PROJEK 38

"Eghh.." Solar mengerang kesakitan dan perlahan-lahan matanya terbuka.

"Solar?! Akhirnya kau dah sedar," kata Ais dengan perasaan lega.

"Ma.. Mana Gempa?" soal Solar dengan lemah.

"Kami rehatkan dia, dia masih tidak sedarkan diri sampai sekarang." Ais membalas.

"A.. Aku nak tengok dia," kata Solar sambil perlahan-lahan bangun.

"Hati-hati." Ais membantu Solar untuk bangun dan dia memimpin Solar ke arah Gempa yang dijaga oleh Yaya.

Solar menatap Gempa yang masih terbaring di atas lantai berlapikkan kain usang. Wajah Gempa sungguh pucat dan keadaan Gempa semakin teruk. Solar terus melutut di sebelah Gempa, tangisan terlepas daripada dirinya.

"Ma..Maafkan aku. Sebab akulah kau jadi macam ni, kau terseksa sebab aku. Maafkan aku, ini semua salah aku!" Solar menangis teresak-esak, tangannya memegang tangan Gempa dengan erat.

Solar merapatkan wajahnya di belakang tangan Gempa, air mata Solar berjurai membasahi tangan Gempa.

"Maafkan aku, maafkan aku!" ucap Solar berkali-kali.

"So.. Solar." Ais mengusap belakang Solar dengan lembut.

"Sebab kuasa aku, kau jadi macam ni. Aku tidak layak untuk dilindungi oleh kau! Aku janji, aku akan lindungi kau pula!" kata Solar teresak-esak.

Tiba-tiba luka pada perut Gempa bercahaya mengejutkan Ais dan Yaya.

"So.. Solar!" Ais menepuk bahu Solar.

"Huh?" Solar mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Gempa, dia turut terkejut.

Luka pada perut Gempa perlahan-lahan sembuh. Gempa tersedar sambil terbatuk-batuk dengan sangat keras.

"A.. Aku di mana?" soal Gempa dengan lemah.

Solar tidak mampu berkata-kata dan terus memeluk Gempa dengan erat.

"Hu..Huh?" Gempa terkebil-kebil.

"Luka tu dah sembuh, ketua!" kata Yaya dengan gembira apabila dia membuka balutan luka pada Gempa.

"Huh? Tapi macam mana?!" Gempa keliru.

"Sepertinya kuasa dia sudah terbuka," celah Beliung.

"Ka..Kau." Gempa merenung tajam ke arah Beliung.

"Kau tiada guna nak lari daripada aku lagi, kau tiada tempat untuk berlari lagi." Beliung tersenyum sinis membuatkan Gempa berdecit.

"Ge..Gempa, ada sesuatu yang aku nak tanya kau." Solar mencelah.

"Tanyalah."

"Pintu Gerbang Sumpahan Celestia. Apa itu?" soal Solar membuatkan Gempa, Ais dan juga Beliung terdiam.

Masing-masing memandang antara satu sama lain membuatkan Solar perasan ada sesuatu yang tidak kena.

"Pintu Gerbang Sumpahan Celestia adalah pintu gerbang pertama yang dibina oleh Celestia semasa Peperangan Celestia." Kira'na mencantas mereka semua.

"Huh?! Apa maksud ka.. maaf, tuanku yang itu adalah yang pertama?" kata Solar.

"Sebelum terbinanya Pintu Gerbang Celestia, Celestia membina gerbang untuk sumpahannya. Celestia tersedar yang sumpahannya sudah hilang kawalan dan dia membina gerbang untuk mengunci sumpahannya tetapi sumpahannya semakin teruk kerana ianya membesar dengan memakan kemarahan, ketamakan dan kesedihan ketika peperangan itu menyebabkan bagaimana pecahannya terkena sumpahan itu. Mereka cuba untuk membantu Celestia tetapi mereka gagal juga dan Celestia membina gerbang kedua untuk mengunci kuasanya yang masih selamat," terang Kira'na panjang lebar.

"Jadi sebab mutasi-mutasi ini wujud kembali adalah sebab pintu itu?" soal Solar lagi.

"Ya. Sesetengah masih hidup selepas peperangan tetapi ianya bertambah kerana pintu itu sudah lama terbuka dan aku baru sahaja sedar mengapa BBB-01 mengeringkan Tasik Air Mata Celestia kerana dia cuba untuk menutup pintu gerbang itu semula," balas Kira'na.

"Apa?!" Solar terus memandang ke arah Gempa.

"Benar, 01?" soal Kira'na.

".. Ya. Aku gunakan kuasa aku sendiri untuk cuba tutup pintu gerbang itu tetapi luka pada badan aku semakin memburuk menyebabkan aku perlukan lebih banyak lagi air mata itu," kata Gempa.

"Jadi sebab itu kau suruh aku keringkannya?" celah Ais.

"Ya. Air mata itu sudah teruk pada mulanya kerana dicemari oleh sumpahan itu dan aku mengekstraknya untuk menjadi bersih tetapi ianya tidak berkuasa seperti asal. Jadi aku gunakannya untuk diri aku sahaja," kata Gempa.

"Gempa, kenapa kau suka sangat jadi macam ni?" Solar memeluk Gempa dengan erat.

"A.. Aku sudah berjanji untuk lindungi kau," kata Gempa.

"Kau tidak perlu risau pasal itu lagi. Mulai sekarang, aku akan lindungi kau! Okey?" kata Solar dengan semangat.

"Ba..Baiklah."

"Hm? Masanya sudah tiba," ucap Beliung lalu perlahan-lahan sekeliling mereka menjadi berubah warna merah.

"Huh?! Apa jadi dengan langit?!" soal Solar.

"Dia sudah sampai. Bersedia," balas Beliung.

"Hahahaha! Akhirnya, aku jumpa kau!"

BOOM!

Keadaan sekeliling bergegar dan tiba-tiba rekahan muncul di sekeliling mereka.

"Lari!" jerit Beliung lalu mereka semua berlari apabila lantai yang mereka pijak terus merekah dan terbang ke udara.

Bangunan makmal yang melindungi mereka mula runtuh sedikit demi sedikit dan serpihan bangunan itu terbang ke udara seperti sesuatu daripada langit menarik serpihan bangunan itu.

Solar terkedu apabila sekelilingnya mula hancur, segalanya sudah mati dan dipenuhi dengan mutasi daripada pelbagai jenis. Solar menatap ke arah Gempa dengan wajah yang risau.

Gempa yang perasan raut wajah Solar itu terus memegang tangan Solar.

"Menyerah sahaja! Kau tidak akan dapat lawan dengan aku!" Suara Retak'ka bergema di seluruh planet itu.

"Kami takkan! Bersiap sedia, semua! Ini adalah medan peperangan kita! Kita akan akhir semua ini dan tidak lari lagi!" Kira'na lantang bersuara, wanita itu mengeluarkan pedangnya daripada sarung.

"Baik!" Mereka semua bersiap sedia dengan senjata atau kuasa masing-masing, mereka bersedia untuk berlawan.

Solar menatap ke arah pantulan dirinya pada pedangnya, dia menarik nafas dalam-dalam.

"Baiklah, mari kita akan lakukan ini! Ini perlawanan kami dan kau, Retak'ka! Aku takkan takut dengan kau lagi!" jerit Solar.

"Hahaha! Yakin sungguh kau! Serang mereka sekarang!" jerit Retak'ka.

Kesemua tentera raksasa mutasi milik Retak'ka terus memecut laju ke arah mereka semua.

"Serang!" jerit Solar.

"Kuasa masa! Perlahankan masa!" jerit Ying lalu gelung ajaib muncul di bawah bala tentera Retak'ka tetapi tiada satu pun yang berkesan dengan kuasa dia.

"Huh?! Ke..Kenapa kuasa aku tak berkesan ni?!" Ying terkejut.

"Hahahaha! Mutasi-mutasi ini sudah berevolusi, kau takkan mudah kalahkan mereka! Mereka sudah immune dengN kuasa kau tu!" Retak'ka ketawa jahat.

"Hahahaha, ini yang aku suka! Mencabar!" jerit Beliung lalu matanya bersinar dan ribut yang sungguh kuat menyerang tentera-tentera mutasi itu.

"Beliung, hati-hati!" jerit Kira'na.

"Retak'ka! Mari lawan dengan aku! Mari tengok siapa yang jauh lebih kuat!" kata Beliung sambil badannya terapung, badannya mengumpul tenaga yang banyak sebelum..

BOOM!

Beliung terbang ke arah bala tentera Retak'ka seperti peluru berpandu dan ribut yang kuat daripada Beliung menerbangkan bala tentera Retak'ka yang terkena.

"Ugh?! Ku..Kuatnya!" Solar tercengang melihat kemampuan Beliung.

"Hahahaha! Senang sahaja ni!" kata Beliung dengan yakinnya.

"Ugh?!" Beliung mengerang kesakitan apabila seluruh badannya ditikam oleh sesuatu seperti akar hitam.

"Huh?! Beliung!" jerit Blaze dan Rimba.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top