" rasa aku sakit hilang lepas aku jumpa orang yang aku sayang , tae . Aku gembira jumpa kau . Tapi kau ? "
- KTN -
Seminggu selepas pergaduhan yang berlaku , taehyung dan yoomi kian mesra dan rapat . Hubungan persahabatan taehyung dan taerin pula kian merenggang . Kini , taerin mengamalkan kehidupan bersendirian .
Taerin menjadi seorang yang pendiam dan suka menjauhkan diri daripada orang ramai . Semuanya berubah secara serta merta .
" Saya akan adakan pertandingan kem pertahanan diri pada minggu hadapan . Sila ambil borang dan pastikan hantar esok . Saya juga akan membahagikan nama ahli kumpulan dalam whatsapp sahaja . "
Semua pelajar segera berdiri sebagai tanda hormat pada guru mereka . Selang beberapa minit , semua pelajar mendapat notifications daripada telefon masing - masing . Jelas kelihatan pelbagai jenis mimik muka di dalam kelas tersebut .
Ada yang gembira kerana satu kumpulan dengan rakannya , ada yang sedih , ada yang tiada reaksinya dan macam - macam lagi . Taehyung memandang lama telefonnya . Sudah terang lagikan bersuluh nama taerin tertera di dalam ahli kumpulannya .
" Tae , kita satu kumpulan hehe . Gembira tak ? " yoomi memeluk erat lengan taehyung . " Em " taehyung hanya mengiyakan kata - kata yoomi . Matanya pula tidak lepas memandang taerin yang sedang khusyuk membaca buku .
bagaimana dia hendak berhadapan dengan taerin setelah apa yang berlaku antara mereka ?
Itulah soalan yang sedang taehyung fikirkan . Otaknya buntu . Taerin , gadis yang periang dan bersikap gangster dahulu kini berubah menjadi seorang yang pendiam . Sungguh dia tidak mempercayainya .
" Haih . Tae , kalau taerin ikhlas berkawan dengan awak , mesti dia maafkan awak . Awak tunggu jela , hm ? " sedikit sebanyak hati yoomi terguris apabila taehyung tidak memberi tindak balas akan kata - katanya malah terus - terusan memandang taerin .
" Kim taehyung ?! " bahu taehyung ditampar kuat oleh yoomi . " Ye baby , I'm sorry " taehyung mengusap lembut umbun - umbun kepala yoomi . Yoomi tergelak kecil .
" Let's eat now ! "
Kini kim taehyung dan Song yoomi secara rasminya menjadi pasangan terhangat di sekolah . Ada buah mulut mengatakan hal baik dan buruk tentang hubungan mereka . Apatah lagi keadaan taerin kini benar - benar mengundang misteri akan kewujudan hubungan mereka berdua .
" Hey , yoomi . Tae nak cakap ni " yoomi mengangkat keningnya . " Tae nak pergi tandas sekejap , ye ? " taehyung mengorak langkah dengan laju selepas yoomi menganggukkan kepalanya .
Dia terpaksa membohongi yoomi kerana taehyung tahu jika yoomi mengetahui pekara sebenar , pasti yoomi akan merajuk .
Kini , langkah taehyung berhenti benar - benar di hadapan meja taerin . Taehyung menarik nafas sedalam - dalamnya sebelum memulakan pembicaraan .
" Rin , nah roti kegemaraan kau " taehyung menghulurkan sebungkus roti coklat di hadapan taerin . Taerin menolak roti itu ke tepi . Taehyung menghela nafas berat . Dia bertekad ingin memulihkan keadaan keruh di dalam hubungan persahabatan dia dan taerin .
Dia akui dia sangat merindui detik - detik bersama taerin . Mana tidaknya , taehyung dan taerin sudah berkenalan sudah lama sekali . Tidak mudah bagi taehyung untuk terbiasa dengan kehilangan taerin dalam hidupnya .
" Rin " taehyung dengan berani membuka hoodie yang setia tersarung di kepala taerin . Lantas tangannya ditepis kuat .
" Kau boleh berambus tak ?! " tengking taerin . Taerin bergegas mengemas bukunya lalu melajukan langkahnya . Hatinya masih sakit akan perbuatan taehyung tetapi tangannya terlebih dahulu digenggam oleh taehyung .
" Rin , aku rindu kau . Aku cuba pulihkan keadaan . Aku nak persahabatan kita macam dulu . Maafkan aku , Rin ." sayu sahaja suara taehyung semasa menuturkan kata - kata itu .
Air mata yang cuba ditahan akhirnya membasahi pipi taerin . Taerin mengagahkan dirinya berhadapan dengan taehyung dengan memalingkan badannya ke arah taehyung .
" Kit--- kita pernah kenal ke kim taehyung ? "
Taerin merentap kuat tangannya dan berlari keluar dari kelas 5sn1 . Taehyung yang gigih berdiri akhirnya jatuh terduduk dan menekup mukanya .
' aku tak nak hilang kawan baik aku , Rin . Aku tak nak hilang kau '
' Tch . Patutnya perempuan tu hilang sahaja dari memori taehyung . Dia dan kenangan mereka patut terpadam '
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top