CHAPTER 128 : I'M GONNA GET SERIOUS
Luqman dan Aminudden berjalan sambil membuka jalan,Intan pula mengesan kuasa dari dark orb. Mereka kena menemui sebelum pihak musuh,Intan menyedari bacaan kuasa lalu berlari melepasi dua orang abangnya.
"Intan?" soal Luqman.
"Kita dah semakin hampir! Cepatlah!!" kata Intan dan Luqman serta Aminudden berpandangan.
Luqman dan Aminudden sekadar berpandangan,mereka berbalas senyuman dan mengangkat bahu masing-masing. Intan berlari dan seseorang memerhatikan mereka,tangan kirinya bersinar lalu menyentuh batang pokok. Luqman menyedari sesuatu dan terus memecut ke arah adiknya,Aminudden kehairanan dengan tindakan abangnya itu.
"Oi.. Cepat-cepat apahal?"
"INTAN!" kata Luqman seraya memecut ke arah Intan dengan laju.
"Eh?" Intan kehairanan.
ZRAKK!!
ZRAKK!!
ZRAKKK!!!
Serangan akar keluar dari tanah dengan mengejut,namun Luqman sempat bertindak dan menyelamatkan Intan. Aminudden berjaya mengesan penyerang lalu menyeru salah satu bilah pedang,dia terus merejam pedangnya ke satu arah.
Individu itu berjaya mengelak dan keluar dari tempat persembunyian,dia mendarat di hadapan Aminudden dan Luqman memandang ke arahnya. Averardus menunjukkan diri dan Aminudden mendecih,Luqman menahan Aminudden dari terus menyerang Averardus.
"Pantas gerakan kau.. Aku kagum.." ujar Averardus dengan tenang.
"Siapa kau ha?" soal Aminudden.
"Kau boleh panggil aku Averardus..." ujar Averardus pula.
"Apa yang kau nak? Menyerang hendap adik kami?" soal Luqman.
"Sebab kamu semua juga mencari dark orb juga bukan...?" kata Averardus dan Luqman memerhatikan keadaan tangan kirinya.
"Jika betul,kau nak buat apa?" soal Aminudden sambil diperhatikan Luqman,Intan mengesan aura yang luar biasa daripada Averardus.
"Aku nasihatkan kau supaya lupakan sahaja,jika kau nak selamat..." jelas Averardus.
"Kau fikir kami akan ikut arahan kau? Kau fikir kau siapa?!" Aminudden mengaktifkan kuasanya,Averardus mengeluh kesal.
"Kalau begitu kata kau,aku tiada pilihan lain... Selain bunuh kamu semua.." ujar Averardus mengaktifkan kuasanya,tangan kirinya bersinar kemerahan oren.
Luqman menyedari Intan menggigil,dia mengetap gigi kerana orang di hadapannya bukan sembarangan. Aminudden disedari oleh Luqman dalam keadaan tergamam,dia cuba menarik tangan adiknya namun Aminudden meningkatkan kuasanya.
"Am?" soal Luqman terkejut.
"Abang.. Kau dengan Intan pergi cari orb tu.. Aku akan lengahkan dia.." jelas Aminudden dan Luqman mengerutkan dahi.
"Aku tak ada masalah.. Tapi kau tahu bukan?" soal Luqman risaukan adiknya.
"Apa yang kau risaukan?" Aminudden membidas dan menoleh ke arah abangnya.
"Am?" Luqman kehairanan.
"Menjadi adat aku sendiri mencabar lawan yang lebih kuat..." jelas Aminudden tersengih.
Luqman mengeluh panjang dan menampar belakang kepala adiknya,Aminudden tersentak dan Intan kehairanan. Averardus pula hanya memerhatikan sahaja keadaan tersebut,Aminudden menoleh ke arah Luqman.
“What was that for?!” soal Aminudden merungut kesakitan.
"Nothing.. Just annoying seeing your face.." ujar Luqman selamba.
"Seriously bro? Now it's no time for that!" kata Aminudden mengangkat kening sebelah kanan.
"I'll be going.. Don't die.." ujar Luqman terus mendukung Intan seperti bridal style,tetapi Averardus sudah berada di hadapannya.
"No you don't.."
"Where you looking at?" soal Aminudden seiring menyepak Averardus,tetapi berjaya ditahan oleh Averardus.
Sepakan Aminudden berjaya ditahan namun tidak mengelakkan Averardus terpelanting,Luqman dan Intan hanya terdiam kemudian mereka menyedari renungan Aminudden.
"Go..I'll catch you later.." ujar Aminudden dengan dingin.
"B-baik..! Abang saya boleh berjalan sendiri!" ujar Intan pula ingin turun.
"Duduk diam-diam..." kata Luqman serius dan badannya mengalir sedikit arus kilat.
Intan menjerit sebaik Luqman memecut seperti peluru,Aminudden hanya tersengih dan memandang ke arah Averardus. Mereka berbalas renungan dingin,Averardus menyedari seperti Aminudden berubah personaliti.
"Baiklah... Mari kita mulakan..." ujar Aminudden dan kuasanya diletuskan.
Averardus terkejut dan hanya mendiamkan diri,dia tidak mahu memandang rendah pada pemuda di hadapannya. Kuasa yang dimiliki oleh Aminudden hampir mirip sama dengan Iskandar,dia mendecih dan melepaskan kuasanya.
"Sebelum kita bertarung.. Boleh aku tanya soalan pada kau?" soal Aminudden.
"Apa dia?" kata Averardus.
"Kenapa kau mempunyai kuasa yang mampu menyelamatkan orang tidak berdosa,memilih ke jalan kegelapan.. Malah menghancurkan sebuah negara.." ujar Aminudden dan Averardus merenung Aminudden.
"Jawapannya simple sahaja... Aku cuma mahukan keseronokan membunuh..." jawab Averardus dan Aminudden mengetap gigi.
"Itu tujuan kau?" soal Aminudden.
"Jeritan kesakitan dan rayuan mereka,lagi - lagi kanak-kanak dan wanita.. Jeritan mereka begitu merdu... Aku menikmati semasa membunuh mereka.." jelas Averardus dengan muka tanpa emosi.
Aminudden terkejut dan mengetap gigi,dia mula marah dan cuba mengawal api kemarahannya. Letusan kuasa berlaku sekali lagi,Luqman dan Intan terkejut kerana kuasa Aminudden meningkat.
"Shit... Patutlah uncle suruh aku hapuskan kau..." ujar Aminudden dan Averardus kehairanan.
"Sebab kau lebih teruk dari binatang..." tambah Aminudden dan Averardus tersentak apabila Aminudden sudah berada rapat dengannya.
"Apa? Pantasnya?" soal Averardus tidak percaya.
DUSH!!!
Sebuku penumbuk padu mengenai perut Averardus,dia ternganga menahan senak lalu Aminudden melakukan tumbukan melangit. Averardus melambung tinggi dan Aminudden menyeru sebilah pedang lalu dibaling ke arah Averardus,lantas Averardus mengelak tetapi memang itu Aminudden inginkan.
Aminudden sekelip mata melakukan teknik warp,Aminudden berada di tempat pedang dia berada. Averardus menoleh ke arahnya namun tidak sempat,Aminudden menujah sepakan kedua kakinya padu lalu Averardus menjunam ke tanah dengan kesan rekahan yang besar akibat hempasan itu.
Aminudden mendarat tidak jauh dari Averardus terhempas,Aminudden tahu serangan tadi tidak mampu menjatuhkan Averardus dengan mudah. Averardus kembali bangkit dan tangan kirinya,terus bersinar dan membesar lalu dihayunkan ke arah Aminudden.
Tidak sempat untuk mengelak,Aminudden melekat pada pokok besar sekali dengan tangan Averardus mencengkam Aminudden di pokok itu tanpa lepas. Aminudden cuba melepaskan diri,namun gagal dan Averardus menarik pedang pendek yang tersisip pada pinggangnya.
"Aku tak boleh lepaskan diri!!" kata Aminudden meronta-ronta.
"Cengkaman ni bukan cengkaman biasa..." jelas Averardus dengan tenang.
"Siapa kisah cengkaman biasa atau luar biasa?!" kata Aminudden geram.
"Siap sedia untuk mati..." Averardus bersiap-sedia untuk merejam pedang pendeknya.
"Sial!" rungut Aminudden.
"Jaga ayat kau budak..." ujar Averardus merejam pedang pendek tersebut.
"OREAHH!!! Blazing Blue!!!"
Aminudden mengaktifkan bara api birunya dan membentuk sfera,Averardus menahan sakit dan terus melepaskan cengkaman lalu Aminudden menangkap pedang milik Averardus.
"Pure Blaze? How?" soal Averardus tidak percaya.
"That's it,now I'm gonna get serious!!!" kata Aminudden dengan lantang api birunya marak sekeliling kawasan,Averardus merasakan renungan Aminudden bagaikan renungan seekor raksasa.
"And you gonna die!.." kata Aminudden mara ke arah Averardus.
"Don't get full yourself kid!" Averardus mula berang.
"OREAHH!!!"
================================
Hellooo guys
What's up?
Ini update terkini
Siri ni akan tamat dalam dalam beberapa chapter lagi
Jangan risau aku tidak akan buat jilid kedua untuk siri ni
Aku dah penat hadap siri ni,terlalu panjang dan terlalu banyak konflik untuk difikirkan
Jadi itulah sedikit bebelan aku,jangan lupa komen dan vote
Itu je la
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top