CHAPTER 11 : ARMORED BAHAMUT

Please put your earphone for the immersiver experience

SEMUA kapten kapal armada yang berada di situ,tergamam dan terpaku melihat salah satu kapal armada diletupkan dengan begitu sahaja. Malah lebih menakutkan seekor naga hitam gergasi,sedang merenungnya dengan pandangan kemarahan.

"Apa korang tunggu? Cepat hapuskan raksasa tu! Atau kita yang dihapuskan..!!" Arah salah seorang kapten kapal armada itu.

Kapal armada itu semua melancarkan serangan peluru berpandu,naga itu membuka sedikit mulutnya kemudian dia mengaum dan peluru berpandu itu semua hancur musnah begitu sahaja.

"Only by voice? Kill that monster!!" Jerit seorang lagi kapten.

"Berpecah dan menyerang!!" Seorang lagi memberi cadangan.

Kapal armada itu berpisah dan menjauhkan jarak mereka,naga itu hanya menunggu sambil menyilangkan pada bawah dada dengan muka bengisnya.

"Qatariz...!" Naga itu menjeling ke belakang sebaik Mirana menegurnya,naga itu adalah adalah Qatariz?

"Mirana take cover....I'm wanna blast them all..." ujar naga itu atau lebih tepat,Qatariz.

"Please be careful.." ujar Mirana dan Qatariz sekadar memalingkan tubuhnya semula ke hadapan.

"Tuan! Kapal di belakang naga itu cuba melarikan diri!" Anak kapal dari salah satu kapal armada itu dan dia sedar tindakan Mirana.

"Shoot that ship down!!"

Arahan diterima dan kapal itu menembak laser ke arah kapal celoreng perak itu,namun Qatariz menahan dengan lengannya tanpa sebarang kesan. Mirana terkejut dengan tindakan Qatariz,kapten kapal itu tergamam dan Qatariz membelah kapal armada tersebut dengan cakarnya yang tajam.

"Wanna touch her? Kill me first!...." jerit Qatariz dan menembak sebuah lagi kapal armada.

Naga gergasi di hadapan mata mereka mengaum sekuat hati,pihak kapal armada tidak mahu kalah dan menembak Qatariz bertalu-talu.

Qatariz menghasilkan perisai besar,dia memberikan masa pada Mirana berlindung. Dia tidak mahu libatkan Mirana dan tidak mahu si gadis kesayangannya,cedera akibat dari pertempuran yang melibatkan dirinya.

"TEMBAK!!"

TEMBAKAN kapal armada berterusan dengan jumlah yang banyak,serta saiz yang hampir sama dengan besar bentuk naga Qatariz membuatkan dia tidak boleh menyerang dengan sewenangnya.

"Aku bukan Ikhwan..."

Qatariz membuka cakarnya dan aura gelap menyelubungi cakar,giginya diketap dan terus melibas salah satu kapal armada.

"TIDAK BERMAKNA AKU LEMAH!!...."

BOOMM..!!

LETUPAN dahsyat dan kapten kapal armada yang masih ada mengetap gigi,tetap berdegil ingin menumpaskan naga yang berada di hadapan mereka.

"Tembak!!!"

BOOM..!!!

BOOM...!!!

"QATARIZ!!" Mirana menjerit dari jauh melihat Qatariz ditembak dengan deras.

"PERSISTENT!!!...." Qatariz mengibaskan sayapnya,membuatkan beberapa kapal armada bergoncang.

Qatariz mengaum sekuat hati sebelum terbang meluncur laju ke arah puluhan kapal armada itu,tembakan demi tembakan ditangkis dan dielak dengan mudah oleh Qatariz. Cakarnya menyala aura hitam dan dilibas cakarannya.

"DRAGON CLAWS!!...."

ZRAAKK!!

Kapal armada itu terbelah menjadi dua,namun Qatariz tidak berhenti di situ dan membuka kedua cakarnya.

ZRAK!

ZRAK!

Kapal armada terbelah menjadi serpihan,kapten kapal lain mengetap gigi dan melepaskan tembakan laser. Qatariz mengelak dan serangannya berterusan,dia mengangakan mulutnya dan bercahaya.

"BEAST CANNON!!..."

ZROROROMMM..!!!

"TIDAK!!" Jerit kapten kepada salah satu kapal armada,sebelum tembakan meriam dari mulut Qatariz mengenainya.

BOOM..!!!

ZWOOSH!!

Qatariz membuka cakarnya sekali lagi dan kali ini dia seperti pedang laser,lantas Qatariz melibas umpama pedang laser dan satu persatu kapal armada dimusnahkan.

"HAH!!..." Qatariz bergerak pantas dengan sekelip mata,sudah berada di belakang lima buah kapal dan terbelah menjadi beberapa potongan sebelum meletup.

Qatariz melibas satu kali hayunan dan lima lagi buah kapal armada musnah,dia mengangakan sekali lagi mulutnya dan bersinar. Namun satu tembakan kuat mengenainya,Mirana terkejut dan memandang ke arah dari mana tembakan itu datang.

"Damn it! Huh?..." Qatariz memegang bahunya,luka kecil namun agak sakit.

Qatariz memandang ke arah tembakan curi datang,dia terkejut apabila melihat sebuah kapal armada yang lain dari kapal armada yang ada setakat ini. Kapal armada itu seperti ingin bergerak,dan membentuk satu susuk tubuh berzirah.

"Wow...?" Qatariz berkata kagum.

Kapal itu berubah bentuk menjadi robot tempur,kemudian bunyi elektronik bergema dan Qatariz tersengih sambil melagakan kedua penumbuknya. Robot tempur itu terus meluru ke arahnya,Mirana hanya mampu melihat dari jauh. Qatariz mengelak sedikit demi sedikit,dia melakukan dengan perasaan teruja dan menghayunkan penumbuk.

Namun robot tempur it menahan,Qatariz sudah mengagak tindakan robot itu dan terus membuka cakarnya lalu dilibas dengan kasar. Robot tempur itu seperti terkejut,kemudian Qatariz menujah sepakan sambil tersenyum. Tapi dia sedar kaki telah dicengkam kuat,Qatariz diberikan satu tumbukan oleh robot tempur itu.

"QATARIZ!!" jerit Mirana.

Pukulan berkombo ala tinju diberikan pada Qatariz,Mirana terkesima melihat keadaan itu dan kapten kapal armada yang masih hidup tersengih puas hati.

DUSHH!

DUSHH!!

BRAKK!!

Qatariz dilumuri darah muka naganya,robot tempur itu masih kekal memberikan tumbukan tanpa henti. Roter enjin pada siku robot tempur itu aktif,lalu satu tumbukan pada dihayunkan namun Qatariz membalas dan tangan robot itu hancur hampir ke atas siku. Robot tempur itu segera ke belakang,kapten kapal armada itu terkejut kerana Qatariz masih mampu berdiri.

"Having fun punching me?..." soal Qatariz menunduk dan aura merah keputihan jelas kelihatan.

Kapten kapal itu menyedari sesuatu,dia terkejut dan Qatariz menyeru bulatan magis pertukaran di bawah kakinya. Corak bulatan itu naik ke atas perlahan-lahan,dan Mirana turut terkejut dengan keadaan itu. Kapten kapal itu mengetap gigi,dia tidak mampu nak berkata apa-apa kerana bacaan magis sentiasa meningkat pada meter bacaan.

"From inside the shadow..." Qatariz memulakan kata-katanya.

"Rise and side to the light..."

"Kneel by my power..."

Tubuh naga Qatariz bersinar merah dan memutih,cahayanya membuatkan Mirana tersenyum ceria dan girang.

"HEAR MY ANSWER,ARMORED BAHAMUT!!..." Qatariz berubah menjadi naga yang memakai zirah,dia akan lepaskan kuasa terkuatnya.

"Apa?" kapten kapal armada tergamam melihat keadaan itu.

"Aku sedia untuk pusingan kedua durjana puaka...." Qatariz berkata dengan menahan geram.

Kapten kapal armada yang lain bagaikan membeku,melihat naga berzirah itu dan robot tempur gergasi pula tidak peduli lalu menyerang dengan gaya tae kwan do. Qatariz mengelak dan menahan dengan pedangnya,kemudian Qatariz segera menjarakkan sedikit.

Robot tempur gergasi itu tetap menyerang dengan deras,tanpa henti dan tanpa sempat disedari tangan robot itu telah putus secara tiba-tiba.

"Biarpun gunakan kawalan A.I tapi mampu bergerak seperti manusia...aku kagum..." Qatariz berkata dengan menghadiahkan pukulan siku pada robot tempur gergasi itu.

Qatariz terus menyerang balas,robot tempur itu mengaktifkan sesuatu dan laser membentuk tali kemudian menangkap semula tangan yang hampir jatuh. Robot itu kembali menyambung tangannya,Qatariz pula hanya mendesah sebelum memberi pukulan lutut pada bahagian dada robot tersebut.

"Ada sistem pembaikpulih secara automatik? Menarik...." Qatariz memusingkan pedangnya.

Robot itu mengeluarkan senjatanya,dan Qatariz pula hanya bersiap sedia kemudian dia terus membelah sebelah tangan robot itu lagi. Robot itu cuba melakukan perkara yang sama pada tangan tersebut,Qatariz tersengih licik dan matanya bersinar.

"No you wouldn't!..." Qatariz berkata sambil menghayunkan libasan bilah senjatanya.

ZRASH!!

ZRASH!!

Robot gergasi sekelip mata terbelah,kapten kapal armada terkejut sambil mengetap gigi mereka. Qatariz mengangakan mulut lalu menembak robot gergasi itu sehingga hancur tanpa kesan. Para kapten kapal armada yang tinggal,berpeluh-peluh pada wajah masing-masing.

"I'm done with this,now you guys can go to hell!!....." Qatariz membuka mulutnya,lalu bercahaya dan kapal armada itu cuba berpatah balik.

"NAK LARIKAN DIRI? JANGAN HARAP!! DRAGON HOWLING CANNON!..." Qatariz terus menembak dan tembakan itu menyapu habis semua kapal armada yang tinggal.

"Dare to mess with us? You can try,but I'll show no mercy..." Qatariz berkata dengan air muka yang serius.

Mirana kembali semula ke arah Qatariz,dan Qatariz pula menghela nafas lega sebaik berubah ke bentuk manusia semula. Mirana memeluknya dan menangis tanda risau,Qatariz hanya menggaru hujung hidung dan mengusap kepala Mirana kemudiannya.






















Alright guys aku dah publish semula cerita,tapi jika tiada sambutan aku akan delete.

Jangan lupa tekan butang vote

Thanks

Lazy author
wanzeneth

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top