Chapter 12 : Your Name is Jaw


Trinity berlayar dengan lancar dan Aizman hanya memerhatikan dari monitor,dia memandang setiap monitor yang ada. Naomi kekal di tempat pilot,tangannya di alat kemudi dan Zainol terlena di atas kerusi. Farzana pula membaca buku,mungkin buku novel.

Zahir hanya memerhatikan Putra yang terduduk,di atas lantai kapal dengan mukanya yang pucat biru.

"Kau okay?" soal Zahir.

"Nampak aku macam okay?" Putra menyoal semula.

"Kau takut air ke?" Zahir menyoal dan Putra merenung ke arahnya bengang.

"Mana ada.. Aku fobia je.." jelas Putra tidak mahu mengaku.

"Sama je makna dua-dua.." kata Zahir dan Putra mula bengang dengan kata-kata Zahir.

Pada masa yang sama,Aizman yang menaip sesuatu dapat kesan sesuatu di dasar laut.

"Kapal ni boleh menyelam bukan?" soal Aizman.

"Ya.." jawab Naomi pendek.

"Kita akan mula menyelam.. Sekarang! Berikan amaran pada anak kapal yang ada di luar..!"

Naomi mengangguk faham dan menekan butang kawalan di skrin sesentuh,Putra dan Zahir mendengar bunyi siren.

Pada anak kapal sila masuk ke dalam.. Kapal ini akan bertukar ke Diving Mode dalam beberapa saat sahaja..

Putra terkejut dan Zahir hanya menghela nafas pendek,dia segera berjalan menuju ke pintu masuk. Putra sudah memecut memintas Zahir,seperti lipas dalam fikiran Zahir yang terkebil-kebil melihat keadaan tersebut.

Kapal tersebut mula tenggelam menyelam,Naomi dengan muka yang tenang mengemudikan dengan baik tanpa ada gegaran. Zainol hanya memerhatikan keadaan tersebut,Farzana pula berdiri di sisi Aizman.

Saat kapal itu mula menyelam ada sepasang mata,sedang memerhatikan kapal tersebut dan terus berlalu pergi. Aizman merasai sesuatu dan menaip sesuatu,Farzana menyedari Aizman tersenyum.

"Naomi arah jam 9.. Belok.." arah Aizman dan Naomi tanpa banyak soal,mengikut apa yang diarahkan.

Satu susuk bergerak dan Aizman tersengih,Farzana dan Zainol terkejut melihat susuk bayang itu.

"A fish?" soal Farzana.

"Shark.. But.. It's humongous.." kata Zainol tergamam melihat bayang tersebut.

Susuk bayang itu meluncur laju dan berpusing ke arah mereka,Aizman menyedari sesuatu dan susuk bayang tersebut melancarkan serangan peluru berpandu.

"Peluru berpandu!" Aizman menjerit.

BOOMM!!

Trinity bergegar dan semua hampir terjatuh,Aizman memaut pada kerusi supaya tidak terjatuh. Farzana dipegang tangannya,Zainol hanya mampu tergamam dan Naomi memeriksa keadaan kapal.

Armour Ship damage : 20%

"Kapten.. Kita kena lakukan sesuatu.. Kalau dibiarkan.. Kita boleh karam.." ujar Naomi dan Aizman mendecih.

"Naik semula terbang ke udara!!" arah Aizman.

Naomi menolak gear dan mula mengemudikan kapal,enjin berderam di kawasan belakang dengan kuasa penuh. Kapal Trinity kembali naik ke permukaan laut,Aizman bangun dan segera meninggalkan kerusi.

"Kau nak ke mana?!" soal Zainol.

"Menyelam!" kata Aizman dan Zainol terdiam.

Aizman terus berlari masuk ke sebuah pintu,kapal armada berjaya keluar dari permukaan laut lalu terbang ke udara.

"Boss!" Aizman berjumpa dengan Azaman yang duduk di kerusi.

"Ha.. Kapten aku dengar bunyi letupan tadi.. Ada kerosakan ke?" soal Azaman.

"Ya.. Tapi itu nanti,sekarang.. Kita ada sut menyelam?" soal Aizman pula dan Azaman kehairanan.

TUSSH!!

BOOMM!!

Susuk bayang itu masih menyerang dari laut,peluru berpandu berjaya ditangkis dengan turret. Naomi mengawal kapal dengan sehabis baik,Farzana pula mengawal pusat kawalan bagi sistem senjata.

"Apa yang menyerang?" soal Zahir keluar dan menjenguk ke bawah lautan.

TUSSH!!

Zahir mendecih dan menghela nafas pendek,kemudian dia segera hasilkan ais berbentuk anah panah dan dihalakan ke arah peluru berpandu.

BOOMM!!!

"Apa hal ni??" Zahir tidak dapat menangkap apa yang berlaku.

Tidak lama lepas itu keluar Aizman,dengan lengkap memakai sut menyelam. Zahir hanya memerhatikan sahaja,Aizman menyedari kehadiran Zahir di situ.

"Tolong lindungi kapal ni.." ujar Aizman menepuk bahu Zahir.

"Ha? Apa?" soal Zahir.

Aizman terus melompat dan terjun ke bawah,tangannya kemas memegang sebilah pedang. Aizman sudah melakukan Soul Fuse dengan Garou,ditelan sesuatu pada lehernya dan mukanya tersarung helmet.

"Let's diving!!"

Aizman terus tenggelam ke dasar lautan,keadaan itu disaksikan oleh Farzana dan yang lain. Aizman menyelam jauh lebih dalam,kemudian dia tersengih kerana susuk bayang yang menyerang mereka menunjukkan dirinya.

Seekor jerung cybernatic,mata merenung ke arah Aizman. Sisi tubuhnya terbuka dan Aizman terkejut,lalu peluru berpandu dilepaskan. Aizman mengaktifkan kuasa dan memotong peluru berpandu itu semua.

BOOMM!!

BOOMM!!

BOOMM!!

Letusan kuat dari dalam laut merisaukan Farzana dan Zainol,mereka tiada pilihan selain menunggu berita baik.

"Phew.. That's was close.." ujar Aizman memegang pedangnya dengan kemas.

Jerung tersebut terus menembak peluru berpandu tanpa henti,Aizman terkejut dan menumpukan perhatian. Satu persatu peluru berpandu yang ingin melanggarnya,Aizman belah dengan mudah.

SWING!

SWING!

BOOMM!!

BOOMM!!

Sekali lagi letupan kuat berlaku,ia merisaukan Farzana dan Zainol. Manakala Putra pula terbaring,di kusyen yang dikhaskan tepi kaki lima. Zahir pula sekadar memerhatikan dari atas,dia memerhatikan dengan sabar.

Aizman membelah satu persatu peluru berpandu,letupan kuat dan dia harus berfikir bagaimana untuk menghentikan Bio-Wild jerung tersebut.

"Apa nak jadi.. Jadilah.." kata Aizman melenyapkan Soul Fuse.

"Maaf Garou,kamu kena berundur.. Giliran awak Sped.."

Aizman melakukan Soul Fuse dan kini kaki serta tangannya lengkap berzirah,juga pada bahagian dadanya turut lengkap tersarung zirah dada. Tangannya digerakkan seperti menari,jerung tersebut meluru ke arahnya kerana tahu menyerang Aizman dengan peluru berpandu tidak akan berjaya.

Aizman membuka gaya bersedia dan tangannya,bersinar sedikit dan jerung meluru dengan laju ke arah Aizman. Penumbuk dikepal sebelah kanan,dia menarik ke belakang dan tangan kiri dihalakan ke hadapan.

Bio-Wild itu semakin lama semakin hampir,Aizman mengatur pernafasan dan saat Bio-Wild jenis jerung semakin hampir serta mengangakan mulut ingin membaham Aizman. Saat itu Aizman mengaktifkan kuasanya,dia menghayunkan tumbukan dan melepaskan tekanan kuat.

BRAAM!!

BOOMM!!!!

"Jerung?!" soal Farzana.

"Bio-Wild jenis jerung huh?" Zainol tersengih

Bio-Wild jerung melambung keluar tercampak ke udara,Aizman terus mengejar dan sebalik sahaja keluar.

"Zahir!!!" jeritan Aizman memanggilnya mengejutkan Zahir.

"BEKUKAN AREA SINI!!" Aizman memberikan arahan.

Zahir tidak faham apa rancangan Aizman,tetapi dia hanya menurut sahaja. Lantas dia terus terjun dan membekukan kawasan yang ditunjukkan,Bio-Wild jerung terjatuh di permukaan ais yang baru dihasilkan.

"Apa rancangan kau,kapten?" soal Zahir.

Aizman tidak menjawab soalan Zahir,tetapi dia terus meluncur ke hadapan ke arah Bio-Wild jerung yang cuba melepaskan diri. Aizman terus menyentuh badan Bio-Wild itu,lantas dia mengaktifkan kuasanya.

"Bio-Tame!!"

Bio-Wild tersebut bersinar dan tidak lama lepas itu,Soul-Tame berjaya dilakukan. Aizman melenyapkan bentuk Soul-Fuse dengan Sped,kemudian dia melakukan Soul-Fuse dengan Bio-Wild jerung.

"Dia berjaya!" Farzana berkata menghela nafas lega,Zainol hanya tersengih sahaja.

Zahir pula sekadar mendiamkan diri memerhatikan di bawah,Naomi tidak berbuat apa-apa dan hanya tertidur.

Zirah di dada dan sebuah booster di belakang,malah ditambah sejenis senjata peluru berpandu kemas dipasang. Topeng di mulut seperti mulut jerung,kaki dan tangan juga disarung zirah.

"Great.. Aku namakan kau.. Jaw.."

Bilangan Bio-Wild yang ada

3

Garou The Wolf

Sped The Cheetah

Jaw The Shark

=========================

Yeahh

Aizman dah berjaya dapat Bio-Wild ketiga,jenis jerung dan apa akan jadi nanti?

Berjayakan misi dia?

Kena tunggu la

Komen dan vote ye

Tak nak ada komen mintak update cepat

That's all

Adeu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top