MEET AGAIN WITH THAT BITCH

"Bella beritahu Daddy, Mummy tolak Bella! Mummy jahat." Adu Bella berlalu pergi daripada situ meninggalkan aku bersama Nade dan Evy.

Gadis kecil itu terkedek-kedek berlari  mendapatkan Rayyen yang berada di dapur. Macam penguin.. Hahahha.

"Habis lah kau." Kataku pada Nade.

Nade buat muka menyampah. Dengan mukanya yang baru sahaja bangun daripada itu.

"Biarlah dia. Manja sangat dengan Rayyen tu."

"Hmm, korang juga yang manjakan sangat dia."

"Suka hati lah. Aku tak naklah dia jadi macam Evy dan Covy. Biarkan anak-anak kk.."

Aku merenung tajam ke arah wajah Nade yang hampir-hampir tersasul itu. Nade tersengih ke arah aku dengan muka tidak bersalahnya.

"Aunty Nade, lepasni Aunty dengan Uncle Rayyen jalan-jalan juga kan?" Sampuk Evy.

"Yupp.."

"Ohhh, tak nak jalan sekali dengan kitorang kah?"

"Emmm, tak payahlah. Evy dengan Covy jalan lah puas-puas dengan minah tak guna ni." Kata Nade kasar menunjukkan ke arah aku.

"Mulut kau eh.."

"Sukahati aku lah.."

Aku lihat dari jauh, Covy yang sudah segak dengan pakaiannya turun menuju ke arah aku dan Evy yang sudah bersiap sedia untuk pergi.

"Dahlah kitorang nak pergi ni." Kataku pada Nade.

"Jom, Covy!" Peluk Evy pada lengan abang kembarnya.

Covy pula hanya buat muka kosong macam biasa tanpa perasaan. Dia ni macam dilahirkan sebagai anak yang mempunyai hati batu kah apa? Kenapalah aku lahirkan anak macam ni eh?

Kami bertiga masuk ke dalam kereta milikku dan aku memandu kereta keluar daripada kawasan perumahan.

"Kita stop kejap dekat rumah Aunty Okey?"

"Okey mama." Kata Evy pada aku dengan panggilan mesra itu.

Aku tak tahu nak rasa apa. Tapi, aku rasa suka bila anak aku sendiri yang tak kenal aku panggil aku mama tanpa dia sedar aku ni memang ibu kandung dia. Hmm, macam mana aku nak beritahu anak aku pasal aku ni nanti eh?

"Mama, Evy nak tanya soalan boleh?" Pinta Evy pada aku yang berada di sebelahku itu.

"Tanyalah."

"Aunty Nade dengan Mama memang dah lama kenal eh?"

Kalau aku jujur nanti, dia syak sesuatu pula. Baik aku tipu.

"Tak lah. Baru je kenal. Masa mula-mula kenal Evy lah, Aunty kenal Aunty Nade."

Aku masih kekok nak gelarkan diri aku dengan panggilan Mama.  Jadi, aku guna je lah Aunty. Walaupun  aku memang teringin sangat nak guna gelaran tu.

"Ohhh, Evy tengok gaya layanan Aunty Nade pada Mama nampak macam dah lama kenal. Jarang Aunty Nade buat macam tu dekat orang yang dia baru kenal."

"Hahahahha.." gelak aku kekok Sebab aku tak tahu nak jawab apa pasal benda tu.

"Mama nak tengok gambar Mama Evy tak?"

Aku pandang mukanya lalu aku angguk tanda 'ya'. Evy mengeluarkan telefon miliknya daripada poket. Aku nantikan sahaja gambar yang dia ingin tunjukkan pada aku.

"Nah.." tunjuk Evy pada aku.

Aku ambil telefon miliknya dan aku tatap skrin telefon yang memaparkan satu gambar perkahwinan. Ianya gambar kahwin aku dan Rayden. Rayden kelihatan sangat gembira di dalam gambar itu. Senyuman lebar terukir di wajah lelaki itu yang buatkan aku rindu nak bersemuka dengan dia.

"Sama kan? Muka Mama dengan muka Mama Evy dalam gambar tu." Kata Evy pada aku.

Telefonnya aku berikan kepada Evy semula.

"Bolehlah.." Kataku 50% menyokong pada kata-kata Evy.

"Hmmm, kalau mama kahwin dengan papa. Nak tak?"

Ehh, dia ni tak fokus pula aku nak pandu kereta. Sempat pula dia tanya soalan itu sedangkan aku memang dah kahwin dengan Rayden. Takkan nak kahwin 2 kali? Hahahahha..bodoh, anak aku mana tahu aku dah kahwin dengan bapak diorang.

"Heeehehhe, tak payahlah. Aunty tak nak kahwin. Banyak benda lagi Aunty nak selesaikan daripada fikir pasal kahwin."

Kami sudahpun sampai di depan rumah aku.. a.k.a sebenarnya ruma Zayn. Hahahahha, aku tumpang je.

Kereta aku masukkan ke dalam halaman rumah. Aku datang pun sebab nak ambil dompet aku balik. Memandangkan aku terlupa semasa nak ambil mereka berdua tadi.

"Haaa, jom kita dah sampai."

Kami bertiga keluar daripada perut kereta dan mereka berdua mengekori aku daripada belakang. Aku masuk ke dalam rumah dan biarkan Evy dan Covy untuk tunggu di ruang tamu.

"Wehhh, kau bawa budak?!" Suara garau Zayn yang datang dari tingkat atas mengejutkan aku termasuk Evy dan Covy pun terkejut.

"Biarlah. Kau ni menyibuk je."

♥♠♣◆

Aku lihat ke arah Evy yang leka memilih baju kesukaannya. Aku ikutkan sahaja kehendak dua orang kembar ini. Rasanya dah 7 beg kertas penuh dengan barang mereka sahaja.

Covy dengan barang sukannya dan Evy penuh dengan stok makanan dan permainan video. Kali ini dia pilih pula untuk beli baju. Tak apalah, aku banyak duit untuk dibelanjakan kepada mereka berdua.

"Okey, Evy dah siap pilih." Kata Evy pada aku dengan 4 helai baju yang sudah dipilih olehnya.

"Jom, kita pergi kaunter."

Kami bertiga menuju ke arah kaunter dan membuat bayaran untuk semua baju yang dipilih oleh Evy. Tiba-tiba, Covy menarik lengan aku dari belakang membuatkan aku tertoleh. Aku pandang wajah dingin Covy.

"Kenapa ni Covy?" Tanyaku pada Covy.

"Kita baliklah sekarang, Aunty." Kata Covy pada aku.

Aku dapat rasa ada sesuatu yang buatkan budak ni nak balik. Macam ada sesuatu yang mengganggu dia. Aku masukkan semula kad kredir aku ke dalam dompet dan Evy mengambil semua beg plastik yang berisi bajunya.

"Okey, kita balik lah ni."

Kami bertiga keluar daripada pusat beli-belah tersebut dan menuju ke arah tempat parkir kereta. Tiba-tiba...

"Mama!" Jerit Evy di belakang aku.

Aku toleh dan aku lihat lengannya dicengkam oleh Amy. Perempuan tak guan tu datang lagi?! Dia ni memang suka cari nahas dengan aku.

"Balik kau lepaskan dia sebelum kau kena dengan aku." Kataku tenang padanya walaupun sebenarnya hati aku tengah membuak-buak ingin mencederakannya.

"Kau memang tak tahu malu kan? Suka-suka je nak bawa anak tunang aku jalan dengan kau. Dah lah tak minta izin daripada tuan punya badan. Langsung tak respect orang lain." Bidasnya pada aku.

Api dalam diri aku semakin membara apabila disimbah dengan minyak yang banyak. Kalau boleh sekarang ni, aku nak aje bakar THIS FUCKING BITCH hidup-hidup. Biar dia merana.

Aku mendekatinya lalu sebuah tamparan yang kuat aku lepaskan pada mukanya membuatkan kepalanya terteleng sekali. Evy berjaya melepaskan diri daripada cengkaman perempuan murahan tu.

"Kau tu yang tak pandai nak malu! Dah lah hati kau tu memang asli  busuk. Tuduh pula aku buat salah! Macam lah kau tu punya respect tu setinggi langit. Lepastu, tak tahu malu pula mengaku kau bertunang dengan bapak diorang. Entah-entah kau berimaginasi je lebih. Baik kau duduk dalam dunia VR lah kalau macam tu. Perasan. Cakap aku tak tahu malu. Tapi, diri sendiri kemaluan pun tak ada langsung."

Wajahnya kelihatan merah akibat tamparan daripada aku sebentar tadi bersama tekanan darahnya yang menahan amarah pada aku. Aku tak kisah kalau dia nak lawan baik.

"Merahnya muka. Nak lawan aku balik kah? Pandang aku macam nak terkam aku je. Tapi, yang pastinya kalau kau lawan aku balik..." sengih aku ke arahnya.

"You're still a loser. Such a weak fucking BITCH." Sambung aku padanya.

Amy tidak puas hati menerima bidasan aku. Dia mencengkam rambut aku tetapi, aku bertindak lebih pantas dengan menyiku perutnya. Lalu satu tumbukkan aku berikan pada dagunya. Amy mengaduh sakit menerima hentaman daripada aku.

"Huhh, itu je? Perftt, bravo..bravo. Kau memang memang dalam menghasut orang lain kan? Sama je dengan Nade." Katanya pada aku sinis melibatkan kawan baik aku.

Dia menambahkan lagi bara api dalam diri aku. Satu lagi hentaman aku berikan padanya. Satu sepakkan yang kuat aku berikan pada kepalanya. Gadis itu tersungkur jatuh di atas lantai dan aku mendekatinya.

"Tak ada sesiapa yang boleh mengata kawan aku melainkan aku sendiri. Kau jangan ingat aku tak tahu siapa dalang yang buatkan kandungan kawan aku gugur." Bisik aku padanya.

Aku membawa si kembar itu jauh daripada perempuan murahan itu dan masuk ke dalam kereta milik aku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top