnya Merlin kelihatan dalam keadaan hangus. Mulutnya mengeluarkan asap tebal kelabu,rambutnya pula mengerbang dan terus pengsan.

"Baiklah... Pertunjukan dah habis,angkut mamat ni dan campak ke dalam kapal!" ujar Ikhwan.

Azryan baru sahaja tiba dengan bekalan makanan,dia kehairanan apabila melihat Merlin yang dalam keadaan pengsan serta hangus. Tetapi masih lagi hidup diheret oleh Arjuma,kepalanya dan otaknya cuba berfungsi untuk mencari jawapan tapi gagal.

"Apa yang berlaku?" soal Azryan.

"Jangan tanya..." balas Alif.























============================

Hellooo guys

Alhamdulillah mood mengarang ada,jadi aku boleh berikan cerita yang menjadi bacaan hiburan kamu.

Harap setia sehingga hujung siri

Selepas itu aku boleh tidur lena haha

Itu je la

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top