PROJEK 14
"Adakah Retak'ka yang menghantar kau ke sini?" soal Ki'rana dengan tegas.
"Heh, tuanku sudah menjadi Ketua Persatuan Saintis Diraja Gur'latan tetapi tuanku masih berlakon dungu ke? Oh, adakah nenda tuanku sudah mangkat?" ejek sosok itu.
"Jaga kata-kata kau tu, makhluk tak guna!" marah Halilintar, bilah pedangnya semakin dekat dengan wajah sosok itu.
"Bunuhlah aku, aku di sini hanya untuk menyiasat. Kerja aku bakal selesai nanti," kata sosok itu dengan senyuman sinis.
"Di mana Retak'ka? Beritahu aku," ugut Kira'na.
"Aku sudah berjanji dengan Tuan Retak'ka untuk tidak beritahu lokasi dia sekarang," balas sosok itu dengan sinis.
"Kau mahu dunia ini hancur kerana diakah?!" marah Kira'na.
"Hancur? Oh, tidak. Tuan Retak'ka bakal mencipta dunia baru untuk kita, dia adalah pemimpin kita! Pemimpin abad baru, pemimpin Primordial yang terunggul!" kata sosok itu dengan penuh semangat.
"Ugh.. Sia-sia sahaja kita bercakap dengan makhluk gila. Halilintar, uruskan dia. Ayuh, Pang." Kira'na terus berpaling dan ingin meninggalkan sosok itu.
"Baik, tuanku." Fang terus mengikuti Kira'na.
"Baik, kakanda." Halilintar terus menghunus bilah pedangnya ke leher sosok itu.
"Adakah ini pecahan dewa primordial yang semua makhluk anggap murni dan abadi? Apa yang aku lihat sekarang cumalah boneka kehancuran yang mengikuti kehendak makhluk yang tamak," kata sosok itu lagi dengan sinis.
"Kau sebenarnya tidak tahu apa yang jadi semasa peperangan tu, kau sebenarnya adalah boneka yang dipergunakan oleh makhluk yang tamak! Makhluk seperti kau tidak layak berkata-kata lagi!" Halilintar terus menghayunkan pedangnya ke udara sebelum memancung sosok tersebut.
Darah memercik, membasahi zirah milik Halilintar. Halilintar menatap mayat sosok itu dengan wajah yang dingin sebelum dia beredar tanpa mengatakan apa-apa lagi.
"Heh, inilah baru hiburan yang aku mahukan." Beliung yang berdiri di atas salah satu bangunan, menepuk tangannya dengan gembira.
Beliung dan Rimba sudah lama mengikuti Halilintar, Fang dan Ki'rana. Melihat segala perbualan mereka tetapi mereka bertiga tidak sedar dengan kehadiran mereka berdua.
BEEP! BEEP!
Seseorang cuba menghubungi Beliung. Dia terus menekan butang pada pelindung lengannya dan skrin hologram terpancar, memancarkan wajah Maripos.
"Kenapa kau hubungi aku, Maripos?" soal Beliung.
"Sepertinya Blaze mahu turut serta menyiasat BBB-07," balas Maripos.
"Baiklah, hidupkan enjin. Kita akan bergerak sekarang," arah Beliung.
"Menurut perintah," kata Maripos sebelum talian dimatikan.
"Heh, mari kita pergi." Beliung melompat ke setiap bangunan dan diikuti oleh Rimba tetapi mereka tidak sedar bahawa mayat sosok yang dipancung oleh Halilintar perlahan-lahan bangun dan menyambungkan anggota badannya semula.
[PROJEK PRIMORDIAL]
Sementara itu, Ruang Angkasa Delta Quadrant..
Kelihatan kapal angkasa milik Gempa berterbangan di ruang angkasa dalam kelajuan biasa.
"Ugh.." Solar yang terbaring lemah mengerang kesakitan, wajahnya sekali-sekala berkerut tetapi tidak menunjukkan dia untuk bangun.
Gempa yang duduk di sebelah hanya mampu menguruskan luka pada wajah Solar dengan perasaan risau.
"Bertahanlah," gumam Gempa.
"Bawa lari Solar sekarang, kita tiada masa!" Suara lelaki tua bergema di dalam kepala Solar.
Sebuah mimpi menguasai Solar dimana dirinya dihulurkan oleh seorang lelaki tua kepada Gempa dalam keadaan terburu-buru.
"Eh, ini bukan ke Gempa? Ke.. Kenapa aku rasa badan aku... kecil?" soal Solar di dalam hatinya.
"Bagaimana dengan Tok Kasa?! Kita patut lari sama-sama!" jerit Gempa.
"Tok Kasa? Adakah ini tuan kepada Gempa?" Solar kehairanan.
Keadaan di sekeliling mereka seperti mahu runtuh bila-bila sahaja dan cuba membunuh mereka. Bangunan tersebut bergegar dan menyebabkan mereka semua hilang keseimbangan.
"Maafkan atok, Gempa. Ini tugas tok untuk lindungi kamu semua, larilah. Ingat lagi semasa kita bermain sembunyi? Pergilah sembunyi, atok akan kira sehingga sepuluh." Lelaki tua bernama Tok Kasa itu mengusap wajah Gempa yang sedang menahan tangisan.
"Ta.. Tapi, tok." Gempa memeluk Solar dengan erat.
"Pergi! Pergi! Kamu tiada masa! Dan kamu jangan menoleh belakang!" Tok Kasa terus menolak Gempa ke arah pintu yang terbuka luas.
"Kasa! Berikan aku kuasa abadi itu!" Bergema suara seseorang, mengejutkan Solar.
"Siapa?!" fikir Solar.
"Lari, Gempa!" jerit Tok Kasa.
Gempa yang dalam keadaan terdesak dan sedih, terus melarikan dirinya keluar dari bangunan itu bersama Solar.
"Agh?!" Jeritan kesakitan daripada Tok Kasa mengejutkan Gempa menyebabkan dia terus menoleh.
Solar turut ternampak apabila Gempa menoleh, mata Solar membulat apabila sosok bernama Tok Kasa ditikam oleh sosok berbadan tegap menggunakan tangan pada dadanya.
"Tok Kasa! Tidak! Tidak!" raung Gempa, terus melutut lelaki itu apabila melihat kejadian yang berada di hadapan matanya.
Gempa menangis teresak-esak, tangannya memeluk Solar yang terkedu dengan erat.
"Tok Kasa.. hiks.. hiks.."
Air mata berjurai membasahi wajah Gempa, beberapa titik air mata Gempa mengenai wajah Solar.
"Gempa.."
Jantung Solar terasa gugur apabila melihat wajah tangisan Gempa membuatkan dia turut berasa sedih.
"Gempa.. Tolonglah jangan sedih.."
"Gempa! Gempa! Apa yang kau buat kat situ?!" Tiba-tiba satu suara lagi menarik perhatian Solar.
"Gempa, bangun!" Kelihatan Ais berlari ke arah Gempa dan menarik tangan Gempa untuk bangun.
"Gempa, bangun! Gempa!"
"Gempa!" Solar terus terbangun dan menjerit nama Gempa sehingga mengejutkan Gempa, terkebil-kebil matanya.
"Solar?" tegur Gempa.
Solar yang tercungap-cungap terus menatap ke arah Gempa yang sedang keliru.
"Ma.. Maaf, aku cuma ada mimpi ngeri." Solar mengusap wajahnya sendiri tetapi dia dapat rasakan beberapa kesan balutan pada wajahnya.
"Tidak mengapa," balas Gempa, dia mengambil kapas dan menekan kapas itu di tepi bibir Solar dengan lembut.
"Egh.." Solar mengerang kesakitan.
"Adakah aku kasar sangat?" soal Gempa.
"Tidak," balas Solar.
Gempa menganggukkan kepalanya dan sambung mencuci luka di tepi bibir Solar manakala Solar mengalihkan pandangannya ke arah wajah Gempa, mimpi sebentar tadi bermain-main di dalam fikiran Solar.
"Adakah itu mimpi atau memori? Jika itu memori... Oh, Gempa." Hati Solar terasa sebak.
"Hm? Huh?" Gempa keliru apabila air mengalir di pipi Solar terus ke arah kapas yang dipegangnya, Gempa terus memandang wajah Solar.
Kelihatan air mata mengalir keluar daripada mata Solar, mengejutkan Gempa.
"Ke..Kenapa ni? Kenapa kau nangis? Kau ada sakit di mana-mana ke?" soal Gempa dengan perasaan cemas.
"Ti.. Tidak.. Terima kasih sebab selamatkan aku," balas Solar dengan nada teresak-esak.
Gempa terdiam sejenak dan meletakkan kapas di atas talam perubatan.
"Kau tidak perlu berterima kasih, itu sememangnya tugas aku untuk lindungi kau." Gempa mengusap rambut Solar dengan lembut.
Solar menganggukkan kepalanya, mengelap air matanya sendiri.
"Rehatlah, aku akan keluar supaya kau boleh rehat dengan tenang." Gempa ingin bangun tetapi Solar terus merentap lengan Gempa.
"Tidak, jangan pergi. Bolehkah kau teman aku?... Aku takut," pinta Solar.
"... Baiklah. Biar aku kemas ini dahulu," kata Gempa.
"Okey."
Gempa mengemas alat perubatan dan meletakkannya di tempat yang sesuai, selepas itu dia terus kembali duduk di sebelah Solar manakala Solar kembali ke posisi baringnya.
"Rehatlah dengan selesa." Gempa mengusap rambut Solar dengan lembut.
"Okey." Solar menganggukkan kepalanya sekali lagi.
Senyuman terhasil di bibir Gempa, hatinya terasa lega bahawa Solar sudah selesa dengan dia.
"Gempa?"
"Ya?"
"Boleh aku tanya sesuatu?" soal Solar.
"Tanyalah, aku cuba jawab."
"Semasa aku ditangkap tadi, orang yang tangkap aku tadi kata aku adalah dewa? Apa maksud dia?" soal Solar lagi.
Gempa terkedu, tangannya berhenti mengusap rambut Solar. Matanya menatap wajah Solar.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top