CHAPTER 107 : FOR THE SAKE OF THIS WORLD


Suasana perang semakin berlarutan dan para raja semua dihantar pulang,para rakyat juga tidak ketinggalan kerana mereka juga perlu dialihkan. Kota tersebut tidak mungkin dapat diselamatkan,mereka mesti dipindahkan.

Farhan dan yang lain bertahan di posisi masing-masing,mereka harus bertahan sehingga orang awam berjaya dipindahkan sepenuhnya. Hafez menghelakan nafas panjang,nafasnya mengeluarkan wap dan memerhatikan android tempur yang mara tanpa henti.

"Nampaknya mereka tak akan habis..." ujar satu suara garau,Hafez tersengih.

"Yeah... Juga aku sedar sumber mereka datang..." ujar Hafez sambil menghentam salah satu android tempur.

Hafez melagakan penumbuknya dan sasaran dia,sebuah kapal armada yang terapung rendah. Situlah di mana android itu 'dilahirkan',Hafez mengangkat tangan kirinya ke langit.

Garisan corak pada tangannya mula menyala,awan menjadi mendung dan kilat menyambar Hafez. Atau lebih tepat menyambar tangan kirinya,kemudian tangan kirinya diselubungi kilat.

"Here and Now..."

I invoke the elemental Force of air..

I call to the breeze and the roaring wind

To the echoing song,and the lifting wing..

You that is ever dancing

You that echoes of the invisible

You that topples croes

I call you here

Angin yang bertiup lembut menjadi kencang,seluruh tiupan angin di kawasan berhampiran menjadi kuat. Windalfir atau spirit beast miliknya,hanya mendiamkan diri memerhatikan keadaan.

To infuse my intentions with your swirling gift

I call you here to sing the spirit  wind

Convey my will on your back

And raise your purpose into your sky

Breath & Cloud

Sound & Sound

Air, I call to thee...

Destroy enemy in front of me!

Tangan kiri Hafez diselubungi putaran angin umpama puting beliung mini,disertai kilat yang bercampur bersama angin kencang. Hafez menarik penumbuk ke belakang sedikit,nafas ditarik dan dihelakan kemudian dia segera menghayunkan terus penumbuknya.

"HURRICANE STORM!!!"

ZWOOSHH!!!

Serangan tornado diselangi kuasa kilat menghancurkan android tempur,sekali kapal induk utama yang menghasilkan android itu semua. Segala-galanya menjadi hancur berderai,Hafez terpelanting dan bergolek beberapa kali sebelum melanggar dinding.

"Kau okay?" soal Windalfir.

"Rasanya,aku belum boleh kawal sepenuhnya..." kata Hafez mengeluh dan tembakan seperti laser melalui di hadapannya.

Hafez menoleh ke arah kiri,ternampak Ikhwan baru sahaja melepaskan tembakan dengan meriam naga di tangan kanan. Dia segera bangun dan kehairanan,kenapa Ikhwan berada di situ malah ada lagis seorang berwajah sama dengan Ikhwan.

"OREAHH!!" Qatariz menumbuk askar tengkorak berzirah itu sehingga tercampak ke arah Hafez.

Hafez terkejut dan sebelum sempat dia berbuat apa-apa,askar tengkorak itu ditembak hancur oleh meriam naga milik Ikhwan. Hafez mengetap gigi terkejut dengan tindakan Ikhwan,kemudian Ikhwan baru menyedari kehadiran dia.

"Ouh.... Yo Hafez!" ujar Ikhwan tersengih.

"Yo kepala kau! Kau nak bunuh aku ke apa?" soal Hafez bengang.

"Bertenang la,kau kan Left Hand of God..." kata Ikhwan tersengih dan Hafez menekup muka.

"Kau ni..." kata Hafez menggelengkan kepalanya.

"Hello guys,need a help over here?" Qatariz mencelah meminta bantuan.

"Siapa pula muka serupa dengan kau tu?" soal Hafez.

"Penjelasan boleh tunggu.. Kita selesaikan masalah terlebih dahulu..." ujar Ikhwan.

Semakin lama semakin bertambah askar tengkorak mara,Ikhwan menyalakan api biru dan Qatariz pula mengangakan mulutnya bercahaya. Hafez pula mengangkat lengan,dan ditekap tapak tangannya ke tanah. Tangannya berubah warna putih salji,kemudian dia bangkit semula.

"BLAZING BURST!!" Ikhwan membakar askar tengkorak tersebut.

"DRAGON ROAR!!!" Qatariz menyusul.

"ICE BREAK!" Hafez juga membantu.

ZRASHH!!!

KRAANG!!!

KRAKKK!! PRAKK!!

KLONG..!!!!

"Jadi... Korang buat apa di sini?" soal Hafez.

"Aku dengan Qatariz ni,bertahan di sini untuk beri ruang pada hero baru kita selesaikan orang jahat..." jelas Ikhwan.

"Kenapa tidak kau sahaja yangs selesaikannya?" soal Hafez.

"Tidak menarik la kalau macam tu.. Aku nak tengok kemampuan anak muda generasi sekarang.." jelas Ikhwan tersengih.

"Ya betul tu betul..!" Qatariz mencelah.

Sebaik mendengar penjelasan Ikhwan,Hafez hanya mengeluh dan segera membantu mereka berdua. Pada masa yang sama,Alif,Azryan dan Aurora berlari mengejar Ozmandiyas. Mereka tiba di mana lelaki itu berada,Ozmandiyas memandang ke arah mereka.

"Ozmandiyas!!" Alif menjerit nama Ozmandiyas dengan sekuatnya.

"Nampaknya kau berjaya tembusi pelindung tu ya.." ujar Ozmandiyas kagum.

"Tapi bukan masalah,sebab kamu semua sudah terlambat..." jelas Ozmandiyas menunjukkan device yang di mana datangnya cahaya gelap itu.

"Apa yang kau nak rancangkan huh?" soal Alif.

"Kami tidak akan benarkan kau musnahkan dunia ini!" Aurora pula mencelah.

"Aku rasa korang salah faham..." jelas Ozmandiyas.

"Apa maksud kau?" soal Azryan.

"Aku cuma ingin hancurkan manusia,jadi jangan risau.. Dunia Mithgar aku tidak akan usik..." ujar Ozmandiyas memberi penjelasan.

"Sama sahaja,kami tidak akan biarkan rancangan kau berjaya!!" Alif menjerit sambil meluru ke arah Ozmandiyas.

Alif menghayunkan tongkatnya,namun hentakan tongkat dia tidak dapat menyentuh Ozmandiyas. Ini kerana pelindung halimunan menghalang Alifd dari menyentuhnya,Alif tercampak semula ke belakang.

"Alif!" ujar Aurora mendapatkan Alif yang hampir tercampak jauh.

"Kita tidak boleh sentuh dia? Gurauan apa ni?!" soal Azryan.

"Alat ritual ini akan melindungi si penyeru semasa melakukan ritual.. Heh,jadi sia-sia je usaha kau..." jelas Ozmandiyas tersenyum licik.

"Jadi,aku tidak akan putus asa!!" Alif bangkit semula dan menyimpan semula tongkatnya.

"Alif?" Aurora terkejut dengan tindakannya.

"Kau ada rancangan?" soal Azryan.

"Tiada..." jawab Alif dengan bangga dan Azryan serta Aurora terjatuh kerana kata-katanya.

KTUNG!!

KTANG!!

"JANGAN MAIN-MAIN CELAKA!!" Aurora dan Azryan menjerit bengang,Alif pula kepalanya benjol berganda dek ketukan oleh mereka berdua.

Ozmandiyas terkedu dengan apa yang berlaku,mereka boleh bergaduh sesama sendiri biarpun dalam keadaan kritikal.

"Musuh kat depan!! Yang korang ketuk kepala aku apahal!?" soal Alif tidak puas hati sambil menekan benjolnya dan kembali normal keadaan kepalanya.

"Sebab kau main-main masa kita tengah serius sengal!!" Azryan menjawab.

"Apa kau kata ninja casanova?" Alif berkata bengang.

"Nak gaduh ke budak monyet?" balas Azryan dengan muka geram.

Ozmandiyas tersengih dan terus melancarkan serang hendap,Alif dan Azryan segera menangkis dengan pantas. Aurora terkejut dan menoleh ke arah Ozmandiyas,lelaki berambut panjang itu hanya ketawa sahaja.

"Kamu sempat berkelahi depan musuh? Nampaknya kamu benar-benar sudah putus asa?" soal Ozmandiyas menyindir dan Alif serta Azryan berbual pandangan kemudian mengangguk sahaja.

"Kita berhenti bergaduh buat masa ni.." ujar Alif.

"Lepas kita rembat mamat tu,baru sambung..." kata Azryan.

"Setuju.." balas Alif mengangkat ibu jari.

"Selesai.." ujar Azryan mengangguk.

"Seriously?" soal Aurora menundukkan kepala kecewa.

Alif,Aurora dan Azryan memandang ke hadapan ke arah Ozmandiyas. Mereka bertiga bersiap-sedia untuk menghadapi mastermind,Ozmandiyas tersenyum sinis kemudian ketawa kecil dan menghela nafas pendek.

"Kamu nak mati bersama-sama?!! Baiklah akan aku tunaikan!!" ujar Ozmandiyas sebaik berubah ke bentuk demon.

Kuasa Ozmandiyas yang dirasai oleh mereka cukup membuatkan Azryan menggigil,tetapi untuk menyelamatkan dunia dari dihancurkan dia kena menghadapinya tanpa banyak bicara.

"Kuasa yang menakutkan..." ujar Azryan.

"Kenapa? Kau nak berundur ke?" soal Alif dan Aurora hanya menghela nafas pendek.

"Berundur? Pantang ajal sebelum aku nak mengalah!" ujar Azryan menghunuskan pedangnya.

Alif dan Aurora serta Azryan melepaskan kuasa mereka,kali ini tiada lagi berundur dan simpan kuasa untuk kecemasan. Pertarungan ini adalah penentu nasib seluruh dunia,jatuhnya Ozmandiyas maka gagalnya rancangan Ozmandiyas.

"Siap sedia Ozmandiyas!! Kami akan tewaskan kamu!!" Alif menjerit.

"Marilah,kita tengok siapa yang akan tewas..." kata Ozmandiyas melagakan penumbuknya.

"Sedia kamu berdua?" soal Alif.

"Ini adalah pertarungan terakhir dalam peperangan ini..." ujar Azryan.

"Kita kena hentikan perang,kalau tidak ramai lagi terkorban!" Aurora berkata risau.

"Jangan banyak bunyi,mari serang aku.." Ozmandiyas berkata angkuh.

"Let's go!!" Alif menjerit sambil mara ke arah Ozmandiyas,serentak bersama Aurora dan Azryan.


































Yo guys

Update untuk korang,pendek ke?

Relax,nanti sambungan aku akan bagi panjang jika tiada masalah.

Sila komen dan vote

Jangan la senyap

Macam bercerita tapi xde penonton

Itu je la

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top