CONGRATULATION
Badan aku pusing-pusing di atas kerusi sofa. Aku bosan yang amat sangat sebab tak ada peneman dalam rumah ni. Memandangkan suami tercintaku yang disayang-sayang dimanja-manja itu sudahpun mulai bekerja. Betapa bosannya aku duduk rumah.
Kalau ada kereta, tak apa lah juga. Boleh lah aku jalan-jalan. Ini tidak mereput je. Nak melawat Carolyn dekat rumah sebelab je pun aku rasa kaki aku nak patah je bejalan. MALAS yang amat.
Televisyen aku biarkan terbuka dan kakiku melangkah menuju ke arah dapur. Aku tambahkan lagi jus oren ke dalam gelas aku yang sudah kosong itu. Keluhan yang entah kali keberapa aku lepaskan menandakan aku bosan yang amat.
Sudahlah, Rayyen balik lambat. Nak tunggu sampai Rayyen balik pukul 6 petang pun aku dah jadi abu agaknya. Sekarang ni dah masuk pukul 2 petang. Aku sangat BOSAN.
Aku membuat panggilan pada Carolyn nak buangkan rasa bosan. Almaklumlah, aku dengan dia sama je pemalasnya. Duduk dalam rumah je lah kalau dah malas sangat. Tidak lama kemudian, panggilan bersambung.
"Hello!" Jerit aku gembira.
"Haa, nak apa?"
Asal lain macam je bunyi dia ni. Risau pula aku.
"Kau okey tak? Lemah je suara kau."
"Aku okey je l...jap.."
"Wei, kau okey tak ni?"
Aku mulai risau apabila mendengar gadis itu berhenti daripada bercakap. Aku melangkah keluar daripada rumah dan menuju ke rumah sebelah. Tombol pintu aku pulas dan tolak sebab ianya tidak berkunci. Bahaya betul lah minah ni.
Aku cari di ruang tamu, kosong. Mana pula dia ni. Aku berjalan ke dapur dan aku lihat seorang gadis berada di sinki.
"Woi, kau okey tak ni?"
Aku tarik dia daripada terus tunduk. Mukanya kelihatan sedikit pucat.
"Aku tak tahu..aku rasa pening kepala. Semua lah sakit." Katanya lemah pada aku.
Aku rasa dahinya. Tidak juga panas. Takkan panas dari dalam pula. Tiba-tiba, gadis itu rebah tidak sedarkan diri. Nasib baik aku sempat tahan dia daripada jatuh ke lantai.
"Aduh, pengsan pula dah."
Aku bawanya ke ruang tamu dan aku baringkan di atas sofa. Aku buat panggilan pada Rayyen.
"Yes, honey?"
"Rayyen, balik sekarang. Emergency." Kata aku risau padanya.
"Okay, just wait for me."
Rayyen tanpa banyak tanya dia terus memutuskan panggilan. Melihatkan Rayyen risau, aku makinlah risau. Aku risau nanti Carolyn mati pula. Lepastu, Rayyen accident kah apa disebabkan aku panggil dia.
Nak call Rayden, nanti aku sakit hati. Baik aku call laki sendiri.
Tidak lama kemudian, pintu rumah terbuka dan seseorang masuk menuju ke ruang tamu. Rayyen yang masih segak berpakaian pejabat itu kelihatan amat risau. Rayyen sentuh muka aku.
"Why you called me? Is something bad happen to you?"
"Not me but, she."
Rayyen lihat pada Carolyn yang terbaring lemah pada sofa itu. Mukanya pucat.
"What happen to her?" Tanya Rayyen sambil memeriksa suhu badan gadis itu.
"I don't know. She suddenly, pain."
"We need to get her to hospital."
Rayyen membawa gadis itu ke dalam dukungannya. Kami berdua terus membawa dia ke dalam kereta. Carolyn dibaringkan di seat belakang bersama aku yang menjaganya. Rayyen pandu kereta dengan kelajuan yang maksimum.
"Rayden tahu pasal ni?"
"Jangan, jangan beritahu dia. Saya takut nanti ganggu dia pula."
"Tapi, ini kan demi keselamatan isteri dia. Mana boleh kita biarkan macam tu je."
"Pleaseeeee, Carolyn always promise me don't tell anyone about her if she in dangerous. Even, her husband. She don't want Rayden worried about her."
"Hmmm, okay then. But, if it too dangerous for her. We need to tell Rayden about this."
"Okay."
♥♠♣◆
Aku dan Rayyen tunggu sahaja di ruang menunggu menanti doktor selesai memeriksa Carolyn. Tidak lama kemudian, seorang doktor perempuan yang agak berusia, keluar daripada bilik pemeriksaan dengan wajah yang senyum lebar.
"Awak berdua, keluarga dia?"
Aku dan Rayyen angguk tanda 'ya'.
"Siapa suami dia?"
"Emmn, si suami masih bekerja. Kitorang adik beradik dia." Kata aku pantas.
"Ohh, baguslah kalau macam tu. Jom masuk. Saya ada berita gembira buat awak berdua." Pelawa doktor itu kepada kami berdua untuk masuk.
Aku lihat Carolyn yang sudah sedar daripada pengsan dan mukanya kelihatan tiada reaksi. Aku pelik pula tengok dia.
"Puan Carolyn disahkan mengandung. Kandungannya sudah mencecah sebulan." Kata doktor itu gembira.
Aku terkejut. Rayyen juga turut terkejut. Bila aku pandang Carolyn pula muka dia macam.. selamba sahaja. Tak terkejut.
"What?! Kau ada baby!!!" Jerit aku sambil memeluk Carolyn erat.
Rayyen hanya tersenyum melihat aku daa Carolyn.
"Asal kau tak beritahu aku hah?"
"Baby? Kau cakap dalam perut aku ni? Eee, Rayden masukkan manusia dalam perut aku."
Aku berasa jengkel dengannya. Dia ni memang tak habis-habis merapu.
"Kau ni mengandung kah gila? Tak adanya Rayden sumbat manusia dalam perut kau." Sampuk Rayyen.
"Jadi, apa benda dalam perut aku ni? Binatang?"
"Aduh, kau tak faham situasi sekarang kah apa?" Tepukku pada dahiku.
"Tak." Jawabnya sambil menggeleng kepala smabil buat muka macam annoying lah. Ee, rasa macam nak tampar je.
"Doktor, sila explain kepada budak ni." Kata Rayyen pada doktor itu.
Aku pula hanya ketawa kecil melihatkan Rayyen yang turut jengkel dengan perangai Carolyn.
"Puan mengandung sudah hampir sebulan. Sebab itulah puan ada pening-pening kepala dan berasa mual. Ianya effect seseorang itu mengandung. Ini, tarikh puan untuk buat check up nanti ya." Kata doktor itu sambil menyerahkan satu slip kertas pada Carolyn.
"Thanks, doktor." Kata aku dan Rayyen.
"Welcome."
Kami bertiga keluar daripada bilik tersebut.
"I'm happy and excited for you my BFF! Kau dah jadi seorang ibu." Kata aku sambil memukul bahunya.
"Tak sangka Rayden kuat juga eh." Usik Rayyen.
Carolyn cubit Rayyen.
"Eee, kau pun sama juga kan. Aku doa lah esok-esok bini kau pula yang mengandung. Kembar 5 pula tu."
Aku tidak puas hati aku tumbuk bahu Carolyn.
"Sakitlah bodoh." Aduh gadis itu sakit.
"Heheheh, I'm so excited. Aku akan dapat anak saudara." Kata aku gembira.
"Rayden tahu kah pasal ni?"
"Tak." Jawab aku dan Rayyen serentak.
"Ohhh.. "
"Tak apa, kau buatlah, surprise untuk dia." Kata aku padanya.
"Malam ni aku akan datang rumah korang. Kita makan malam sama-sama celebrate kedatangan family baharu." Kata Rayyen.
"Yey! Makan!" Kata Carolyn teruja.
"Kau belum craving lagi kah?" Tanyaku padanya.
"Emmmm, belum lagi."
"Okey, jom kita balik. Kita buat surprise untuk your husband."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top